MAQAM
Maqam Harith bin Umair Al-Azdi
Beliau telah dibunuh ketika menghantar utusan Rasulullah kepada Raja Busro
Maqam Muaz bin Jabal dan anaknya Abd Rahman
Beliau merupakan sahabat kepada Rasulullah
Maqam Abd Rahman bin Muaz Bin Jabal
Maqam Abd Rahman bin Auf
Beliau adalah sahabat Rasulullah
Maqam Ja'afar bin Abi Talib
Beliau merupakan sepupu Rasulullah
Maqam Zaid bin Harithah
Beliau adalah anak angkat Rasulullah
Maqam Abdullah bin Rawwahah
Sahabat Rasulullah dari golongan ansar
Maqam Nabi Nuh
Maqam Nabi Nuh
Kesan bahtera Nabi Nuh. Tetapi yang lebih sahih di Turki
MADABA
Isteri Nabi Luth
Dalam perjalanan ke Madaba kami singgah sebentar melihat sumpahan batu isteri Nabi Luth. Menurut ceritanya, Allah melarang Nabi Luth, isteri dan anaknya menoleh ke belakang setelah Allah terbalikkan kaum Nabi Luth. Tetapi isteri baginda ingkar dengan arahan Allah.
Batu sumpahan isteri Nabi Luth
Mujib Nature Reserve
Perjalanan diteruskan. Tiba-tiba terlihat papan tanda
'Mujib Nature Reserve'. Ada yang teringin nak tengok, so berhenti sekejap kat reserve tu. Tapi tak masuk pun sebab jauh sangat kalo nak masuk reseerve tu. Tengok dari luar je. Dari luar pun dah cukup cantik, apa lagi di dalamnya.
Mujib Nature Reserve
Baptism Side
Sampai ke destinasi pertama,
baptism side. Di sini tempat di mana Nabi Isa dimandikan. Sebab tu la golongan kristian percaya tempat ni suci. Tempat pemandian Nabi Isa tu airnya mengalir ke sungai Jordan. Maka bagi orang kristian, sungai Jordan tu suci. Sungai Jordan memisahkan Jordan dan Israel. Dalam kawasan ni juga ada banyak gereja yang dibina mengikut negara. Bagi mereka tempat ni adalah tempat mereka naik haji.
Peta kawasan baptism side
Di sini la tempat Nabi Isa dimandikan (dekat pondok yang kecil tu, belah kanan)
Sungai jordan yang memisahkan Jordan dan Israel. Sebelah sana dari sungai tu Israel la tu
Mountain Nebo
Seterusnya ke
Mountain Nebo. Di tempat ini la suatu ketika dulu Nabi Musa pernah berdiri memandang ke arah bumi Palestin. Jika cuaca baik, kita berpeluang melihat kubah Dom of the Rock dari tempat ini. Tapi ketika kami di sana, cuaca berkabus, jadi tak dapat la tengok.
Medical ambil lambang daripada bende kat atas tu la.Tongkat dan ular. Ada kaitan dengan kisah Nabi Musa
Jarak tempat ni ke beberapa tempat di Palestin
Mosaic
Mosaic Peta Jerusalem
Akhir sekali kami ke sebuah gereja di mana terletaknya mosaic peta Jerusalem
Mosaic peta Jerusalem dalam gereja di Madaba
PETRA
Rasanya semua orang pun pernah dengar cerita pasal
Petra ni. Salah satu antara 7 keajaiban dunia. Digelar juga
'Rose-red City' sebab ia adalah kota batu yg berwarna kemerah-merahan. Takjub bila tengok petra ni, memang cantik, halus sungguh tarahan batunya.
Terpegun kejap masa mula-mula terpandang tempat ni. Serius memang cantik
Sungguh menakjubkan
AQABAH-QOTRANAH
Aqabah
Kami naik bot di Teluk Aqabah. Lantai bot tu ada cermin. Melihat keindahan Teluk Aqabah, airnya yang sangat jernih, nampak ikan-ikan, landak laut, rumpai-rumpai laut dan macam-macam lagi. Memang jernih sungguh airnya. Ada satu kawasan tu nampak kereta kebal di dasar laut. Pakcik bot tu kata, kereta kebal tu king mereka yang letak kat situ, sebagai tukun tiruan. Dari Teluk Aqabah ni boleh nampak 4 negara, Jordan-Israel-Mesir-Arab Saudi.
