Lama meninggalkan blog ni bersawang. Alhamdulillah selamat kembali dari trip ke Jordan-Syria-Lubnan. Syukur alhamdulillah, perjalanan kami Allah permudahkan. Cuma serba sedikit masalah sepanjang perjalanan tu memang adat bermusafir la kan.

Blog saya adalah diari hidup saya. Maka saya nak catatkan serba sedikit sepanjang 2 minggu perjalanan ke 3 negara ni.


24 Dis 2009
-Bertolak dari Simferopol ke Kiev naik train (malam)

25 Dis 2009 (Kiev Ukraine - Istanbul Turkey - Amman Jordan) 
-Bertolak dari Kiev Ukraine ke Istanbul Turkey naik Turkish Airlines. Transit kat Istanbul. Sambung perjalanan dari Istanbul ke Amman Jordan.
-Sampai di airport Amman (malam). Dijemput oleh Rashidah, Ustaz Rabbani & rakan-rakan

26 Dis 2009 (Mu'tah Jordan - Dimasyq Syria)
-Sarapan pagi kat rumah Ayie & adik-adiknya
-Berhenti rehat sebentar kat rumah Aisyah (student bahasa arab Universiti Mu'tah Jordan)
-Petang bertolak ke Syria
-Malam sampai di Dimasyq Syria. Ustaz Hazwan jemput.

27 Dis 2009 (Busro - Nawa Syria)
-Bertolak ke Busro - melawat qol'ah di Busro
                               - melawat gereja Rahib Buhairo
                               - melawat tapak kaki unta Nabi Muhammad
-Melawat maqam Nabi Ayub
-Melawat kolam Nabi Ayub
-Melawat maqam dhorih Imam Nawawi R.A
-Singgah rumah saudara Abah (panggilan untuk pakcik arab yang bawa van tu)

28 Dis 2009 (Halab Syria)
-Bertolak menuju ke Halab
-Melawat maqam dhorih Saidina Khalid Al-Walid dan masjid Khalid Al-Walid
-Singgah kedai kopi kawan Ustaz Adib & Ustaz Hafiz
-Sambung perjalanan ke kubu Salahuddin Ayyubi di Halab
-Melawat maqam Nabi Zakaria dan solat di masjid (lupa nama masjid tu)
-Shopping kat bandar Hamidi
-Perjalanan balik singgah di Hama, tengok kincir air

29 Dis 2009 (Homs - Jabaliah Syria)
-Bertolak ke Lattakia Homs - melawat qol'ah Husun
-Bertolak ke Jabaliah - melawat maqam Ibrahim Adham dan masjidnya
-Bertolak ke Tortus, laut Mediterranean. Nak pergi pulau tapi masa tu dah tutup, so tengok pemandangan laut dari tepi je la...layan ombak senja

30 Dis 2009 (Beirut Lubnan)
-Perjalanan ke Lubnan bersama keluarga kak Zalina dari Dhoha
-Jeita Grotto
-Melihat pemandangan bandar Beirut dari atas bukit di mana terletaknya gereja kat atas bukit tu

31 Dis 2009 (Dimasyq Syria)
-Melawat maqam ulama'-ulama' besar
-Melawat maqam Bilal bin Rabah
-Melawat maqam Ahlil Bait (keluarga Rasulullah) - Ummi Kalthum bintu Ali
                                                                                 - Sakinah bintu Husin
-Melawat maqam isteri-isteri Rasulullah - Ummu salmah
                                                                 - Ummu Habibah
                                                                 - Hafsah
-Pergi pasar kitab-kitab dan buku-buku
-Muzium perubatan Bimaristan An-Nuri (tapi tak dapat masuk sebab dah tutup...sedih betul)
-Melawat maqam dhorih Salahuddin Al-Ayyubi
-Jami' (masjid) Umawi - maqam Nabi Yahya
                                      - maqam Saidina Hussin
-Makan aiskrim tumbuk kat suq (pasar) Hamidiyah
-Shopping kat suq Hamidiyah
-Melihat pemandangan bandar Dimasyq dari Jabal (bukit) Qasiyyun

1 Jan 2010 (Dimasyq Syria - Mu'tah Jordan)
-Bertolak balik dari Dimasyq Syria ke Mu'tah Jordan

2 Jan 2010 (Madaba Jordan)
-Bertolak ke Madaba
-Melihat patung batu isteri Nabi Luth yang disumpah oleh Allah semasa Allah terbalikkan kaum Nabi Luth
-Singgah kat Mujib Nature Reserve. Tengok dari luar je, tak masuk pun, jauh sangat. Tapi kat luar pun dah nampak cantik
-Baptism side
-Mountain Nebo
-Madaba. Church yang menempatkan mosaic peta Jerusalem

3 Jan 2010 (Mu'tah - Petra - Aqabah Jordan)
-Melawat Universiti Mu'tah Jordan
-Melawat maqam Harith bin Umair Al-azdi
-Petra
-Bertolak ke Aqaba untuk bermalam di sana

4 Jan 2010 (Aqabah - Qotranah - Irbid Jordan)
-Naik bot kat teluk Aqabah - sempadan Israel, Mesir, Jordan & Arab Saudi
-Melawat qol'ah Turki Othmaniyyah
-Melawat stesen keretapi Qotranah
-Muzium koleksi kereta Raja Hussin
-Bertolak ke Irbid, menginap kat rumah student medic Malaysia di sana

5 Jan 2010 (Irbid - Jerash - Amman Jordan)
-Melawat JUST (Jordan Universiti Science & Technology) dengan Hasnita & Ainul
-Melawat runtuhan kota Ummu Qaisy - melihat Bukit Golan(perang Hittin), tasik Tiberia, sungai Yarmuk etc
-Melawat maqam Muaz bin Jabal & his son (Abdurrahman)
-Jerash - melawat runtuhan kota kat Jerash
-Melawat qol'ah Ajloun (tak dapat masuk sebab dah tutup)
-Check in hotel kat Amman

6 Jan 2010 (Amman Jordan)
-Melawat maqam Abd Rahman bin Auf
-Solat di masjid Ashabul Kahfi
-Melawat gua Ashabul Kahfi
-Melawat Jabal Qol'ah kat Balad
-Jalan-jalan kat Balad
-Ziarah rumah Ustaz Wahid. Jumpa Ustaz Basil & Ustaz 'Ala Ghois. (Mereka ni doktor, dulu sama belajar dengan kami di Ukraine)

7 Jan 2010 (Dead Sea - Mu'tah Jordan)
-Picnic kat Dead Sea (Laut Mati). Buat barbique ayam
-Jalan-jalan kat kedai dekat rumah students Mu'tah

8 Jan 2010 (Al-Karak - Mu'tah Jordan)
-Melawat maqam Ja'afar bin Abi Talib (Ja'afar At-Toyyar), Zaid bin Harithah, Abdullah Rawahah
-Melawat tapak perang Mu'tah
-Melawat Karak Castle
-Melawat maqam Nabi Nuh
-Jalan-jalan kat Al-Karak
-Ziarah rumah Aisyah sebelum balik Ukraine
-Ziarah rumah pasangan Ustaz Miqdad &Ustazah Hidayah. Jumpa family kak Naimah, family Ita, Hidayah dan Shahidah.
-Ziarah rumah Ayie & adik-adiknya

9 Jan 2010 (Mu'tah - Amman Jordan - Istanbul Turkey - Kiev Ukraine)
-3 pagi bertolak dari Mu'tah ke airport Amman
-Flight Amman ke Istanbul
-Flight Istanbul ke Kiev
-8 malam bertolak dari Kiev ke Simferopol naik train.

10 Jan 2010 (Simferopol Ukraine)
-Sampai di Simferopol. Alhamdulillah

Entry lengkap perjalanan dan gambar akan menyusul nanti.

Tapi terlebih dahulu nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang sudi jadi 'tourist guide' kami sepanjang perjalanan kami ni. Ustaz Rabbani, Ustaz Fais, Ustaz Zaim, Ustaz Shaufi, Ustaz Adib, Ustaz Hafiz, Ustaz Amni, Ustaz Hazwan, Ustazah Khairiah, Ustazah Ikrimah.
Terima kasih banyak juga kepada tuan rumah yang kami tumpang, Ustazah Aisyah, Ustazah Hajar, Ustazah Rashidah, Ustazah Farhain, Ustazah Bazilah, Ustazah Hayati, Ustazah Edriana, Ustazah Izzati, Ustazah Nina Nadia, Ustazah Iffa, Dr Hasnita, Dr Ainul, Dr Izzah, Dr Farihah dan semua yang membantu kami sepanjang perjalanan kami kat sana. Jazakallahukhair.

0 comments: