Asalnya berbelah bagi nak ke Lubnan atau tak. Tapi majoriti nak pergi, so pergi juga la. Lagi pun dah dekat kan, alang-alang dah keluar berjalan, teruskan je la.

Kami ke Lubnan 2 van. Satu van student dari Ukraine(kami la tu) dan satu lagi van family kak Zalina dari Doha,Qatar. Kak Zalina ni orang Malaysia juga cuma tinggal di Doha, husband dia kerja kat Doha. Perjalanan sehari ni penuh dengan gelagat kanak-kanak, tu yang best tu. Along, Angah, Ayuni dan Danish.

Family kak Zalina

Sebenarnya tak tahu apa yang ada di Lubnan. Majoriti kata nak pergi Beirut. Maka perjalanan kami terus ke Beirut. Destinasi pertama adalah Jeita Grotto.

Jeita Grotto adalah gua batu kapur yang terletak di sebelah utara Beirut. Pemandangan dalam gua ni amat menakjubkan. Dipenuhi stalaktit dan stalakmit yang berbagai rupa bentuk. Subhanallah, sungguh indah kejadian Allah. Di bahagian atas gua tersebut, kita boleh berjalan kaki menikmati keindahannya, tetapi di bahagian bawah kena menaiki bot / sampan. Sambil berjalan menikmati keindahannya, terdengar bunyi titisan air, sesekali jatuh terkena pengunjung gua. Tak tahu macam mana nak cerita kecantikannya, hanya orang yang pernah ke sana yang tahu.
 
Bahagian atas Jeita Grotto (gambar sekadar hiasan)

 
 
Bahagian bawah. Kena naik bot / perahu. Tapi dalam gambar tak sama la dengan sebenar. Tengok depan mata memang lagi cantik. Menakjubkan. (gambar sekadara hiasan- tak boleh ambil gambar dalam tu)

Gua ini dijumpai oleh seorang American missionary, Willian Thomson. Bahagian bawah gua ditemui pada 1836 manakal bahagian atas pada 1958. Kini Jeita Grotto disenaraikan sebagai salah satu finalis 7 keajaiban dunia (new7wonders). Maklumat lanjut klik sini dan sini dan sini.

Kemudian menaiki bot melihat pemandangan di Beirut. Penempatan mereka di lereng-lereng bukit. Ombak petang yang boleh tahan kuat petang tu. Jenuh kami dibuai ombak petang di atas bot. Rasa nak terkeluar isi perut pun ada juga.
Atas bot. Tengok Danish tu nak duduk sorang-sorang, bukan main lagi dia

 
Lepas turun dari bot. Kak Iman berjaya mencuri hati Danish

Singgah makan sekejap sebelum meneruskan perjalanan untuk menaiki kereta kabel ke atas bukit, menyaksikan bandar Beirut. Tapi memang tak ada rezeki, awal pula tutup kaunter kereta kabel tu. Melepas la peluang. Tapi pakcik-pakcik driver van tu bagi pilihan kedua, naik atas bukit dengan van, cuma kena bayar duit minyak menggantikan duit tiket kereta kabel. Kira boleh la abah (panggilan untuk pakcik arab yang bawa van kami tu).

Gambar masa kat atas bukit tu. Kami semua dengan pakcik-pakcik arab driver van tu.

0 comments: