Hari ni last cycle Infectious Disease di 7th hospital, Simferopol. Topik hari ni adalah HIV / AIDS. Rasanya semua orang tahu bila sebut AIDS / HIV. 'Acquired Immune Deficiency Syndrome' (AIDS) adalah penyakit yang berkaitan dengan sistem pertahanan badan yang disebabkan oleh jangkitan 'Human Immunodeficiency Virus' (HIV).


Human Immunodeficiency Virus

Bila sebut saja AIDS, semua orang tahu ada berbagai-bagai cara penyakit ini berjangkit. Antara cara penyakit ini berjangkit adalah :
1- perhubungan seks (seks rambang / pasangan ada AIDS)
2- dari ibu kepada anak dalam kandungan
3- perkongsian jarum suntikan (selalunya penagih dadah)
4- pemindahan darah (darah penderma yang positif HIV)
5- dari ibu kepada anak yang sedang menyusu (melalui susu ibu)
6- terdedah dengan mana-mana cecair dari badan pesakit

Kebanyakan dari kalangan masyarakat kita telah sedia maklum berkenaan 3 cara yang pertama. Dalam perbincangan di kelas tadi, bermacam-macam yang kami bincangkan. Saya bukan mahu membincangkan kesemua apa yang kami pelajari siang tadi. Cuma saya tertarik dengan beberapa kenyataan dari doktor kami. Kata Madam Boyko, statistik menunjukkan peratusan terbesar jangkitan AIDS di Ukraine adalah melalui perhubungan seks. Di Malaysia juga begitu, peratusan terbesar jangkitan melalui perhubungan seks.

Kalau di Ukraine, memang patut perhubungan seks menyumbang peratusan terbesar sebab Ukraine bukan lah sebuah negara Islam dan seks bebas tidaklah asing bagi mereka. Tapi bagaimana pula dengan Malaysia? Adakah Malaysia juga sama seperti Ukraine?

Malaysia merupakan sebuah negara Islam. Negara Islam tentunya tidak membenarkan seks bebas. Tambahan pula majoriti penduduknya beragama Islam, jadi mengapa kenyataan di atas boleh berlaku? Sudah tentulah jawapannya kerana orang Islam sudah ramai yang tidak mengamalkan Islam yang sebenar. Tidak mengikut segala peraturan yang telah digariskan oleh Islam.

Sedih melihat umat Islam kini. Nama saja Islam tapi ajaran Islam jauh sekali untuk di amalkan. Islam diambil bila mahu dan ditinggalkan bila tak mahu. Sebahagian perbuatan ambil cara Islam dan sebahagian lagi tidak mengikut garis panduan yang Islam tetapkan. Macam mana tu? Barangkali orang begini memilih tinggal di antara Syurga dan Neraka di hari yang kekal abadi nanti. Apa agaknya nama tempat antara Syurga dan Neraka? Wujudkah?

Persoalannya, sama tak seks bebas dengan zina? Kalau sama, zina itu berdosa atau tidak? Kalau berdosa, ia tergolong dalam dosa besar atau dosa kecil? Kalau ia adalah dosa besar,di mana tempatnya?

Mereka yang telah terjerumus ke jalan hina itu, bertaubatlah. Sesungguhnya pintu taubat Allah sentiasa terbuka luas untuk mereka yang mahu bertaubat dan mahu kembali ke jalan Allah.

Ikutilah segala perintah Allah dan tinggalkan segala larangan Allah. Allah menjadikan alam ini, Allah jua yang menjadikan kita dan Allah telah susunkan peraturan untuk hidup di alam ini, maka turutilah. Cuma 2 pilihan terakhir kita, Syurga atau Neraka. Pilih antara 2.

0 comments: