Sekarang tengah cycle hematology (study about diseases of blood). Minggu lepas kami belajar dengan Dr Ridvan K. Ilyasov (hematologist) mengenai penyakit yang berkaitan dengan kekurangan sel darah merah. Salah satu penyakit itu adalah thalassemia. Apa yang menarik, kata Dr Ridvan, mereka yang mengidap penyakit thalassemia ni tidak akan dijangkiti penyakit malaria. Hebat kan aturan Allah? Apa itu thalassemia dan apa itu malaria?
Sebelum tu saya nak kongsi sedikit berkaitan sel darah merah supaya lebih paham bila bercakap pasal thalassemia nanti. Antara kandungan sel darah merah adalah hemoglobin. Hemoglobin mempunyai 2 pasang rantai yang dipanggil alpha-chains (α-chain) dan beta-chains (β-chain). Ok berbalik kepada thalassemia dan malaria.
Thalassemia adalah penyakit darah di mana kekurangan dalam penghasilan salah satu daripada rantai hemoglobin. Penyakit ini adalah penyakit keturunan. Apabila berlaku kekurangan rantai tersebut, maka pembentukan hemoglobin menjadi tidak normal. Sekaligus memberi kesan kepada sel darah merah.
Malaria pula adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis organisma yang dikenali sebagai plasmodium. Nyamuk anopheles betina adalah pembawa penyakit ini. Kitar hidup plasmodium ini melibatkan darah dan hati manusia.
Anopheles
Kenapa mereka yang mengidap thalassemia tidak akan dijangkiti malaria? Ini kerana plasmodium tidak dapat membiak di dalam darah yang tidak normal keadaannya. Keadaan sel darah merah pesakit thalassemia tidak sesuai untuk pembiakan plasmodium.
Ini adalah satu kelebihan kepada mereka yang mengidap thalassemia. Betapa hebatnya Allah dalam mengatur dan menyusun hidup hamba-hambanya. Plasmodium menurut perintah si Penciptanya. Tidak pernah walau sekali plasmodium mengingkari perintah Allah. Plasmodium punya banyak pilihan manusia lain yang boleh dijangkitinya, terlalu sedikit yang Allah larang untuk si plasmodium jangkiti.
Tapi bagaimana pula dengan manusia? Manusia juga Allah yang ciptakan bukan? Akan tetapi kenapa terlalu ramai manusia melanggar perintah Allah dan tidak menuruti segala apa yang diperintahkanNya? Allah halalkan banyak perkara untuk manusia lakukan di dunia ini dan teramat sedikit yang Allah larang. Tapi kenapa yang Allah larang tu juga yang manusia nak lakukan?
Pernahkah kita terfikir? Sudah lah Allah bekalkan manusia dengan akal, tidak seperti makhluk lain yang tiada akal, tapi manusia lebih teruk di sisi Allah berbanding makhlukNya yang lain. Malulah sikit pada plasmodium tu. Barangkali plasmodium pun mengutuk manusia, "Apa la manusia ni, itu pun tak boleh nak ikut"
2 comments:
Salam Norain! I am Dr.Ridvan Ilyasov. If possible, translate this Artikle for me English because I dont understande Malay. Best Regards.
Salam! i am Dr.Ridvan Ilyasov. Thank you for your Artikle. If possible tell me pleas what about? You can send me E-mail, adress is ridvan@list.ru or to Facebook. Goodby.
Post a Comment