Kereta kalau nak berjalan kena isi minyak kan? Sama la macam kami juga. Sepanjang lebih kurang 2 minggu perjalanan, tentulah kena isi perut setiap hari. Kalau tak macam mana nak jalan-jalan ye tak? Bila pergi negara arab tentu sekali makan makanan arab. Ramai juga orang yang tak boleh nak terima makanan arab, tapi kami ok je. Semua pun kami telan je, asalkan halal dan mengenyangkan. Hehehe.

SHAWARMA 'ARABI.
Dekat Ukraine pun ada benda ni cuma nama lain sikit, shaurma. Kulit luar tu macam kulit popia cuma tebal sikit la. Dalamnya ada daging ayam, sayur jeruk(selalunya timun dan cili besar) dan kadang-kadang ada kentang goreng sekali. Tapi shawarma ni kentang goreng tu dia letak kat luar je, siap ada jeruk tambahan(timun, sengkuang, lobak dan cili besar). Kalau kat Malaysia rasanya orang panggil kebab, cuma isinya beza sikit.
------------------------------------------------------------------------------------------

 
'ADAS
Ayam tu adalah ayam yang dipanggang. Yang berlapis-lapis tu adalah sejenis roti tapi nipis-nipis. Roti tu disapukan dengan ala-ala sambal gitu tapi tak pedas. Warna kuning dalam mangkuk tu pula kuah kacang dal yang dah di blend. Pekat kuah tu.

 
 Ni pun 'adas juga. Cuma rotinya tak bersambal dan kuah kacang dal tu agak cair. Kali ni takde ayam tapi ada sayur tumis kobis, buah tomato, buah zaitun hijau & hitam dan susu masam. Limau tu diperah dalam kuah kacang dal tu. Kuah kacang dal yang ni ada rasa kambing sikit-sikit. Lagi special roti tu ha, letak atas karpet je. Memang kami terkejut yang tak boleh disorok-sorok lagi masa tu. Sabar je la arab ni, selamba dia je letak roti atas karpet yang biasa dipijak-pijak tu. Tapi nak buat macam mana, mereka dah biasa macam tu.
------------------------------------------------------------------------------------------

 
TERUNG GERGASI BAKAR
Pernah tengok terung sebesar ini? Saya pun first time jumpa terung sebesar ni. Terung yang sedang di bakar. Pelik juga, sebab tak pernah pula makan terung bakar. Rupa-rupanya ada cara penyediaannya sebelum dihidang. Nak tahu macam mana? Jom tengok gambar bawah ni.

 
Haaaa dah siap. Jumpa tak mana terungnya? Mana nak jumpa, sebab cuma isi terung je diambil. Pastu dilenyek-lenyek dengan sudu. Tomato dipotong dadu, campurkan sekali dalam terung tadi. Campurkan pula dengan air lada(tapi air lada tu tak pedas) dan daun hijau tu. Tak tau daun apa tapi bentuk macam daun sup. Garam sikit. Kacau rata dan hidang. Last sekali letak minyak zaitun kat atas sekali. Makan dengan roti arab tu. Layan juga la rasa dia. Nama? Huwaaa tak tahu la.
-------------------------------------------------------------------------------------------

 
ROTI YAMAN
Roti ni macam roti canai, cuma roti ni rangup. Makan cicah dengan kuah kacang dal yang sangat pekat. Besar yang amat rotinya.
------------------------------------------------------------------------------------------

 
 NASI BERIYANI SYRIA
Ini versi ayam. Boleh tahan sedap juga nasi beriyani ni. Tengok beras tu, panjang-panjang sungguh la.

 
Yang ni pula nasi beriyani versi daging kambing. Pun sedap juga.
------------------------------------------------------------------------------------------

 
 AYAM PANGGANG-ROTI ARAB
Sebenarnya tak tahu nama makanan ni. Hakikatnya seperti yang tertayang tu la. Ada ayam panggang, roti arab, dan sayur (salad hijau dan tomato). Makan dengan sos. Kenyang la makan roti arab tu.

 
Ayam panggang berjeruk. Roti (pinggan tengah) tu pula tengah nya ada isi daging kambing. First time makan, not bad sedap!

 ------------------------------------------------------------------------------------------

 
 NASI MANDI
Orang yang pertama kali dengar nama nasi ni mesti gelak. Tapi memang namanya macam tu. Tengok la ayam dia tu, seekor dalam dulang tu. Putih tu laban / smetana / susu masam. Merah tu tomato yang di blend dengan cili besar, kira macam sambal nasi mandi la, tapi tak pedas.
-------------------------------------------------------------------------------------------

 
KABSAH
Ini la makanan yang paling lazat dan enak sepanjang berada kat 2 negara arab ni. Tak kan dapat kat mana-mana kedai sebab isteri Ustaz Wahid (Maisak) yang masak masa kami ziarah ke rumah Ustaz Wahid tu. Memang boleh beli dekat restoran, cuma rasa tak sama. Hanya orang yang makan je tau sesedap mana kabsah kat atas ni. Kami cakap kat Maisak "kalau awak buka restoran jual kabsah ni, restoran lain gulung tikar". Makan dengan salad (tomato & timun) dan susu masam (smetana / laban)
 
 
 Ini pun kabsah juga, cuma rasa berbeza. Kabsah ni dihidangkan masa kami ziarah rumah Ustaz Miqdad. Menurut isteri Ustaz Miqdad (Ustazah Hidayah), orang Indonesia yang masak.

Lagi sejenis kabsah. Ni takde ziarah rumah sesiapa. Kabsah ni beli kat kedai. Makan sebelum ke Petra. Bezanya kabsah yang ni ada telur goreng. Sedapnya jeruk sayur arab tu, tapi masin yang amat.
-------------------------------------------------------------------------------------------

 
HALAWIYAT
Maksudnya manisan. Orang arab tak suka makanan pedas, manis mereka suka. Selalunya halawiyat dihidang selepas makan makanan berat. Serius memang sedap halawiyat ni. Halawiyat yang ni tak kering sangat dan tak basah sangat, sedang-sedang la orang kata. Ustaz Wahid, mana nak beli halawiyat ni?

Ini jenis halawiyat kering. Boleh simpan lama. Ada macam-macam jenis dan rupa bentuk. Memang sangat manis.

KINAFEH
Tak clear la gambar, jauh sangat. Halawiyat ni jenis basah, tak boleh simpan lama. Bawah dia susu kambing. Tak semanis halawiyat yang kering tu.
-------------------------------------------------------------------------------------------

 
KACANG CAMPURAN
Biasa nampak kan kacang-kacang ni? Tapi kacang campuran kat kedai Al-Kamal ni macam lagi sedap la. Psycho betul, padahal sama je. Tapi serius rasa dia lain sikit, lebih sedap dan yang penting lebih murah. Heeeeee
-------------------------------------------------------------------------------------------

 
 AISKRIM TUMBUK
Kenapa nama dia aiskrim tumbuk? Sebab aiskrim ni ditumbuk-tumbuk sampai jadi sticky(melekit-lekit). Then tabur dengan berjenis-jenis kacang. Kat Malaysia ada ke jual? Ni perasa vanilla

 
Aiskrim tumbuk perasa coklat.

 
Ini bukan aiskrim tumbuk ye, harap maklum. Tapi pantang jumpa aiskrim, beli saje. Nak buat macam mana, kat Ukraine susah nak jumpa aiskrim yang boleh makan. 
-------------------------------------------------------------------------------------------

 
 'ASIR
'Asir = jus. 'Asir tebu di Jordan. Ada macam-macam lagi, orange, strawberi, pisang, epal etc. Lupa nak snap gambar 'asir yang lain. 'Asir kat negara arab ni sedap sebab kebanyakannya adalah jus asli yang tak dicampur dengan air.

 
KOKTEL
Actually sejenis 'asir juga. Cuma campuran bermacam jenis buah-buahan. Kalau tiba-tiba teringin nak 'asir macam ni, mana nak dapat? Huhuhu

-------------------------------------------------------------------------------------------

 
BUAH CACTUS
Bukan nenas kecil ye, jangan tersilap pula, maklum la gambar tak jelas. Banyak sangat jumpa pokok cactus. rupanya mereka memang tanam pokok cactus tu, sebab mereka makan buahnya. Tak makan pun, pegang je, sebab bau ni tak berapa sedap. Bau macam cactus tu.
--------------------------------------------------------------------------------------------

*Lupa nak snap gambar ayam barbique & sosej panggang masa picnic kat Laut Mati tu. Penat hero-hero tu mem'barbique' ayam. Yang pastinya ayam barbique tu memang sedap. Lepas ni boleh la buka kedai ayam barbique ye ustaz-ustaz.

0 comments: