Kita masih berada dalam bulan Rabi'ulawal. Bila sebut saja Rabi'ulawal, pasti semua tahu ini adalah bulan kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam. Dan pada bulan Rabi'ulawal juga Baginda wafat ketika berusia 63 tahun. Semoga Baginda sentiasa dalam ingatan kita semua, insyaallah.

Bersempena dengan bulan yang mulia ini, Islamic Student Movement (ISIM) CSMU telah menganjurkan sebuah program memperingati Baginda Rasulullah yang kita sanjungi. Walaupun sambutan ini hanya diadakan setiap kali datangnya Rabi'ulawal, bukan lah bermakna kita hanya memperingati Baginda sekali setahun, Tetapi kita sepatutnya memperingati Baginda setiap hari.

Walaupun ada yang membantah dan mengatakan majlis seperti ini bida'ah, tetapi rasanya tidaklah ia sampai menggugat akidah kita sebagai umat Islam. Bukannya kita buat perkara yang buruk dalam majlis tersebut, tetapi majlis yang diisi dengan program ilmu. Tidak salah kan? Terpulanglah kepada individu bagaimana mahu menilai. Kalau birthday ahli keluarga dan kawan-kawan kita boleh sambut dan tidak pula dikatakan bida'ah, kenapa pula majlis memperingati orang yang tertinggi ini dikatakan bida'ah?

Sambutan diadakan di masjid 5th hostel usai solat maghrib. Nyata sambuatan pada tahun ini berbeza dari tahun-tahun yang lalu. Kali ini ISIM telah menganjurkan satu forum dengan membariskan panel-panel dari negara yang berbeza. Tema tahun ini 'REVIVING PROPHET'S LEGACY'. Forum yang mereka bincangkan bertajuk 'ISLAM AS A GIFT'. Forum dipengerusikan oleh saudara Ismail dari Malaysia dan 3 lagi ahli panel. Mereka adalah Brother Abdul Halim dari Ghana, Brother Alex Iskandar Rutowsky dari German dan Dr. Ahmad Ghadour dari Sudan. Forum dikendalikan dalam bahasa Inggeris.

Iklan sambutan, intro dari ahli panel forum

Brother Abdul Halim banyak menyebut keadaan Islam di Ghana. Katanya di Ghana Islam dan agama selain Islam diamalkan secara harmoni. Ada kalanya Kristian berpakaian dengan pakaian orang Islam untuk ke gereja. Amalan ziarah menziarahi adalah perkara biasa di Ghana walaupun menziarahi mereka yang berlainan agama. Contoh seperti hari raya, orang bukan Islam juga akan berkunjung ke rumah orang-orang Islam dan begitu juga sebaliknya. Katanya lagi, orang Islam di Gahan selalu mengadakan majlis berkumpul dengan orang bukan Islam untuk menerangkan kepada mereka apa itu Islam yang sebenar.

 Ahli panel forum.
Dari kiri: Dr Ahmad Ghadour, Brother Alex, Brother Abdul Halim dan saudara Ismail

Brother Alex pula adalah seorang muallaf dari German. Dia telah memeluk Islam beberapa tahun yang lalu. Menurut Brother Alex, beliau tertarik dengan Islam disebabkan kelakuan dan tingkah laku orang Islam. Baginya orang Islam sentiasa menghormati antara satu sama lain, sentiasa tolong menolong, sentiasa bertolak ansur dan sebagainya. Menceritakan perasaan ketika mula-mula memeluk Islam, dia katanya seperti baru bangun dari tidur yang panjang. Dia merasa tenang dan bahagia setelah memeluk agama Islam. Tambahnya lagi manusia ini seperti komputer. Roh kita ibarat software komputer dan badan kita ibarat hardware komputer. Jika software asyik bermasalah, lama kelamaan hardware juga turut akan rosak sama.

Dr. Ahmad Ghadour pula banyak berkisar tentang pengamalan Islam dalam keluarga dan kerjaya. Bagaimana mempraktikkan Islam ketika bekerja lebih-lebih lagi bekerja dengan orang bukan Islam. Katanya lagi, agak sukar untuknya mengawal anak-anak dan keluarga dalam keadaan sekeliling yang sangat jauh dari apa yang diajarkan dalam Islam.

 
 Antara muslimin yang hadir. (Tidak seramai ketika bermain bola. Hmmm)

 Muslimat turut serta memeriahkan majlis. Baby Umar pun datang dengar forum. Malu la sikit pada Umar wahai mereka-mereka yang malas tu.

Selesai forum kami ditayangkan beberapa video yang cukup menarik. Juga 10 soalan kuiz telah diutarakan. Solat Isyak berjamaah di masjid. Seperti biasa, akhir majlis tentu ada jamuan. Hari ini menu adalah nasi putih berlaukkan ayam masak merah dan sayur tumis.

Juadah jamuan. Makan berjemaah dalam talam dapat mengeratkan lagi silaturrahim.

0 comments: