Assalamualaikum w.b.t.

Pernah dengar tak PLOV? Bukan binatang dan bukan juga tumbuhan. Hehehe. Plov adalah sejenis makanan yang berasal dari Uzbekistan. Saya kenal makanan ni pun selepas menjejakkan kaki ke Ukraine ni.

Semalam terfikir-fikir nak masak apa untuk hari ni. Teringat ada daging dalam peti beku. Memandangkan memang dah lama tak buat plov, maka teringin nak buat. Selalu tu asyik beli je. Jadi menu hari ni adalah plov. Exam-exam pun sempat masak itu ini? Habis kalau tak masak, nak makan apa?


Resepi ni saya dah olah ikut kehendak saya sendiri. Resepi asal ada tapi lupa letak mana. Nanti kalau ada masa saya cari balik resepi asal tu.

Bahan-bahan:
-1 kg beras plov / basmati
-1 kg daging kambing / lembu
-4 ulas bawang besar (nak letak lebih pun boleh) - potong slice
-4 batang lobak (nak letak lebih pun boleh) - potong panjang-panjang
-rempah plov (kalau takde rempah plov, letak jintan manis & jintan putih je)
-200ml minyak (saya kurangkan)
-air (sukatan ikut jenis beras)
-garam

-2 labu bawang putih
-3 tangkai cili besar

(optional)
-kismis
-kacang kuda (telah direbus)

Cara-cara:

-panaskan minyak
-masukkan daging, masak daging hingga empuk
-masukkan bawang besar (dipotong slice), masak hingga layu
-masukkan lobak, masak separuh empuk
-masukkan beras, air, rempah plov dan garam secukup rasa
-tutup periuk. Sesekali kacau nasi tapi jangan sampai ke bawah, kacau bahagian nasi sahaja, biarkan daging berada di bawah.
-bentukkan nasi yang telah 3/4 masak menjadi seperti gunung. Cucuk dengan hujung sudu (atau yang seumpamanya) untuk menghasilkan lubang-lubang ke dasar periuk. Tutup periuk. Kecilkan api.
-bila nasi hampir masak (lebih kurang 5 minit sebelum matikan api), letakkan 2 labu bawang putih, cili besar, kismis dan kacang kuda. Tutup periuk.

 Bentukkan nasi seperti gunung. Dagingnya mana? Dibawah sekali tertimbus dek nasi

Sayur selalunya hanyalah salad. Salad ikut kehendak masing-masing. Boleh buat salad kobis, timun, capsicum dan lain-lain.

Boleh dikatakan ini makanan yang glamour kat Ukraine ni. Kebanyakan kedai makan selalunya akan ada menyediakan plov. Tinggal lagi halal dengan tidak la. Puas hati bila dapat masak sendiri. Cuma kadang-kadang masa tka mengizinkan.
Assalamualaikum w.b.t.

Kami masih ada 2 hari lagi exam. Jarak antara exam tu agak lama juga. Walaupun musim exam, bukan bermakna 24 jam nak mengadap buku. Boleh muntah rasanya kalau 24 jam mengadap buku.

Salah satu terapi berkesan untuk memanjakan diri di musim exam adalah dengan memasak. Tak kira la masak apa pun. Hari ni Awin (roomate) buat cupcake.  Saya dan Syamimi (roomate) pun apa lagi, menyibuk sekali la. Actually Awin nak buatkan cupcake untuk ahli usrah dia.

Hasilnya........

Cupcake yang berjaya dihasilkan

Cupcake untuk usrah Awin

Awin dan adik beradiknya

Saya dan hero saya, adik saya

Seronok pula buat beramai-ramai. Bak kata wonderpets "apa yang penting? KERJASAMA" hehehe. Walaupun ini first time buat dan cupcake tu pun simple je, tapi ia hasil usaha sendiri. Next time boleh cuba lagi ye Awin.
Assalamualaikum w.b.t

*tatah = kakak
*jeti = anak

Semalam makcik Radziah (orang Islam tatar Ukraine) mengajak kami menziarahi saudaranya yang tinggal berdekatan dengan hostel kami. Kami berjalan kaki saja. Makcik Radziah datang bersama anaknya Meriem dan kami berenam (Aishah, Madihah, Awin, Farhana, baby Umar dan saya). Walaupun kami di musim exam tapi gap antara exam lama, kalau setakat menziarah sesama Islam bukanlah masalah besar rasanya.

 Umar yang sangat baik. Hensem, comel, bulat semuanya ada pada Umar. Hehehe. Sayang Umar!

Sesampai kami disambut oleh anak sulong tuan rumah, Aisyah. Tuan rumah, Maryam tatah pergi ke pasar berdekatan rumahnya. Maryam tatah seorang muallaf. Maryam tatah mempunyai 5 orang anak, 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Aisyah (7 tahun), Isa (5 tahun), Fatima (3 tahun setengah), Hassan (3 tahun setengah) dan Hamzah (setahun lebih). Fatima dan Hassan adalah adik beradik kembar.

 Isa. Pemalu, susah sangat nak pandang kamera.

Hassan. Air mukanya seperti seorang pejuang Islam.

Fatima. Dia tak mahu bertemu dengan orang lain selain ahli keluarganya. Nasib je ni dapat snap gambar dia.

Hamzah. setiap kali namanya dipanggil, menjerit la dia.

Sementara Maryam tatah menyediakan minuman untuk tetamu, kami bersembang dengan anak sulongnya Aisyah. Banyak cerita yang diceritakan. Terkedu saya mendengar cerita Aisyah. Kami ajukan soalan, dia menjawab saja apa yang kami tanyakan. Apa yang diceritakannya?

Aisyah tidak bersekolah seperti kanak-kanak lain. Dia cuma belajar ilmu agama di sebuah masjid lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki bas dari rumahnya. Solatnya cukup 5 waktu. Setiap hari dia akan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 10 muka surat, sendirian. Malam dia menunaikan solat tahajjud bersama ibu, ayah dan adik-adiknya. Bila ditanya siapa yang suruh dia lakukan tahajjud, dia sendiri yang mahu melakukannya. Mungkin pada mulanya atas suruhan ibu dan ayahnya tetapi lama kelamaan menjadi kebiasaan.

 Aisyah. Cantik orangnya, juga kelakuannya.

Aisyah keluarkan satu fail yang berisi kertas-kertas bertulisan arab sepenuhnya tanpa terjemahan. Dia boleh membaca arab dengan baik. Bukan setakat boleh membacanya, dia boleh menterjemahkan apa yang tertulis di dalam buku itu, juga dengan baik sekali. tulisan jawi arabnya tidak seperti kanak-kanak berumur 7 tahun, tetapi seperti kanak-kanak yang lebih tua dari itu. Cantik!

 Hasil tulisan Aisyah. Silibusnya dari Madinah, bukan calang-calang.

Buku arab milik Aisyah. Tiada terjemahan tetapi Aisyah boleh menterjemahkan perkataan demi perkataan.

Rupa-rupanya dia bukan saja boleh membaca Al-Quran dengan baik, tapi Aisyah juga hafal juzuk 'Amma (juzuk ke-30) dan surah Al-Mulk. Kami minta Aisyah bacakan surah Al-Mulk yang dia telah hafal. Aisyah berjaya membacakan surah Al-Mulk dari ayat pertama hingga akhir tanpa Al-Quran. Suaranya sedap, tiada pelat seperti orang Islam Ukraine yang lain, sangat fasih.

Walaupun umur Aisyah baru 7 tahun tapi sudah pandai membantu ibunya melakukan kerj-kerja rumah. Bukan setakat kerja rumah, tapi Aisyah juga pandai jaga adik-adiknya.Bila ibunya penat melayan kerenah adik-adiknya yang masih kecil tu, dia akan cuba menarik perhatian adik-adik untuk bermain dengannya supaya ibu boleh berehat.

Cuba kita tanya pada diri kita semua sebagai seorang yang mengaku Islam. Cukup tak solat 5 waktu? Setiap hari ada tak kita baca Al-Quran? Berapa banyak kita hafal Al-Quran? Pernah tak kita qiamullail bertahajjud? Tak malu kah kita pada kanak-kanak seusia Aisyah?
Aisyah hidup dikelilingi orang kafir, tapi dia mampu lakukan ajaran Islam dengan baik atas bimbingan ibu bapa dan guru-gurunya. Bagaimana dengan kita dan anak-anak kita yang hidup dikelilingi orang Islam? Adakah lebih baik atau lebih teruk dari itu?

Subhanallah. Aisyah, Allah kurniakan kelebihan padamu. Macam mana saya tidak terkedu, Aisyah masih kecil tapi dia punya kebolehan yang besar. Bila saya terkenangkan keadaan saya ketika berumur 7 tahun, saya baru nak mula belajar mengaji Al-Quran ketika itu. Tapi Aisyah sudah hafal juzuk 'Amma dan surah Al-Mulk. Cara dia bercakap sangat sopan dna lemah lembut. Sejuk perut ibu yang mengandungkan. Mudah-mudahan Aisyah jadi seorang anak yang solehah, insyaallah.

Setiap kali ziarah ke rumah mereka, pasti akan ada hidangan makanan berat yang disediakan. Saya tak tahu apa nama makanan tu. Nasi dimasak bersama spageti halus dan ayam sebagai lauk. Sayurnya salad kobis hijau dengan timun.

Nasi + spagetti halus + ayam

Salad
Assalamualaikum w.b.t.

Sunyi sekejap blog saya beberapa hari ni. Ikutkan hati nak cerita macam-macam tapi ada perkara yang lebih penting, EXAM! Selasa lepas kami telah menghadapi exam 'krok' (MCQ - multiple choice questions) bagi tahun terakhir kami.

Usaha sudah, berdoa pun sudah. Selebihnya kami bertawakkal kepada Allah menentukannya. Pagi selasa 18 Mei 2010 kami melangkah menuju ke dewan peperiksaan.

Kami perlu menjawab sebanyak 200 soalan objektif merangkumi semua subjek clinical yang kami telah pelajari. 4 jam kami berada dalam dewan peperiksaan. Bermula jam 10.30 pagi hingga jam 2.30 petang. Mungkin ada yang merasakan 4 jam tu terlalu lama. Tapi bagi kami yang berada di dalam dewan tersebut, 4 jam terasa seperti hanya sejam je.

Keluar saja dari dewan, bermacam-macam suara kedengaran. Masing-masing kecewa dengan soalan yang keluar tahun ni, agak sukar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pastinya sedih memikirkannya termasuk saya. Tapi apa lagi yang boleh saya lakukan selain terus berdoa kepada Allah.

Hari berlalu. Semalam 21 Mei 2010 dijangkakan result akan diumumkan. Kami dimaklumkan result keluar pada jam 2 petang. Setiap kali handset berbunyi, setiap kali itu la tachycardia (jantung berdegup laju). Sehingga la pada jam 4.30 petang telah tersebar mengatakan result akan diumumkan tidak berapa lama lagi. Tetapi rumours rupanya. Menunggu dan terus menunggu.

Ketika menunggu masuk waktu maghrib, Fadhiah buzz saya kat YM. Dia memberi khabar bahawa kami telah lulus exam. Tetapi berita hanya diketahui dari ketua batch kami, Duraai. Result penuh akan diketahui Selasa depan sebab Isnin cuti.

Alhamdulillah wa syukur lillah. Syukur, syukur, syukur Ya Allah. Hanya itu yang mampu dilafazkan setelah berhari-hari menanti debaran.

Ya Allah sesungguhnya nikmat yang Kau berikan tiada tandingannya. Engkaulah Tuhan yang Maha Memberi Ya Allah. Semoga dengan nikmat yang Kau berikan ini, aku akan lebih mendekatkan diri kepada Mu Ya Allah. Aku bermohon agar Kau tambahkan lagi nikmat Mu kepada ku Ya Allah.

Memandangkan waktu maghrib dah masuk, terus menunaikan solat maghrib. Seusai solat maghrib, solat sunat syukur 2 rakaat tanda syukur kepada Allah yang telah memberi nikmat. Solat syukur tidak cukup pun sebagai tanda syukur terhadap Allah. Tanda syukur kepada Allah yang sebenar adalah dengan melaksanakan segala perintah Nya dan meniggalkan segala larangan Nya. Insyaallah mudah-mudahan hamba Mu ini terus di jalan Mu yang benar.

Tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan lain yang telah lulus exam krok ini. Terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dari segala segi samada secara langsung atau tidak. Terima kasih kepada mak tersayang yang sentiasa mendoakan saya. Juga terima kasih kepada adik lelaki saya yang banyak memberi nasihat dan semangat di saat saya memerlukan, juga doa darinya. Tidak lupa pada seluruh ahli keluarga saya. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan, guru-guru, sahabat handai, kenalan blog dan sesiapa yang telah mendoakan.

Lepas ni ada 2 hari lagi exam, orally. Jadi kena bersedia untuk exam seterusnya. Doakan kejayaan kami ye.
Assalamualaikum w.b.t.

Berhari-hari juga meninggalkan blog tanpa entry. Bukan apa, dah hampir dengan exam, jadi kena tumpu lebih pada buku.

Saya tahu ada orang kata tidak boleh menyambut hari itu dan hari ini. Terpulang kepada individu, asalkan tidak melanggar batasan yang Allah gariskan. Bagi saya, sekadar untuk mengucapkan, tak salah rasanya. Dan saya tak pernah merasakan cuma pada hari tertentu saja saya mengingati mereka yang saya kirimkan ucapan.

Hari ni 16 Mei, semua sedia maklum lebih-lebih lagi mereka yang bergelar GURU. Dalam family saya pun ada yang menyandang gelaran tersebut. 16 Mei adalah HARI GURU seluruh Malaysia.

Bagi saya guru bukan hanya mereka yang berada di sekolah, di universiti dan yang seumpamanya. Tetapi setiap manusia yang mengajarkan sesuatu kepada orang lain adalah guru. Tidak salah rasanya kalau saya katakan, semua orang adalah guru. Setidak-tidaknya dia guru untuk dirinya sendiri. Betul kan?

Saya juga punya guru dalam hidup saya seperti orang lain. Guru pertama dalam hidup saya adalah mak dan arwah ayah saya. Mereka mengajar saya menegenal dunia yang fana ini. Seterusnya ahli keluarga saya. Abang sulong saya seorang guru. Tanpa mereka semua, belum tentu saya dapat memijakkan kaki ke sekolah untuk bertemu dengan guru-guru saya secara formalnya. Terima kasih mak, ayah dan keluarga saya. Allah mengetahui segala apa yang kalian lakukan dan hanya Allah yang mampu membalasnya.

Sebagai tanda ingatan tulus ikhlas, dari kejauhan saya titipkan ucapan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru yang pernah mengajar saya. Bermula bangku persekolahan di Tadika Kemas Parit 6 bersama Cikgu Siti Murni. Seterusnya ke Sekolah Kebangsaan Parit 6 dan Sekolah Rendah Agama Parit 6. Kemudiannya ke Sekolah Agama Menengah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Batu 38. Berpindah ke Sekolah Agama Menengah Bestari. Menyambung ke Kolej Matrikulasi Perak. Meneruskan pelajaran ke Crimea State Medical University.


I LOVE MY TEACHERS LILLAHITA'ALA

Tak dapat saya nak sebutkan nama seorang demi seorang guru-guru saya, terlalu ramai. Kalau disuruh saya mengira, tentu sekali saya tidak akan dapat mengira jumlah sebenar mereka. Kalau bilangan guru pun saya tak boleh kira, apatah lagi ilmu yang mereka berikan. Tiada perhitungan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua cikgu, ustaz, ustazah, puan, encik, tuan haji, doktor, proffesor dan semua guru di atas segala ilmu yang dicurahkan dan segala tunjuk ajar yang diberikan. Halalkan segala ilmu yang diberikan. Maafkan segala kesalahan dan kesilapan saya selama bergelar anak murid, anak didik, pelajar kalian. Guru saya adalah asbab berdirinya saya di tempat saya sekarang ini, segalanya atas izin Allah jua. Saya sayang guru-guru saya lillahita'ala.

Kalian berkorban tenaga, masa dan jiwa raga demi anak-anak didik. Pastinya jasa kalian tidak akan dapat saya balas. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Saya hanya mampu mendoakan kesejahteraan kalian semua. Semoga Allah kasihi, berkati dan rahmati kalian semua di dunia dan di akhirat kelak, insyaallah.

Kepada sahabat, rakan, taulan saya yang bergelar guru, Selamat Hari Guru juga buat kalian semua. Sesungguhnya kerja yang kalian lakukan amat mulia di sisi Allah. Dididklah anak bangsa kita menjadi manusia berguna. Didiklah mereka bukan sekadar mengenal erti bahasa, matematik, sains, agama dan sebagainya, tetapi apa yang lebih penting adalah didiklah mereka mengenal Allah. Apabila mereka mengenal Allah, mereka akan pasti mengenali ilmu-ilmu Allah yang terbentang luas di muka bumi ini. Mudah-mudahan bila mereka mendalami ilmu matematik, mereka tidak hanya mengenal 1, 2, 3, tetapi mereka tahu mengapa Allah jadikan ilmu matematik dan begitu juga ilmu-ilmu yang lain.

Saya dedikasikan lagu ini khas buat guru-guru saya yang saya sayangi dan juga buat semua mereka yang bergelar guru.






DRINK WATER ON EMPTY STOMACH

It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven a its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese med ical society as a 100% cure for the following diseases:

Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, ga str itis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.

METHOD OF TREATMENT

1.. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water .....interesting

2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minutes

3. After 45 minutes you may eat and drink as normal.

4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours

5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day.

6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.



The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/reduce main diseases:

1. High Blood Pressure - 30 days

2. Ga str ic - 10 days

3. Diabetes - 30 days

4. Constipation - 10 days

5. Cancer - 180 days

6. TB - 90 days

7. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd week onwards - daily.

This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times.

It is better if we continue this and make this procedure as a routine work in our life.

Drink Water and Stay healthy and Active.

This makes sense. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals, not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit while eating!!! Nothing to lose, everything to gain.

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you.

It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed . It will slow down the digestion.
Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer.. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.
Assalamualaikum w.b.t.

Memandangkan kami dah start cuti study week, kami mengambil keputusan untuk menangguhkan usrah kami setakat ini. Insyaallah mudah-mudahan menuntut ilmu agama itu akan diteruskan walau di mana jua kita berada. Kami mengambil keputusan untuk mengadakan makan-makan bersama ahli usrah yang lain di Restoran Marakan. Alhamdulillah berjaya dilaksanakan.

Lebih kurang pukul 6.45 petang bertolak ke Marakan, 9 orang semuanya. Nak masak memasak perlukan masa yang lama, tu sebab makan di luar saja. Sesekali takpe, kalau selalu boleh bankrup.

 Restoran Marakan

Sampai saja terus kami pesan makanan. Sementara tunggu makanan sampai, kami makan dulu kek yang kami bawa tu. Sambil menunggu makanan, kami bertukar-tukar hadiah (saja suka-suka). Alhamdulillah tak lama tunggu makanan siap.

 Baru selesai order makanan

 Masih menunggu makanan

 Sedap ke?

Makanan pun boleh la tahan sedap. Dah lama tak makan kat Marakan ni, dah berubah rupa bentuk dan rekaan. Semakin cantik dan nampak lebih mewah dari dulu.

 Tava kebab pa marakanski.
Daging cincang yang dibentukkan. Dimakan dengan kentang goreng berkuah kefir

Sarma.
Daging cincang + beras, dibungkus dengan daun anggur, direbus. Kalau nak cuba buat, lihat disini

Kotlete.

Mantee.
Daging cincang + bawang, dibungkus dengan tepung, lalu dikukus

 Sashlik kuritsa(ayam). Ada juga sashlik baranina(kambing).

 Lipioshki (sejenis roti, sedap dimakan bersama tava kebab)

Selesai makan bergambar dengan semua ahli usrah. Akhir sekali sedikit kata-kata dari naqibah.



Sahabat-sahabat sekalian yang dirahmati Allah. Sesungguhnya perjalanan kita masih jauh. Kejarlah ilmu selagi kita mampu. Sehari kita boleh duduk berjam-jam mendengar kuliah perubatan, takkan seminggu sejam dua tidak boleh untuk mewajibkan diri menuntut ilmu agama. Ilmu agama itu fardhu ain, sedangkan ilmu perubatan itu fardhu kifayah. Maka laksanakannya dengan sebaik mungkin. Ilmu yang kita pelajari selama ber'usrah' sama, gunakan lah. Jangan hanya ditinggalkan di dalam buku catatan semata-mata. Walau di mana kita berada, teruskan menuntut ilmu Allah di muka bumi ini kerana ilmu Allah itu tidak akan habis

Mungkin kita akan berjauhan selepas ini, tapi mudah-mudahan kita semua dekat di hati. Maaf dipohon andai ada tersalah bicara, tersalah kelakuan. Semoga ukhwah yang terbina adalah kerana Allah. Barakallahufeekum.
Assalamualaikum w.b.t.

