Tak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki di bumi anbiya' Syria. Tapi ketentuan Allah, itu yang tertulis. Walaupun bermacam halangan, tapi memang rezeki sampai ke sana, alhamdulillah wa syukur lillah. Entry kali ni berkisar perjalanan di bumi anbiya' Syria.
QOL'AH (KUBU)
Qol'ah Busra
Di bina oleh kerajaan Rom. Kawasannya boleh tahan luas. Roman theater yang sangat luas tersergam di dalamnya. Di sini juga terletaknya gereja rahib Nasrani yang digelar Buhaira. Buhaira mengarahkan Abu Talib untuk membawa Muhammad pulang ke Mekah ketika mereka berniaga ke Syam. Buhaira khuatir Muhammad akan dibunuh. Juga masjid di mana Rasulullah pernah berhenti rehat di sana. Kesan tapak kaki unta Rasulullah masih jelas kelihatan. Tempat ini juga pernah menjadi tempat persinggahan mereka yang dalam perjalanan menunaikan haji ke Mekah. Klik sini.
Qol'ah Busra
Roman theater
Qol'ah Salahuddin Al-Ayyubi di Halab (Citadel of Aleppo)
Qol'ah ini terletak di kota lama Halab, berdekatan dengan Masjid Umawi Halab / Jami' Zakariye (dalam masjid ini terletaknya maqam nabi Allah Zakaria) dan suq(pasar) Hamidi. Qol'ah ni terletak di atas sebuah bukit. Cantik, siap berlampu-lampu. Klik sini dan sini.
Qol'ah Salahuddin di Halab
Qol'ah Husun di Homs
Juga dikenali sebagai Crac Des Chavaliears. salah satu qol'ah yang berjaya ditawan oleh Salahuddin Al-Ayyubi. Nak cerita lebih-lebih pasal sejarah ni tak berapa reti. Nak tahu maklumat lanjut, klik sini dan sini.
sekitar qol'ah Husun
Mimbar yang terdapat di dalam qol'ah Husun
MAQAM
Maqam Nabi Ayub
Maqam Nabi Ayub dan anaknya
Kolam Nabi Ayub. Difahamkan air kolam ini boleh menyembuhkan penyakit kulit (kalau tak silap)
Maqam Imam Nawawi
Pokok di atas maqam Imam Nawawi itu tumbuh dengan sendirinya. Ada usaha cuba untuk mematikan pokok tersebut, tetiba dengan kuasa Allah, pokok itu tetap hidup subur malah tumbuh dengan sangat besar. MasyaAllah.
Kalimah ALLAH di pokok kayu tersebut
Maqam Khalid Al-Walid
Maqam Khalid Al-Walid
Masjid Khalid Al-Walid. Di dalam masjid ini terletaknya maqam beliau
Tugu di mana tertulisnya kata-kata terakhir beliau. "sungguh hina mereka yang takut berperang kerana takut mati sedangkan aku pernah menyertai ratusan peperangan dengan harapan aku mati syahid tetapi akhirnya aku hanya mati di atas katil sahaja"
Maqam Nabi Zakaria
Maqam Nabi Zakaria. Terletak di dalam Masjid Umawi / Jami' Zakariye di Halab
Maqam Ibrahim Adham
Maqam Ibrahim bin Adham, seorang ahli sufi yang masyhur
Kata-kata Ibrahim bin Adham, Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan
-kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hakNya
-kamu cintakan Rasullullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya
-kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkannya
-kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya
-kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya
-kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari darinya
-kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya
-kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya
-kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya
-kamu ceritakan keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri
Maqam Bilal bin Rabah
Maqam Bilal bin Rabah. Muazzin di zaman Rasulullah
Maqam Ahlil Bait ( Ummi Kalthum bin Ali, Sakinah bin Hussin)
Maqam Ummi Kalthum
Maqam Sakinah
Maqam isteri-isteri Rasulullah ( Ummu Salamah, Ummu Habibah, Hafsah)
Maqam Hafsah
Maqam Ummu Salmah
Maqam Ummu Habibah
Maqam Sultan Salahuddin Al-Ayyubi
Maqam Salahuddin Ayyubi
Disini terletaknya maqam beliau
Maqam Nabi Yahya
Maqam Nabi Yahya di dalam Jami' Umawi
Maqam cucu Rasulullah, Saidina Hussin
Kami tidak berkesempatan menziarahi maqam Saidina Hussin. Sampai je kat situ, pak arab tu dah tak bagi masuk, penat gak ustaz merayu. Tapi memang takde rezeki.
Maqam Ulama'-ulama'
Kawasan khas menempatkan ulama'-ulama'. Ini baru sikit, kawasan perkuburannya terlalu luas dan sangat banyak.
ZIARAH RUMAH SAUDARA ABAH
Perjalanan hari pertama berakhir dengan ziarah ke rumah saudara abah. Abah tu panggilan untuk pakcik arab yang bawa van tu. Pakcik arab ni baik sangat. Selalu bagi tazkirah. Abah yang ajak kami singgah, kami ikut je. Merasa kami makan makanan arab kat rumah saudara abah tu. Kalau tak silap nama makanannya 'adas.
Tu dia roti karpet. Memang atas karpet betul dia letak. Aduhai.
Tempat tetamu lelaki dan perempuan asing. Kami yang perempuan ni masing-masing terkulat-kulat nak cakap arab. Bila kena asing tempat, bercakap dengan tuan rumah macam ayam dan itik. Sama spesies tapi saling tak memahami. Tu la dulu kat sekolah belajar arab main-main, sekarang baru rasa pentingnya.
Isteri tuan rumah, Amyah(berjubah merah) dan anaknya Jawahir(t-shirt merah)
KINCIR AIR DI HAMA
Dalam bahasa arab, kincir air digelar nawail. Kincir air tersebut dibuat daripada kayu dan masih kukuh sehingga kini. Kincir air ini dikelilingi sungai dan air disalurkan melalui batu bata yang menyerupai struktur jambatan.
The real kincir air
Replika kincir air
TARTUS
Perancangan asal nak menaiki bot ke sebuah pulau di Tartus. Tapi sampai disana dah tutup pula tempat bot tu. Musim sejuk tutup awal, maka tak dapat la kami pergi ke pulau tu. Cuma dapat merasa ombak senja laut mediterranean.
Ombak senja mendamaikan
Masing-masing layan perasaan nampaknya. Hehehe. Kesian semua tak dapat gi pulau disana tu.
MUZIUM PERUBATAN BIMARISTAN AN-NURI
Kami tak sempat masuk pun muzium perubatan ni. Kami sampai je muzium ni dah tutup. Kecewa la juga. Kata Ustaz Saufi dalam muzium ni ada banyak bahan berkaitan perubatan lebih-lebih lagi berkaitan Ibnu Sina. Bila lagi agaknya dapat sampai ke sini? Hmmm
Pintu masuk muzium
SUQ HAMIDIYAH
Suq tu maksudnya pasar. Macam-macam ada dekat suq ni. Memang rambang mata la dibuatnya. Pilihan yang pelbagai ditambah dengan harga barang yang murah, memang tempat yang sesuai nak shopping. Jubah, abaya, pashmina, serban, selendang, baju, lapik meja, kain ela etc. Nak sebut semua memang tak habis sebut.
Dalam bangunan ni la terletaknya Suq Hamidiyah
Ha ni baru gambar alas meja. Macam-macam lagi ada sampai tak tau nak cerita. Nak tahu kena pergi sendiri la. Pastikan anda menetapkan jangka waktu tertentu kalau masuk suq ni. Kalau tidak silap haribulan ada yang tak keluar dek kerana bershopping. Heeeee
Ada satu kedai aiskrim istimewa dalam suq ni. Aiskrim tumbuk. Aiskrim tu ditumbuk sampai jadi melekit-lekit. Dimakan dengan taburan pelbagai jenis kacang. Sedap!
Aiskrim tumbuk berkacang. Ada macam-macam perasa
Semangat abang arab tu menumbuk aiskrim. Tengok la berapa besar penumbuk aiskrim tu
JABAL QASIYYUN
Pengakhiran perjalanan kami di Syria adalah di Jabal (bukit) Qasiyyun. Dari puncak jabal ni kami dapat menyaksikan Dimasyq secara keseluruhannya. Cantiknya bandar Dimasyq dan padat.
Dimasyq dari Jabal Qasiyyun
Jazakumullahukhair
Di negara arab kalau berjalan keluar kena ada mushrif/masul (ketua/pemimpin). Dalam kata lainnya orang lelaki yang memastikan keselamatan kita sepanjang berada di luar rumah. Kesempatan ni nak ucap berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di bumi Syria, yang sudi mengurudkan dan menemankan kami sepanjang perjalanan kami. Kami takkan dapat membalasnya, mudah-mudahan Allah akan membalas segala kebaikan kalian semua. Ustaz Saufi, Ustaz Adib, Ustaz Hafiz, Ustaz Amni, Ustaz Hazwan, Ustazah Khairiah dan Ustazah Ikrimah.
Ustaz Saufi. Memang minat sungguh dengan sejarah dia ni. Suka dengar dia cerita pasal sejarah.
Ustaz Hafiz. Cuma sehari dengan dia. Tapi banyak info dia bagi, lebih-lebih lagi mengenai 'paklong'
Ustaz Adib. Orang kuat menemankan kami bershopping. Hehehe. Bukan semua orang boleh tahan melayan kerenah perempuan bershopping.
Ustaz Amni. Mushrif kami semasa ke Lubnan
Ustazah Khairiah dan Ustazah Ikrimah. Mereka ni la yang banyak membantu sepanjang kami kat Syria. Orang perempuan mesti nak cari perempuan juga supaya lebih senang nak berkomunikasi.
***Kisah perjalanan di Jordan dan Lubnan akan menyusul
0 comments:
Post a Comment