Dari semalam terfikir nak masak apa untuk hari ni. Terfikir nak masak daging tapi tak tahu nak masak apa. Jalan-jalan kat blog masak-masak terjumpa 'daging manis berempah' kat gobok kak Hana. Hmmm macam best je. Lebih kurang macam daging masak kicap cuma daging kena perap dan ada kelainan. Hati berkata "apa kata cuba resepi ni".

Maka jadi la lauk hari ni. Daging manis berempah dan sayuran rebus. Semalam beli broccoli sebab dah lama teringin nak makan broccoli. Saya memang suka sayur rebus tu especially broccoli. Belum makan nasi lagi dah separuh habis sayur tu. Hehehe. Boleh tahan sedap juga daging manis berempah nih. Rasa manis ada, rasa rempah ada, rasa pedas pun ada. Rasa ok, mudah pun mudah. Lepas ni boleh buat selalu.

Daging manis berempah. Kalau nak resepi, ambil kat gobok kak Hana ye.

Sayuran rebus. Capsicum merah tu je yg tak direbus.

Sepanjang hampir 6 tahun di Ukraine ni, selalunya hidangan lauk makan kami hari-hari memang 2 je. Satu hidangan lauk dan satu lagi sayur. Kalau 'terajin / ada masa' je buat lauk lebih.

p/s - Suka nak mencuba masak itu ini. Tapi bab mencuba biskut / kek / kuih dan yang seumpamanya selalu tak menjadi. Kenapa ye? Kena cari punca ni.
Sejak lahirnya orang baru dalam keluarga saya, saya dan adik pun mula la menyenaraikan seberapa banyak nama untuk dicadangkan kepada abang saya. Kami hanya pencadang, kata putus tentu sekali si ayah.

Tahun lepas, kakak saya melahirkan anak ke-3. Kami berdua juga yang menyiapkan senarai nama. Tapi akhirnya senarai nama yang adik saya cadangkan yang kakak saya terima. Senarai saya tidak terpilih.

Alhamdulillah tahun ni senarai saya yang terpilih. Seronok betul saya. Terima kasih kepada Ustaz Adib dan kawannya (tak tahu nama) yang membantu saya mencari senarai nama yang sesuai. Ada kiraan yang mereka lakukan untuk mendapatkan nama yang sesuai. Jangan tanya saya sebab saya tidak tahu. Nak belajar caranya, kena banyak tahu maksud perkataan arab, supaya tahu untuk memadankannya.

Sebelum tu saya telah senaraikan beberapa nama, tapi semua abang saya tolak. Setelah 3 hari menunggu, Ustaz Adib utarakan 5 nama untuk dipilih setelah perkiraan dilakukan. Alhamdulillah abang saya telah menerima salah satu nama itu.

MUHAMMAD HAZIQ yang bermaksud CERDIK / PANDAI. Mudah-mudahan Haziq acik ni akan sehebat namanya, jadi seorang yang cerdik lagi pandai. Biarlah kecerdikan dan kepandaian mu itu nanti disandarkan kepada Islam, bukan untuk dimegahkan. Semoga Haziq jadi pendukung dan pejuang agama Allah di muka bumi ini.

Muhammad Haziq bin Roslan.
Muka macam abang dia, Sufyan.

"Ya Allah Kau jadikan Muhammad Haziq bin Roslan ini seorang anak yang soleh. Kau berikan rahmat dan kasih sayang Mu buat Muhammad Haziq Ya Allah. Jadikan Muhammad Haziq seorang pembela agama Mu. Kau pimpinlah Muhammad Haziq ke jalan keredhaan Mu Ya Allah."

Tak sabarnya acik nak jumpa dengan Haziq. Tunggu kepulangan acik ye sayang. Semoga Haziq jadi penyejuk mata penawar hati mak dan ayah dan seluruh keluarga, insyaallah.
Pernah tak dengar 'malam maksiat'. Agak-agaknya apa yang dimaksudkan dengan malam maksiat? Apa yang berlaku pada malam tersebut? Siapa yang buat maksiat? Bagaimana yang dikatakan maksiat? Banyaknya soalan...

Masing-masing ada jawapan masing-masing.

Satu majlis yang dilakukan pada satu malam. Majlis yang bercampur lelaki dan perempuan, berpasangan dengan orang yang ajnabi. Berpakaian mengikut tema yang ditetapkan oleh manusia, bukan mengikut aturan Allah. Aurat terdedah disana sini. Tari menari. Apa pendapat anda? Adakah keadaan sebegitu boleh dipanggil malam maksiat?

Walaupun diri sendiri tak pernah menghadiri majlis sebegitu tapi rasa sedih sangat sebab ada ramai kawan-kawan disekeliling yang menghadiri majlis sedemikian.

Apa yang disedihkan? Mana tidaknya, ada yang bertudung, tercabut terus tudung gara-gara 'malam penuh makna' tu. Ada juga yang bertudung tapi sama seperti tidak bertudung. Berbaju sama seperti tidak berbaju. Sana sini bahagian badan nak ditunjukkan. Lelaki dan perempuan tiada batasan, sesuka hati nak berpegangan tangan, malah berpelukan, di khalayak ramai pula tu.

Lebih menyedihkan lagi, bila perempuan yang bertudung litup juga ikut sama memeriahkan majlis. Dan berganda-ganda sedih bila ada diantara mereka itu adalah ahli usrah. Ada yang dari sekolah rendah bersekolah disekolah agama, begitu juga sekolah menengah di sekolah agama. Astaghfirullahal'azim.

Mana perginya semua ilmu agama yang dipelajari selama lebih 10 tahun itu? Takkan tiada satu pun ilmu itu yang tinggal dalam diri. Berpenat lelah ustaz dan ustazah mengajar, tapi tidak diguna dengan sebaiknya.

Ditegur salah, tak ditegur lagi la salah. Tak ditegur, kita bakal dipersoalkan di akhirat kelak.

Kalau ditegur, salah satu jawapan mereka beri, "engkau belum tahu apa bakal jadi pada engkau di hari depan, entah-entah engkau lagi teruk dari aku". Di doakan kita jadi lagi teruk pula. 
Jawapan lain "mak ayah aku pun tak kisah, kenapa engkau nak sibuk?". Agaknya cuma mak ayah dia yang boleh tegur dia, selain dari tu, takde maknanya. 
Kalau jawapan yang 'baik sikit', "kami bukan buat apa-apa pun, cuma datang memeriahkan majlis je".
Macam-macam jawapan 'bernas' yang mereka beri.
Siapa mencipta kamu wahai kawan-kawan?
Siapa pula mencipta bumi yang terbentang luas ini?
Siapa yang menilai kelakuan mu?
Siapa pula yang bakal menimbang kelakuan mu?
Siapa pula yang akan memberi balasan atas perbuatan kamu?

Jawapannya hanya satu, ALLAH YANG ESA.

Kerana itu, Allah juga telah sediakan peraturan yang perlu kita patuhi. Sudahlah Allah yang ciptakan kita, diberi pinjam pula bumi ini. Dia yang mencipatakan segalanya, jadi hanya peraturannya yang berhak dipatuhi, bukan peraturan manusia yang terbatas akal fikirannya.

Perkara yang Allah larang itu terlalu sedikit. Jadi kenapa yang sedikit itu juga la yang nak dilakukan? Gunakanlah akal fikiran yang Allah beri itu dengan sewajarnya. Bersuka ria itu tidak salah tapi dalam Islam ada caranya. Adakah Islam mu hanya pada nama?

Kawan-kawan ku, hidup cuma sementara. Allah pinjamkan kita di bumi ini supaya kita beramal untuk bekalan hari akhirat. Ya Allah sesungguhnya aku terlalu lemah sebagai pendukung agama Mu. Perkara sekecil ini pun aku tidak dapat lakukan. Aku tidak dapat mengajak mereka ke jalan Mu Ya Allah. Aku hanya mampu Berdoa agar suatu hari nanti mereka berubah menuju redha Mu Ya Allah.

"Ya Allah bukakan hati kawan-kawan ku ini, semoga mereka kembali ke jalan mu yang benar lagi Kau redhai. Jauhkan mereka dari perkara maksiat. Mudah-mudahan mereka menjadi penghuni Syurga Mu yang kekal abadi".

Aku insan yang lemah, Aku bermohon pada Mu Ya Allah, jangan Kau bolak balikkan hati ku setelah Kau beri hidayah pada hati ini. Tetapkan Iman ku Ya Allah.
Itu antara soalan yang biasa doktor di Malaysia tanya pada pesakit mereka.
Minggu ni setiap hari kami kena jumpa patient (pesakit). Bila jumpa patient, biasa la, macam-macam perangai la. Ada yang suka dengan kehadiran kita dan ada pula yang tak suka. Maklum la kami ni student, jadi patient tak pandang pun, lain la doktor.

Bercakap pasal patient ni, saya selalu kagum dengan patient di Ukraine ni berbanding patient di Malaysia. Apa yang lebihnya patient Ukraine ni berbanding patient Malaysia. Bagi saya patient di sini lebih tinggi general knowledge mereka berbanding di Malaysia. Lebih-lebih lagi general knowledge berkaitan perubatan.

 sumber: google

Pengalaman saya buat 'elective posting' (praktikal) di Malaysia, bagi saya di Malaysia sangat susah nak explain kat patient pasal penyakit dia, apatah lagi untuk treatment. Ini disebabkan Bahasa Melayu tak banyak persamaan dengan Medical Term (bahasa perubatan). Sebab tu la mereka susah nak faham dan doktor pun susah nak fahamkan mereka.

Kalau pasal ubat pula, kebanyakan patient tak tahu ubat apa yang mereka ambil. Nama ubat mereka tak tahu, apatah lagi dos ubat (doktor pun lupa dos ubat, normal la tu). Mereka hanya ambil ubat ikut arahan doktor. Jadi bila doktor nak tanya balik history of medication (ubat yang pernah patient ambil sebelum ini), terpaksa doktor tanya bentuk ubat, warna ubat, saiz ubat. Tapi cuma doktor yang berpengalaman je boleh tanya begini, sebab mereka dah biasa mengadap ubat-ubat tu. Tak mustahil juga tersilap ubat sebab ada banyak ubat yang sama saiz, warna dan bentuk. Tapi kalau patient tu dah lama ambil ubat tu, selalunya dia tahu nama ubat tu dan untuk apa ubat tu dia ambil.

 sumber: google

Berbeza dengan di Ukraine ni. Bahasa yang mereka gunakan banyak persamaan dengan Medical term. Contoh nama penyakit, kebanyakannya lebih kurang. Tapi masih ada yang tak sama, itu normal. Jadi doktor kat sini kalau doktor sebut pasal nama penyakit, patient dah boleh pick-up penyakit tu berkaitan dengan apa.

90% patient di sini tahu nama ubat yang mereka ambil, termasuklah nenek-nenek yang umur dah menjangkau 70-an dan 80-an. Apa yang lebih penting mereka tahu ubat itu digunakan untuk apa. Jadi dengan cuma 1 soalan, doktor boleh tahu ubat apa yang patient ambil. Dan banyak patient yang saya jumpa dia tahu ubat tu tergolong dalam group ubat yang mana satu dan tahu berapa dos ubat tu. Kadang-kadang (selalu sebenarnya, huhuhu) kami medical student ni pun lupa benda-benda tu, lagi-lagi dos ubat. Pernah saya jumpa seorang patient, dia siap boleh terangkan macam mana 'mechanism of action' untuk ubat tu. Adus, malu saya masa tu, terasa seperti patient tu jauh berilmu dari saya.

Kenapa berlaku perbezaan begini?
1- Di Malaysia, hospital / klinik yang sediakan ubat. Patient jumpa doktor dan doktor akan beri ubat sebelum balik. Tapi di Ukraine, ubat kena beli sendiri. Patient datang jumpa doktor, doktor tulis ubat apa yang perlu dia ambil dan patient kena beli sendiri ubat tu di farmasi. Dengan cara itu, mereka lebih tahu tentang ubat yang mereka ambil.

2- Budaya membaca. Masyarakat Malaysia kurang budaya membaca berbanding masyarakat di Ukraine. Tapi saya rasa sekarang budaya itu semakin menunjukkan peningkatan yang baik. Mudah-mudahan berterusan. Tapi bukannya membaca bahan-bahan hiburan. Kalau setakat meningkatkan bacaan bahan hiburan, ia tidak akan menambahkan ilmu pengetahuan masyarakat.

3- Saya rasa di Ukraine ni mudah nak dapat majalah-majalah yang berkaitan dengan bidang perubatan. Jadi masyarakat umum boleh mengetahui banyak mengenai ilmu perubatan. Kalau di Malaysia, saya rasa susah sungguh nak jumpa majalah berkaitan perubatan, mungkin ada tapi susah nak jumpa. Apa yang saya perasan, selalunya cuma diadakan segmen khas perubatan di suratkhabar atau  majalah. Tentu saja berbeza dengan majalah yang memang membicarakan khas tentang ilmu perubatan. (Kalau majalah hiburan, astaghfirullah, berlambak-lambak di sana sini).

4- Kurang keinginan untuk tahu. Orang Malaysia selalunya mengikut saja apa yang disuruh tanpa banyak soal. Jadi apa sahaja yang doktor arahkan, mereka buat. Di Ukraine ni, patient akan bertanya dengan doktor bermacam-macam soalan. Selagi mereka tak berpuas hati, mereka akan terus bertanya. Sampai kadang-kadang doktor cakap pada patient, tak perlu tahu semua tu.

Bukan tujuan saya nak membandingkan rakyat Malaysia dengan Ukraine. Cuma ingin menyedarkan diri saya sendiri dan orang sekeliling, lebih-lebih lagi rakyat negara saya sendiri. Kalau diikutkan, kemudahan dan teknologi perubatan Ukraine jauh berbeza dengan di Malaysia. Malaysia lebih ke hadapan. Tapi kalau bercakap tentang ilmu pengetahuan berkaitan perubatan, orang Ukraine jauh ke hadapan.
Lately asyik buat entry pasal makanan je. Tak tahu la kenapa, may be sebab takde topik saya nak post agaknya. Entah la.

Beberapa minggu yang lepas, masa jalan-jalan di blog orang saya terjumpa resepi ayam kukus. Nampak menarik dan sedap. Niat dihati memang nak buat resepi tu, cuma tak sempat nak buat. Alhamdulillah hari ni Allah pinjamkan kekuatan untuk saya mencuba resepi ni.

Saya memang suka makanan jenis kukus dan rebus. Pada saya sangat sedap, tapi mungkin tidak pada orang lain. Sebab Allah kurniakan kita perasaan yang berbeza-beza. Lagi pun makanan yang dikukus dan direbus ni lebih sihat berbanding makanan yang digoreng. Kurang lemak, lebih berkhasiat. Itu pandangan saya.

Hari ni menu sihat adalah Ayam Kukus Sos Nenas dan Salad Campuran. First time mencuba resepi ayam kukus tu. Alhamdulillah hasilnya memang memberangsangkan. Walaupun cuma dikukus, tapi rasanya tetap sedap. Yang penting tidak berlemak. Semua kulit dan lemak ayam dibuang sebelum dimasak, masak pula tak guna minyak. Tu sebab saya suka resepi ni. Cuma bagi saya leceh sikit nak buatnya. Sikit je tak banyak pun lecehnya. Hehehe. Tapi kata orang 'nak seribu daya, taknak seribu dalih'.

Ayam kukus bersos nenas. Ayam dah tertimbus dek nenas.

Salad campuran (timun + tomato + olive + daun ukrup + olive oil). Tambah gula dan garam sikit sebagai penambah perasa.


Sesiapa yang teringin nak cuba resepi ayam kukus ni, boleh ambil resepi dari blog kak Hana atau tiffinbiru. Saya pun ambil resepi dari blog mereka.

Agaknya memang hari ni hari ayam dan salad. Shibrah datang ke bilik saya dengan membawa sepinggan lauk berserta sayuran. Memang rezeki saya dan roomates hari ni. Shibrah bawakan Moroccan Chicken dan Garden Salad. Nampaknya hari ni hari ayam dan hari salad, hehehe.

 Moroccan chicken dan garden salad

Apa pun terima kasih banyak Shibrah sebab sudi memberi kami rasa makanan tu. Semoga Allah tambahkan lagi rezeki mu, insyaallah. Kalau nak bagi lagi silakan, kami menerima dengan pintu terbuka. Hahaha. Shibrah ni memang pandai memasak dan suka mencuba masakan baru. Teruskan usaha ye Shibrah.
Beberapa hari lepas adik saya sibuk suruh saya carikan teks pidato untuk dia. Allahuakbar, adik saya ni memnag salah orang la. Kakak dia ni bukannya kaki pidato, malah tak pernah walau sekali pun memijakkan kaki di atas pentas pidato. Kakakmu ini tidaklah sehebat kamu.

Tak tahu la di mana dia cuba mencari jalan penyelesaiannya. Tapi tiba-tiba dia bagi saya satu link dari youtube. Saya buka. Nak tahu apa yang menarik dengan video tu. Bila buka, tengok-tengok orang Australia berpidato dalam Bahasa Melayu. Saya memang tak pernah tahu ada pertandingan pidato antarabangsa ni. Ketinggalan zaman sungguh la saya ni. Tapi takpe, sekarang saya dah tahu. Saya cuba dengar video tu sampai habis. Hmmm boleh tahan juga dia berbahasa melayu. Nak dengar?

Ayleen O'hanlon (Nur) dari Australia
 
Lepas habis tu, saya tengok ada related video, orang Russia pula berpidato. Saya teruja walaupun belum melihat video tu. Mana tak terujanya, kami di Ukraine ni berbahasa Russia dengan orang luar, cuma dalam class je berbahasa inggeris. Tapi walaupun dah 6 tahun saya di Ukraine ni, bahasa russia saya tidaklah sehebat mana, terlalu banyak kekurangan dan cacat celanya. Jadi bila ada orang Russia boleh berbahasa melayu, tentu la teringin sangat nak dengar apa bunyinya. Nyata mereka memang bagus. Mari dengar.

Alexandra Samohvalova (Karmila) dari Russia
 
Ini lagi seorang pemidato orang Russia. Apa yang saya tahu dia ni pemenang tempat pertama. Actually saya agak kagum la dengan mereka yang siap boleh berpidato, jadi johan pula tu.
 
 Olga Vasilevskaya dari Russia
 
Kalau orang asing boleh berbahasa melayu dengan baik, malu la kalau orang melayu tak boleh berbahasa melayu dengan baik. Marilah sama-sama kita martabatkan bahasa ibunda kita Bahasa Melayu. Saya pun masih banyak kekurangan dalam memahami Bahasa Melayu.
Entry yang lepas saya ada kata yang saya beli daun anggur untuk buat satu jenis makanan Turki. Hari ni saya dah pun lakukannya. Tapi ini pertama kali saya cuba buat makanan ni, banyak sangat kekurangannya. Perlu menuntut lagi ni.

Makanan ini diberi nama 'galupsi' (bahasa russia) atau 'sarma' (bahasa tatar). Dah lama saya tahu kewujudan makanan ni, tapi saya tak teringin nak mencuba. Sampai la satu hari makcik Radziah (tatarian) suruh saya rasa sarma yang dia buat. Owh sedap rupanya. Bila saya tanya orang yang tahu cara membuatnya, saya rasa macam senang. Tu yang teringin nak cuba buat sendiri. Sesiapa yang teringin nak cuba buat sendiri, boleh tengok resepi di bawah.

 Galupsi / Salmar yang sedia untuk dimakan.

Bahan-bahan:

Daun anggur / kelopak kobis (telah dijeruk dgn air garam)
Beras (dibasuh bersih)
Daging cincang
Bawang besar (potong dadu)
Bazilik (russia) / raihan (tatar)
Jintan putih
Garam
Olive oil (minyak zaitun)

Cara-caranya:

-Campurkan beras, daging cincang, bawang besar, bazilik dan garam. Gaulkan.
-Bentangkan daun anggur / kelopak kobis, letakkan bahan-bahan yang telah dicampur tadi ke atas daun anggur dan lipat dengan kemas.
-Susun galupsi ke dalam periuk dengan kemas dan rapat (kalau tak rapat nanti terburai isinya).
-Masukkan air sama paras dengan galupsi tadi. Tuangkan sedikit minyak zaitun ke dalam air rebusan. Boleh tambahkan sedikit garam ke dalam air rebusan jika suka lebih masin.
-Rebus 45-60 minit.
-Siap untuk dimakan. Daun anggur tu boleh dimakan sekali.

Beras + daging cincang + bawang besar + bazilik + jintan putih + garam

Daun anggur yang telah dijeruk dengan air garam

Letakkan campuran beras dan daging tadi ke atas daun anggur dan lipat kemas.

 Haaaa macam ni.

 Siap sudah membungkus. Sekarang dah boleh dimasukkan dalam periuk untuk direbus.

Dekat Ukraine ni mudah nak dapat daun anggur yang telah dijerukkan dengan air garam. Kelopak kobis pun sama juga. Jadi kami boleh beli di pasar je. Pastikan daun anggur tu daun yang muda bukan yang tua. Sebab bila guna daun yang tua, liat untuk dimakan.

Walaupun percubaan kali pertama ni menghasilkan galupsi yang ada rupa paras, tapi rasa galupsi ni masih banyak kekurangannya. Kena banyak belajar lagi untuk memperbaiki.

Terfikir kalau di Malaysia, mana nak dapat daun anggur / kelopak kobis jeruk? Hmmm kena buat sendiri la jawabnya. Siapa ada daun anggur kat rumah? Hehehe.
Hari ni balik class awal, Proffesor bagi balik awal. Dalam perjalanan balik ke hostel, singgah Kubi rinak (Pasar Kubi). Beli barang-barang mentah dan niat beli daun anggur sebab nak buat satu juadah Turkey. Alhamdulillah berjaya mendapatkan daun anggur. Insyaallah dalam masa terdekat ni nak cuba buat juadah tu.

Tadi masa kat rinak sempat beli kalbasa (sosej) halal dan roti. Perut pun memang lapar. Jadi terus buat roti kalbasa tu. Kebetulan salad dan tomato memang ada dalam icebox. Apa lagi mulakan projek.

Tapi hari ni tangan ni gatal sikit. Rajin pula nak menyusun dan menghias, selalu tu main 'ngap' je terus dalam mulut. Actually kat Ukraine ni sangat la susah nak dapat roti yang lembut macam roti ni. Roti Ukraine keras-keras belaka. Tapi orang Ukraine memang suka makan roti keras. Orang Malaysia pula kalo jumpa roti keras memang tak layan. Jadi bila jumpa je roti ni, mesti nak beli.


Dah siap pun roti kalbasa. Bila disusun cantik macam ni, makan pun rasa bersemangat. Patut la orang suka menghias makanan. Tapi awas, takut tak sedar berat badan makin 'bersemangat' juga. Hehehe.
Seharian semalam menunggu adik online kat yahoo messenger tapi dia tak muncul-muncul. Pagi tadi baru dia online. Rupanya semalam dia pergi Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan mengambil anak saudara yang telah menamatkan pelajarannya di sana dan akan menyambung di UM Kuala Lumpur.

Tengah-tengah chatting, dia bagi cakap "adik 'Izzah lelaki". Hah? Wah dah dapat anak saudara baru. Setiap hari ternanti-nanti berita dari Malaysia. Walaupun ini bukan anak saudara yang pertama, tapi masih excited bila dapat anak saudara baru. Ini adalah anak saudara yang ke-**. Hehehe. Ramai kan anak saudara saya? Yang pastinya, lelaki jauh lebih ramai dari perempuan. Geng tukang sepah rumah lagi ramai dari geng kemas rumah. Hehehe.

Baby lelaki seberat 2.99kg telah selamat lahir ke dunia pada 13 Mac 2010 pada sebelah malam di Hospital Sabak Bernam. Kehamilan baby ni G6P4+1 (ini bahasa perubatannya). Alhamdulillah wa syukur lillah atas rezeki yang diberikan Ya Allah. Tahniah pada Abang Lan dan Kak Ita. Tahniah juga pada Safwan, Sufyan, Syahmi dan 'Izzah, dapat adik baru.

Masa Kak Ita tengah mengandung 'Izzah cakap " 'Izzah nak adik perempuan sebab 'Izzah nak kawan". Mungkin dia rasa sunyi sebab dia seorang je perempuan. Tapi ada hari-harinya dia kata "Tak kisah la lelaki ke perempuan, adik 'Izzah juga". Takpe la 'Izzah, 'Izzah doa lepas ni dapat adik perempuan pula ye. Acik kan ada, Acik boleh kawankan 'Izzah (tapi mesti la tak sama macam adik sendiri kan?)

 'Izzah dengan sepupunya, kakak Sabrina

Sayangku yang baru melihat dunia, kehadiran mu telah lama kami nantikan. Semoga kehadiranmu menjadi penyeri keluarga. Penyejuk mata penawar hati mak dan ayahmu. Acik doakan semoga kau jadi anak yang soleh, insyaallah. Jadilah kau pejuang dan pendukung agama Allah di atas muka bumi ini. Kerana kau telah berjanji pada Rabb-mu untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Semoga hidupmu sentiasa di dalam peliharaan dan kasih sayang Allah.

Acik tak sabar nak jumpa kamu sayang. Insyaallah panjang umur, kita jumpa. Membesar dengan sihat ye sayang. 'Izzah jangan sedih ye. Lelaki ke perempuan ke, baby tu tetap adik 'Izzah. 'Izzah dah jadi kakak sekarang, jaga adik elok-elok ye.
Mungkin tak ramai yang mengenali Maria Huberdino Hertogh. Saya pun baru je tahu siapakah dia. Tapi kalau sebut Natrah, rasanya ramai yang tahu tentang tragedi yang pernah berlaku kepadanya. Kedua-duanya adalah orang yang sama. Nadra Maarof (nama sebenar dalam Islam) @ Natrah (orang Melayu panggil) @ Bertha Hertogh @ Maria Huberdian Hertogh.

Selama ni saya tak berapa faham tentang 'Tragedi Natrah' ni. Setakat tahu dia adalah anak orang bukan Islam yang telah dipelihara oleh orang Islam (sekaligus menjadikan dia seorang Islam) dan kemudiannya murtad. Beberapa bulan lalu pengarah filem Erma Fatima telah mengadakan sebuah pementasan teater bertajuk 'Natrah'. Teater mengisahkan perjalanan hidup Natrah. Tapi saya bukanlah 'kaki tengok teater' atau 'kaki wayang'. Tapi semalam saya berpeluang menonton pementasan 'Natrah' yang telah dirakamkan.

Setelah saya selelsai menonton rakaman pementasan tersebut, baru lah saya tahu jalan cerita sebenar kehidupan Natrah. Saya kemaskinikan info baru yang saya perolehi dari pementasan tu dengan meng'goggle' berkaitan Natrah. Saya cuba dapatkan juga video berkaitan Natrah di youtube. Dan akhirnya saya faham apa yang berlaku.

Cerita ringkas boleh rujuk di sini, Wikipedia Bahasa Melayu dan mana-mana rujukan yang boleh di percayai.

Bagi saya terlalu banyak yang saya pelajari dari jalan cerita kehidupannya berdasarkan pementasan ini. Serba sedikit yang saya boleh kongsikan apa yang terlintas di fikiran saya.
1) Kena ada hitam putih dalam proses pengambilan anak angkat supaya bila berlaku sesuatu di masa akan datang, ada bukti kukuh yang dapat digunakan untuk mempertahankan kebenaran.
2) Didik la anak angkat yang telah diamanahkan itu sebaik mungkin. Berikan ilmu secukupnya, lebih-lebih lagi ilmu agama supaya apabila berlaku sesuatu yang kurang enak, si anak dapat berfikir berdasarkan ilmu yang dia ada.

3) Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji palsu, lebih-lebih lagi dengan orang yang tidak dikenali. Dalam kes ni, Cik Aminah terlalu percaya kepada pegawai Belanda yang meminta Cik Aminah membawa Natrah ke Singapura dengan bermacam-macam janji manis.

4) Pertahankan hak kita selagi berkemampuan. Lebih-lebih lagi hak yang berkaitan dengan agama kita iaitu Islam

5) Jangan membuat keputusan melulu, bertanya la kepada yang lebih mengetahui. Dalam kes ni, Cik Aminah mengahwinkan Natrah dengan Cikgu Mansor Adabi tanpa mengetahui keadaan undang-undang di Singapura ketika itu.

6) Dalam Islam, setelah seorang perempuan mencapai umur akil baligh, dia sudah boleh berkahwin. Tiada tempoh umur tertentu seperti di dalam undang-undang negara dan sebagainya.

7) Tiada paksaan untuk menganut agama Islam. Natrah dengan hati terbuka dan rela untuk terus mengamalkan ajaran Islam dan menjalani hidup sebagai seorang Muslim tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak.

8) Betapa hebatnya umat Islam  bersatu pada ketika itu. Mereka datang ke Singapura dari seluruh pelusuk Malaya demi mempertahankan akidah seorang perempuan Islam. Ada yang berjalan kaki, ada yang berbasikal dan sebagainya. Mereka berjuang bermati-matian memperthankan Natrah, sehingga meragut nyawa saudara Islam kita ketika itu. Bagaimana dengan umat Islam zaman sekarang? Adakah jauh lebih baik atau jauh lebih teruk? Jawapannya ada pada mereka yang mahu berfikir. Fikirlah sendiri.

9) Dan banyak lagi yang boleh kita fikirkan.

Saya sertakan beberapa video dari youtube (TVemedia), ulasan oleh Datin Fatini Yaacob yang mengkaji kisah Natrah. Mungkin ulasan ini dapat membantu untuk lebih memahami kisah Natrah ini


Walaupun Natrah telah diajar dan mengamalkan ajaran Islam sepanjang dia hidup bersama Cik Aminah, tetapi dia telah dipaksa untuk mengamalkan ajaran Kristian. Dia telah disekat untuk mengamalkan ajaran Islam. Maka hiduplah dia dalam agama Kristian hinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Julai 2009.


Natrah tahu ramai orang mengetahui tentang jalan cerita kehidupannya. Maknanya dia juga tahu tentang liku kehidupannya dan kekejaman yang telah berlaku. Jadi kenapa dia tidak kembali kepada agama Islam. Tiadakah Islam di hatinya? Tapi ya lah kan, Allah memberikan hidayahnya kepada hambanya yang dikehendakinya. Siapa lah kita untuk menilai. Penilaian Allah terlalu hebat, sedangkan manusia tiada kehebatan melainkan kehebatan yang Allah pinjamkan sedikit buat sementara waktu.

Sejak 4 tahun yang lepas, saya diwajibkan melaksanakan 'elective posting'(praktikal) di hospital bila tiba waktu cuti musim panas. Saya memilih untuk berada di hospital di Malaysia. Sekurang-kurangnya saya dapat mempelajari selok belok hospital di Malaysia, sebagai persediaan untuk menghadapi zaman pekerjaan.

Sepanjang tempoh praktikal saya, antara penyakit yang banyak saya jumpa adalah darah tinggi dan kencing manis. Maksudnya memang ramai orang Malaysia ni menghidap penyakit ni. Kebetulan saya terbaca mengenai 'stevia'. Stevia dipercayai boleh membantu pesakit kencing manis untuk mengurangkan kadar gula dalam darah kerana stevia tidak mengandungi glucose walaupun ia manis. Saya lampirkan artikel berkaitan stevia ni. Mungkin berguna untuk para pembaca. Sumber artikel adalah dari sini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KONSEP Edible Garden atau Taman Ramuan menitik beratkan setiap pokok yang ditanam boleh dijadikan makanan, ubat selain menghias laman.

Untuk itu, ada beberapa pokok yang dikategorikan sebagai tanaman herba boleh dijadikan hiasan menarik dalam Taman Ramuan termasuk stevia atau daun manis yang menjadi pilihan ramai kebelakangan ini.

Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula.

Ia dikatakan boleh menggantikan gula untuk pesakit kencing manis, yang juga dikategorikan sebagai pokok renek sesuai menjadi penghias penutup bumi.

Daunnya berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu. Ia boleh membesar setinggi satu meter manakala bunganya kecil berwarna putih menyerupai bunga aster, cuma saiznya lebih kecil.

 sumber gambar dari wikipedia

Stevia adalah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Justeru, stevia menghasilkan biji benih apabila matang.

Pokok ini boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga jarang dibiakkan dengan cara itu. Maka, pembiakannya selalunya menggunakan keratan batang.

Stevia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah, ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay.

Selain untuk landskap, stevia digunakan secara meluas sebagai pemanis. Namun, stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis ialah daripada spesies rebaudiana.

Ia mula digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Di Eropah, kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari pada kurun ke-16 dan ia kemudian dibawa ke Asia. Kajian mengenai tumbuhan ini dimulakan pada awal kurun ke-19 apabila pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat.

Pakar botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya.

Uniknya, stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid.

Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan, namun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia.

Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi.

Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan glukos, bermakna ia baik untuk pengidap diabetes.

Pengkaji Denmark mendapati hipoglisemik in vitro yang dilakukan steviosid dan steviol berupaya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi ejen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Ada pendapat menyatakan stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung.

Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu.

Penduduk Jepun adalah pengguna paling besar menggunakan stevia untuk memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.

Malah, dilaporkan syarikat pengeluar minuman seperti Coca Cola menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan Kanada.

Di Amerika Syarikat, stevia menjadi bahan larangan yang tidak boleh digunakan terhadap produk makanan. Ini mungkin kerana monopoli pengeluar pemanis tanpa kalori sintetik yang terdapat di sana.

INFO: Stevia


  • Tanah kompos, tanah campuran bukan tanah liat yang menakung air

  • Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi serta perlu disiram dua kali sehari dalam cuaca panas.

  • Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.

  • Dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan stevia ini ialah 1/4 sudu makan. Daunnya yang dihancurkan digunakan untuk menggantikan 1 sudu makan gula biasa.


  • Nama Tempatan: Stevia

    Nama Saintifik: Stevia rebaudiana

    Nama Lain: Teh manis, sweet leaf of Paraguay, caa-he-éé, kaa jheéé, ca-a-jhei, ca-a-yupi, azucacaa, eira-caa,

    Sinonim: Eupatorium rebaudianum capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf, sugarleaf.

    Famili: Astereacea

    Asal: Paraguay

    Antara ciri-ciri stevia ialah:
    Pemanis semula jadi
    Menurunkan kadar gula dalam darah
    Melawaskan kencing
    Menurunkan tekanan darah
    Membunuh bakteria
    Membunuh kulat
    Membunuh virus
    Mengurangkan keradangan
    Membantu menurunkan berat badan 
    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Boleh juga baca di wikipedia untuk maklumat tambahan
    Terima kasih kepada abang saya yang rajin menghantar email-email berguna kepada adiknya yang masih kekurangan ilmu ni. Semoga kita sama-sama dapat mengamalkan apa yang kita cuba sampaikan ini. Insyaallah.

    Mari kita sama-sama hayati dan amalkan apa yang terkandung di dalamnya. 3 ujian tapisan.

    -------------------------------------------------------------------------------------------

    Rasul Allah (sal Allahu alaihi wa sallam) said: “Keep away from ill-thinking/ suspicions because ill-thinking is the greatest falsehood.” [Sahih Bukhari]

    During the Abbasid period one of the scholars in Baghdad was greeted by an acquaintance who said, "Do you know what I just heard about your friend?"

    Scholar: "Hold on a minute, before telling me anything I'd like you to pass a little test. It's called the Triple Filter Test."

    The Man: "Triple Filter Test?"

    Scholar: "That's right, before you talk to me about my friend it might be a good idea to take a moment and filter what you're going to say. That's why I call it the triple filter test. The first filter is Truth. Have you made absolutely sure that what you are about to tell me is true?"

    The Man: "No, actually I just heard about it and ..."

    Scholar: "All right, so you don't really know if it's true or not. Now let's try the second filter, the filter of Goodness. Is what you are about to tell me about my friend something good?"

    The Man: "No, on the contrary..."

    Scholar: "So, you want to tell me something bad about him, but you're not certain it's true. You may still pass the test though, because there's one filter left: The filter of Usefulness. Is what you want to tell me about my friend going to be useful to me?"

    The Man: "No, not really."

    Scholar: "Well, if what you want to tell me is neither true nor good nor even useful, why tell it to me at all?"

    Allah (subhana wa ta’ala) asks us: "O you who believe! Avoid much suspicions, indeed some suspicions are sins. And spy not, neither backbite one another. Would one of you like to eat the flesh (meat) of his dead brother? You would hate it (so hate backbiting). And fear Allah. Verily, Allah is the One Who accepts repentance, the Most Merciful." [Quran 49:12]

    -------------------------------------------------------------------------------------------

    Jadi mari sama-sama kita fikirkan. Adakah kita telah menapis segala percakapan kita? Saya sendiri pun sedar saya selalu bercakap tanpa menapisnya. Betapa pentingnya penapisan ini demi kemaslahatan ummat. Fikir-fikirkan dan bersama-sama kita cuba untuk mengamalkannya. Insyaallah.
    Kita masih berada dalam bulan Rabi'ulawal. Bila sebut saja Rabi'ulawal, pasti semua tahu ini adalah bulan kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam. Dan pada bulan Rabi'ulawal juga Baginda wafat ketika berusia 63 tahun. Semoga Baginda sentiasa dalam ingatan kita semua, insyaallah.

    Bersempena dengan bulan yang mulia ini, Islamic Student Movement (ISIM) CSMU telah menganjurkan sebuah program memperingati Baginda Rasulullah yang kita sanjungi. Walaupun sambutan ini hanya diadakan setiap kali datangnya Rabi'ulawal, bukan lah bermakna kita hanya memperingati Baginda sekali setahun, Tetapi kita sepatutnya memperingati Baginda setiap hari.

    Walaupun ada yang membantah dan mengatakan majlis seperti ini bida'ah, tetapi rasanya tidaklah ia sampai menggugat akidah kita sebagai umat Islam. Bukannya kita buat perkara yang buruk dalam majlis tersebut, tetapi majlis yang diisi dengan program ilmu. Tidak salah kan? Terpulanglah kepada individu bagaimana mahu menilai. Kalau birthday ahli keluarga dan kawan-kawan kita boleh sambut dan tidak pula dikatakan bida'ah, kenapa pula majlis memperingati orang yang tertinggi ini dikatakan bida'ah?

    Sambutan diadakan di masjid 5th hostel usai solat maghrib. Nyata sambuatan pada tahun ini berbeza dari tahun-tahun yang lalu. Kali ini ISIM telah menganjurkan satu forum dengan membariskan panel-panel dari negara yang berbeza. Tema tahun ini 'REVIVING PROPHET'S LEGACY'. Forum yang mereka bincangkan bertajuk 'ISLAM AS A GIFT'. Forum dipengerusikan oleh saudara Ismail dari Malaysia dan 3 lagi ahli panel. Mereka adalah Brother Abdul Halim dari Ghana, Brother Alex Iskandar Rutowsky dari German dan Dr. Ahmad Ghadour dari Sudan. Forum dikendalikan dalam bahasa Inggeris.

    Iklan sambutan, intro dari ahli panel forum

    Brother Abdul Halim banyak menyebut keadaan Islam di Ghana. Katanya di Ghana Islam dan agama selain Islam diamalkan secara harmoni. Ada kalanya Kristian berpakaian dengan pakaian orang Islam untuk ke gereja. Amalan ziarah menziarahi adalah perkara biasa di Ghana walaupun menziarahi mereka yang berlainan agama. Contoh seperti hari raya, orang bukan Islam juga akan berkunjung ke rumah orang-orang Islam dan begitu juga sebaliknya. Katanya lagi, orang Islam di Gahan selalu mengadakan majlis berkumpul dengan orang bukan Islam untuk menerangkan kepada mereka apa itu Islam yang sebenar.

     Ahli panel forum.
    Dari kiri: Dr Ahmad Ghadour, Brother Alex, Brother Abdul Halim dan saudara Ismail

    Brother Alex pula adalah seorang muallaf dari German. Dia telah memeluk Islam beberapa tahun yang lalu. Menurut Brother Alex, beliau tertarik dengan Islam disebabkan kelakuan dan tingkah laku orang Islam. Baginya orang Islam sentiasa menghormati antara satu sama lain, sentiasa tolong menolong, sentiasa bertolak ansur dan sebagainya. Menceritakan perasaan ketika mula-mula memeluk Islam, dia katanya seperti baru bangun dari tidur yang panjang. Dia merasa tenang dan bahagia setelah memeluk agama Islam. Tambahnya lagi manusia ini seperti komputer. Roh kita ibarat software komputer dan badan kita ibarat hardware komputer. Jika software asyik bermasalah, lama kelamaan hardware juga turut akan rosak sama.

    Dr. Ahmad Ghadour pula banyak berkisar tentang pengamalan Islam dalam keluarga dan kerjaya. Bagaimana mempraktikkan Islam ketika bekerja lebih-lebih lagi bekerja dengan orang bukan Islam. Katanya lagi, agak sukar untuknya mengawal anak-anak dan keluarga dalam keadaan sekeliling yang sangat jauh dari apa yang diajarkan dalam Islam.

     
     Antara muslimin yang hadir. (Tidak seramai ketika bermain bola. Hmmm)

     Muslimat turut serta memeriahkan majlis. Baby Umar pun datang dengar forum. Malu la sikit pada Umar wahai mereka-mereka yang malas tu.

    Selesai forum kami ditayangkan beberapa video yang cukup menarik. Juga 10 soalan kuiz telah diutarakan. Solat Isyak berjamaah di masjid. Seperti biasa, akhir majlis tentu ada jamuan. Hari ini menu adalah nasi putih berlaukkan ayam masak merah dan sayur tumis.

    Juadah jamuan. Makan berjemaah dalam talam dapat mengeratkan lagi silaturrahim.

    A long time ago, there was a huge tree.
    It loved a little boy very much, the boy loved to come and play around it everyday.

    He climbed to the treetop.
    Ate the apples.

    Take a nap under the shadow.
    He loved the tree, the tree was so happy.

    Time went by....
    One day, the boy come back to the tree. The tree said "come and play with me".

    "I am no longer o kid, I do not play around a tree anymore". "I want toys. I need money to buy them".
    "Sorry but I do not have money...but you can pick all my apples and sell them. So you will have money".
    The boy was so excited. He grabbed all the apples on the tree and left happily. The tree was happy.

    The boy never come back after picked the apples. The tree was sad.
    One day, the boy who now turned into a man returned and the tree was excited. " Come and play with me" the tree said.

    "I do not have time to play. I have to work for my family. We need o house for shelter. Can you help me?"
    "Sorry but I do not have any house. But you can chop off my branches to build your house."

    So the man cut all the branches of the tree and left happily.
    The tree was glad to see him happy but the man never came back since then.
    The tree was again lonely and sad

    One hot summer day, the man returned and the tree was delighted. "Come ang play with me" the tree said.
    "I am getting old. I want to sailing to relax myself. Can you give me a boat?" said the man.

    "Use my trunk to build your boat." the tree said. "You can sail far away and be happy."
    So the man cut the tree trunk to make a boat. he went sailing and never showed up for a long time.

    Finally, the man returned after many years. " Sorry my boy. But i do not have anything for you anymore. No more apples for you" the tree said.
    "No problem. I do not have any teeth to bite" the man replied.
    "I really cannot give you anything...the only thing left is my dying roots" the tree said with tears.
    "I do not need much now, just a place to rest. I am tired after all these years" the man replied.

     
     "Good! Old tree roots are the best place to lean on and reSt. Come, come sit down with me and rest."

    Everybody has an apple tree in his life.
    And its your Parents  !!!

     
    No matter how busy you are, share some time with parents!
    Sejak beberapa hari yang lalu lagi, classmate ajak makan kat luar. Rasanya dah lama kami tak makan kat luar beramai-ramai. Maklum la, sekarang hari Sabtu ada class (menggantikan cuti outbreak H1N1 beberapa bulan lalu), masa jadi terhad. Ahad pula ada saja program, tambah-tambah sekarang ni ada HOW (Houseman Officer Workshop).

    Hari ni kami bercadang nak makan di Restoran Al-Laziz di 'central rinak' (rinak = pasar). Restoran halal yang baru dibuka. Selalunya restoran halal di sini menyediakan menu mengikut tuan punya restoran. Kalau tuan restoran tu orang Turkey, maka menu-menu tu pun menu Turkey la. Kalau orang Tatar punya restoran, menu Tatar la yang disediakan. Tapi Al-Laziz ni menyediakan makanan orang Rusia. Yang penting pemilik restoran ni adalah orang Islam dan makanan yang disediakan halal.

     
     Kaunter Al-Laziz. Restorannya tidak la besar mana pun.

     
     Encik cashier sedang mengira jumlah harga makanan yang kami pesan. Sesekali berposing, lepas ni bila dah balik Malaysia, tak jumpa dah makanan kat Al-Laziz ni.

    Kami memesan beberapa jenis makanan untuk dicuba. Menunggu pun tak lama. Mungkin masih awal, jadi tak ramai orang yang berkunjung. Boleh tahan la makanannya dan harganya pun tidak mahal 'mencekik'. Cuma pilihan makanan tak berapa banyak.

     
    Nampaknya mereka dah tak sabar-sabar lagi nak makan

      
    Jangan makan dulu, belum baca doa.

      
     Senyum lapar tu. Ok ok jom kita tengok apa makanan yang dipesan

      
     Sup se frikadelkami.
    Dalam sup tu ada bebola daging dan nasi

      
    Kotleta po kievski.
    Daging ayam bersalut roti, nasi, salad kobis, mayonis dan sambal (tentunya sambal orang Rusia tak pedas langsung)

      
    Sup se pelmenyami.
    Dalam sup tu ada daging cincang yang dibungkus dengan tepung yang telah diuli

      
     Solyanka.
    Sup juga tapi merah. Kalbasa dalam sup tu. (kalbasa = sosej)

    Habis makan jangan buat-buat tak tahu pula, kena la bayar. Cik bendahari sedang mengira duit.

    Lepas makan baru sambung berjalan-jalan di rinak untuk cari barang-barang mentah. Masa kami keluar dari hostel tadi, cuaca cerah. Masa kami makan di Al-Laziz, hujan turun dengan lebatnya tapi sekejap je. Walaupun sekejap, bertakung juga la air kat jalan.