Semalam adalah hari kek cream. Entah berapa biji kek saya buat. Ada banyak event, so buat sekali harung. Lepas tu boleh concentrate untuk study. Walaupun dah berkali-kali mencuba kek cream, tapi hasilnya masih banyak cacat cela. Practice make perfect. Tapi mana ada manusia perfect kan?

Semalam hari ulang tahun classmate, Nurhayati (10 Mei 2010). Berkebetulan saya nak buat kek untuk usrah terakhir kami, jadi saya buat sekali untuk dia. 13 Mei 2010 pula hari ulangtahun Sakeenah, classmate juga. So in-advanced buat untuk Sakeenah juga. Tu yang banyak sangat kek.

1 kek untuk Nurhayati, 1 kek untuk makan-makan usrah, 1 kek untuk Sakeenah (Mashkur is her husband) dan 1 kek lagi untuk kami bertiga (roomates)

Rupa paras pun sama je. Idea taknak keluar, buat je la apa yang boleh. Janji boleh dimakan. Masih perlu menuntut ilmu ke'kek'an ni. Siapa sudi jadi cikgu kek saya?

Apa pun saya nak ucap SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN kepada Nurhayati dan Sakeenah. Semoga kalian semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Assalamualaikum w.b.t.

Semua orang punya ibu kecuali nabi Adam dan Hawa. Tanpa ibu tiada lah kita di muka bumi ini. Saya juga punyai ibu yang telah melahirkan dan membesarkan saya. Terlalu banyak pengorbanan mak pada saya dan adik beradik saya yang lain. Di usia mak yang masih muda, mak ditinggalkan bersendirian membesarkan beberapa orang anak yang masih kecil. Ayah pergi meninggalkan mak buat selama-lamanya. Dia mak dan dia juga ayah.

Alhamdulillah berkat kesabaran mak membesarkan kami, kini kami berada ditahap yang memuaskan walaupun kami tidaklah sehebat orang lain. Sekurang-kurangnya kami tidak mengecewakan mak dengan perbuatan yang memburukkan maruah mak dan keluarga.

Sesungguhnya tiada perkataan yang mampu diucapkan untuk berterimakasih kepada mak membesarkan kami. Pasti tidak akan terbalas dengan apa jua sekalipun. Hanya Allah yang dapat membalas pengorbanan suci mak. Terima kasih yang tidak terhingga buat mak yang saya sayang buat selama-lamanya. Kau penawar duka, kau penghibur hati, kau pembimbing, kau pendidik, KAU SEGALA-GALANYA buat diri ini.



 Setiap hari adalah hari untuk mak. Kerana kau istimewa di antara yang teristimewa.
SELAMAT HARI IBU buat mak yang Ain sayang lillahita'ala, Hajjah Masitak. 
Sesungguhnya kau lah mak yang ku cinta.









Selamat Hari Ibu juga buat semua mereka yang bergelar ibu. Especially buat my sisters, my sisters in-law dan seluruh ahli keluarga yang bergelar ibu. Juga buat semua mereka yang bergelar ibu di mana jua anda berada. Semoga anda semua menjadi ibu mithali.
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah hari ni Allah masih pinjamkan nyawa untuk saya menghirup udara yang segar lagi nyaman. Yang paling penting untuk melaksanakan amal ibadah kepada-Nya. Semalam telah berakhir sessi persekolahan kami. Maka dengan rasminya saya telah mengakhiri zaman di mana saya perlu pergi ke class secara formal. Tapi bukan bermakna bila dah habis sekolah, belajar cuma setakat itu. Menuntut ilmu itu sampai ke liang lahad. Cuma menuntut ilmu formally dengan menghadiri ke class itu telah berakhir. Di hadapan ada banyak lagi benda baru yang perlu dihadapi. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan insyaallah.

Hari ni pula seharian kami menghabiskan masa di Priatnoi Svidaniye, ziarah ke rumah pasangan makcik Radziah dan Pakcik Ismail. Seawal jam 8 pagi kami bertolak. Lelaki pergi menaiki train, perempuan pula menaiki bas. Perjalanan lebih kurang 1 jam dari asrama kami.

Macam biasa la adat orang Tatar, tetamu akan dihidangkan dengan kopi terlebih dahulu. Kami bersarapan masakan Itali yang disediakan oleh Maryam. Sedap sekali Maryam, 'spasiba balshoi' (terima kasih). 

 Spagetti dengan kuah putih seafood

Selesai bersarapan, kami keluar menikmati pemandangan indah di Priatnoi Svidaniye. Ada tasik berhampiran rumah makcik Radziah tu. Bergambar sana, bergambar sini ditemani anak-anak makcik Radziah, Muziyen dan Meryem.

 Macam-macam gaya :)

Tasik dan gunung-ganang

Perkampungan tatar di Priatnoi Svidaniye

Jom balik, nak masak pula

Setelah puas menikmati pemandangan indah, kami pulang untuk menyediakan bahan-bahan untuk dimasak. Kami yang perempuan masak nasi kosong, ikan bakar, sayur masak lemak dan air asam. Lelaki pula masak plov. Dah macam kenduri rewang pula rumah makcik Radziah hari ni. Riuh rendah dengan kehadiran kami. 

 ikan bakar + sayur masak lemak + air asam

 Plov daging

 Salad + jeruk tomato paprika

Sementara menunggu lelaki siap masak plov, kami belajar sesuatu hari ni. Belajar buat 'midoviek'. Midoviek adalah sejenis kek yang berlapis-lapis. Hampir 6 tahun duduk di Ukraine, baru ni saya tahu cara nak buat midoviek tu. Selama ni tahu beli dari kedai saja. Alhamdulillah hari ni Allah beri peluang untuk mempelajarinya. Mana tau nanti kat Malaysia teringin nak makan, boleh la buat sendiri. Terima kasih Meryem yang sudi ajarkan kami cara-cara nak buat midoviek tu. Sedap.

 Ini la dia hasilnya, midoviek

Yang pastinya kami pulang dengan ke'toidem'an. Tentu makcik penat melayan kerenah kami yang macam-macam ni. Maafkan kami ye makcik. Tapi mereka sangat suka bila kita menziarahi mereka.

Makan-makan, ada banyak lagi plov tu

Hampir pukul 5 petang baru kami bertolak balik. Kami kena balik awal sebab sebelah malam ada program solat hajat dan AGM KUU di asrama. Kalau tidak mungkin lagi lambat kami balik.

 Semestinya bergambar kenangan bersama tuan rumah

Masa untuk balik. Pakcik Ismail nak pergi mana tu?


Jalan pandang depan, nanti terpijak tahi lembu

Entah bila lagi la kita nak berkumpul macam ni kan makcik Radziah? Nanti bila kami dah balik Malaysia, mesti kami rindu saat-saat seperti ni. Banyak kenangan dengan orang-orang tatar Islam si Ukraine ni.

Sebelah malam pula, majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, diiringi solat hajat. Kemudian AGM dimulakan dengan bacaan doa, bacaan Al-Quran, ucapan presiden KUU 2009/10, pembentangan belanjawan dan penyerahan pimpinan daripada saudara Mohd Arifullah Ariffin kepada saudara Adam Othman.

 Muslimin. Presiden tengah beri ucapan

Muslimat. Dengar presiden cakap tu, jangan bersembang

Acara akhir tentu sekali makan. Sekali lagi dihidangkan dengan plov. Wah hari ni memang hari plov sedunia. Kat rumah makcik Radziah tadi dah makan plov, majlis malam ni pun makan plov lagi. Rezeki Allah nak beri, maka ucapkan alhamdulillah.

Plov lagi (ayam + daging)

Kek AGM
Assalamualaikum w.b.t.
Beberapa hari lepas melawat blog-blog orang. Terjumpa satu artikel pasal makanan. Hari ni saya nak kongsi kepada mereka yang belum pernah baca. Saya ambil artikel ni dari blog kak Hanieliza

Roti (khubz)


Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".







Jintan Manis (anisun)



Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.






Epal (tuffah)


Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.













Asparagus (hiyawn)



Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.






 






Pisang (mawz)



Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.










Barli (sya'ir)


Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.











Selasih (manis rayhan)


Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.











Mentega (zubdah)


Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.







Bunga kubis (qunnabit)


Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.















Chamomile (babunaj)


Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.














Lobak merah


Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.














Biji kopi (qahwah)


Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.














Biji hitam (habb al sauda)


Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

 




Ayam (dajaj)


Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.












Kulit kayu manis (darchini)


Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia. Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.





Timun (qitta')


Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.










Jintan putih (kammun)


Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.









Tamar kering (tamr)


Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.




 






Terung (badhijan)


Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.










Telur (baydah)


Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.













"Endive" (hindiba)


Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".











Fenugreek (Hulbah)


Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).