Usrah hari ini membincangkan beberapa topik. Salah satunya hadith ke-34 dari Hadith 40. Saya kongsikan serba sedikit isi-isi berkaitan topik ini.

Hadith berbunyi:

Dari Abi Sa'id al-Khudri radiyallahu'anh katanya: Aku dengar Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: Barangsiapa antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada kuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Jika sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman. (Diriwayatkan oleh Muslim)

KEMUNGKARAN. Apa yang dimaksudkan dengan kemungkaran?
Kemungkaran bermaksud suatu yg diingkar oleh syara' atau yang tidak disukainya iaitu seperti meninggal yang diwajibkan atau melakukan apa yang diharamkan secara terbuka atau berterus-terang

Bagaimana mencegah kemungkaran? Jawapannya seperti yang termaktub dalam hadith Rasulullah.
1) Ubah dengan tangan. Maksudnya dengan kekuasaan dan kekuatan.
2) Ubah dengan lidah.Maksudnya dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar.
3) Ubah dengan hati. Maksudnya melahirkan rasa benci terhadap kemungkaran yang dilakukan. Tetapi mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman. Namun ianya adalah fardhu ain ke atas setiap orang Islam.

Ciri-ciri mereka yang hendak mencegah kemungkaran
1) Ikhlas
2) Ilmu
3) Hikmah
4) Secara lembut
5) Sabar
6) Tidak berlagak bagus / hebat
7) Menunjukkan contoh yang baik
8) Pendengar yang baik
9) Kuat, berani
10) Baik hati

Berkata tentang hikmah, bagaimana untuk melahirkan hikmah? Jawapan yang mudah, ringkas dan padat adalah 'doing the right thing on the right way in the right time to the right person' (lakukannya dengan betul mengikut cara yang betul pada masa yang betul kepada orang yang betul)

Asas-asas mencegah kemungkaran
1) Kepentingan (priority)
2) Berperingkat (gradually)
3) Jangan mencari kesalahan orang
4) Pasti dengan kemungkaran yang berlaku
5) Masa yang sesuai
6) Bercakap secara personal (Speak in private)
7) Jangan membesarkan tentang kemungkaran itu
8) Tunjukkan kemaafan
9) Jika berlaku ijtihad, jangan menyalahkan antara satu sama lain.

Imam Shafi'e menulis berkaitan speak in private:
"Come to me with your advice when I am alone
And do not advise me in the crowd
Because advice amongst the people is a scolding
And I do not like to hear it aloud
Then if you disobey me and do not heed my words
Do not feel sad when you are not followed
."

Imam Ghazali pula menulis berkenaan membesarkan kemungkaran:
"Don't convey the truth in a challenging manner"

0 comments: