Beberapa hari lepas adik saya sibuk suruh saya carikan teks pidato untuk dia. Allahuakbar, adik saya ni memnag salah orang la. Kakak dia ni bukannya kaki pidato, malah tak pernah walau sekali pun memijakkan kaki di atas pentas pidato. Kakakmu ini tidaklah sehebat kamu.

Tak tahu la di mana dia cuba mencari jalan penyelesaiannya. Tapi tiba-tiba dia bagi saya satu link dari youtube. Saya buka. Nak tahu apa yang menarik dengan video tu. Bila buka, tengok-tengok orang Australia berpidato dalam Bahasa Melayu. Saya memang tak pernah tahu ada pertandingan pidato antarabangsa ni. Ketinggalan zaman sungguh la saya ni. Tapi takpe, sekarang saya dah tahu. Saya cuba dengar video tu sampai habis. Hmmm boleh tahan juga dia berbahasa melayu. Nak dengar?

Ayleen O'hanlon (Nur) dari Australia
 
Lepas habis tu, saya tengok ada related video, orang Russia pula berpidato. Saya teruja walaupun belum melihat video tu. Mana tak terujanya, kami di Ukraine ni berbahasa Russia dengan orang luar, cuma dalam class je berbahasa inggeris. Tapi walaupun dah 6 tahun saya di Ukraine ni, bahasa russia saya tidaklah sehebat mana, terlalu banyak kekurangan dan cacat celanya. Jadi bila ada orang Russia boleh berbahasa melayu, tentu la teringin sangat nak dengar apa bunyinya. Nyata mereka memang bagus. Mari dengar.

Alexandra Samohvalova (Karmila) dari Russia
 
Ini lagi seorang pemidato orang Russia. Apa yang saya tahu dia ni pemenang tempat pertama. Actually saya agak kagum la dengan mereka yang siap boleh berpidato, jadi johan pula tu.
 
 Olga Vasilevskaya dari Russia
 
Kalau orang asing boleh berbahasa melayu dengan baik, malu la kalau orang melayu tak boleh berbahasa melayu dengan baik. Marilah sama-sama kita martabatkan bahasa ibunda kita Bahasa Melayu. Saya pun masih banyak kekurangan dalam memahami Bahasa Melayu.

6 comments:

Muhammad Hanafi Bin Sulaiman said...

salam... adikmu tu bukan pandai pon bepidato... tah ape mimpi dia nak pidato.jahahaha

NORAIN said...

at least dia ada keinginan nak berpidato...kakak dia ni, jgn harap...naik moto suka la...heehe

ana aliya said...

haha..ape2lah adik beradik nie...

NORAIN said...

adik beradik mana tu hafizah? heheh

nurul huda said...

dahla suka naik moto.. laju pulak tu dibawanya.. gerun gue dibuatnya.. hehehe. ingt nk pg aritu pidato antarabangsa ni tp xberkesempatan.. muahaha

NORAIN said...

puan nurul huda, bab2 naik moto laju jgn citer kat sini ye...itu rahsia ok...huhu

bestnya kalo dpt gi tmpt pidato ni...mcm menarik je kan?