Bot ada cermin kat bahagian lantai, supaya boleh tengok dasar laut
nampak tak?
Close up lagi. Ha tu kan nampak
Ni kereta kebal dekat dasar laut tu
Lepas tu kami pergi melawat qol'ah di zaman Turki Othmaniyah. Kecil je kubunya.
Kubunya tak besar pun
Qotranah
Meneruskan perjalanan ke Stesen Keretapi Qotranah. Stesen keretapi dan landasan tu di bina pada zaman Turki Othmaniyah. Dulu digunakan sebagai satu kemudahan untuk menunaikan haji. Tapi sekarang dah tak beroperasi lagi, ditinggalkan begitu sahaja. Sayangkan? Menurut cerita yang saya dengar masyarakat arab tidak mahu menggunakan peninggalan Turki Othmaniyah.
Keretapi yang ditinggalkan begitu saja. Tolak lagi tolak, kuat sikit.
Bangunan stesen keretapi Qotranah
RUNTUHAN KOTA
Kota Ummu Qais
Runtuhan kota Ummu Qais. Tak berapa nak reti pasal sejarahnya. Tapi dari kota Ummu Qais ni la kami dapat tengok Bukit Golan dimana pernah berlakunya peperangan Hittin. Jelas kelihatan juga sungai Yarmuk dari atas kota ini. Dan juga Tasik Tiberia di mana ia berhubung dengan laut mati melalui sungai jordan. Dipercayai di tasik Tiberia ni la akan keluarnya ya'juj dan ma'juj.
Kota Ummu Qais
Nun disana tu ada sungai Yarmuk yang memisahkan Jordan dan Israel. Bukit tu adalah bukit Golan
Tengok betul-betul. Ada tasik Tiberia di sana tu
Kota Jerash
Runtuhan kota
Jerash. Besar kota Jerash ni. Kami tak habis pun jelajah sampai hujung. Tapi kami berkesempatan menyaksikan persembahan di zaman Rom. Askar-askar mereka, kereta kuda mereka etc.
Pintu masuk kota Jerash
Runtuhan kota Jerash
Askar Rom
Berkuda ke kereta kuda?
Kota Ummu Qais dan Kota Jerash ni adalah antara 10 daripada kota pemerintahan Rom luar Itali. Nak cerita lebih-lebih pasal sejarah memang tak reti la. Sorry la ye.
QOL'AH
Qol'ah Ajlun
Qol'ah Ajlun ini dibina oleh anak saudara Salahuddin Ayyubi, Usama. Malangnya kami tak dapat masuk ke qol'ah ni sebab kami sampai dah senja, qol'ah dah tutup. Banyaknya tempat yang kami tak sempat masuk. Terasa rugi pula.
Ajlun Castle. Gelap dah, tak berapa nampak
Jabal Qol'ah
Jabal Qol'ah terletak di Balad. Ini juga antara 10 daripada kota pemerintahan Rom luar Itali dalam liga dekapolis. Nama lamanya Philadelphia.
Jabal qol'ah di Balad
Al-Karak Castle
Al-Karak castle pula qol'ah terakhir kami sepanjang musafir kami di bumi anbiya'. Al-Karak castle ni salah satu kubu yang digunakan semasa perang salib. Salahuddin Ayyubi berjaya menawan kubu ini setelah mengepung kubu ini selama 7 bulan.
Al-Karak castle di atas sana tu
TAPAK PERANG MU'TAH
Perang Mu'tah berlaku pada tahun 8 hijrah, sekitar tahun 629M. Baginda Rasulullah menghantar 3000 tentera untuk menghadapi tentera Rom Byzantine. Baginda Rasulullah melantik 3 orang panglima Islam dalam peperangan tersebut, Zaid bin Harithah, Ja'afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawwahah.
Tapak perang Mu'tah masih jelas kelihatan.
GUA ASHABUL KAHFI
Sebelum melawat gua ashabul kahfi, kami solat di masjid ashabul kahfi. Antara masjid yang sangat bersih dan kemas. Habis solat kami ke gua, dekat je, sebelah masjid tu je. Kecil je guanya. Ashabul kahfi adalah 7 orang pemuda yang Allah tidurkan mereka selama 309 tahun. Rasanya semua orang pun tahu cerita pasal ashabul kahfi ni.
Dari ruang ini la cahaya matahari pagi menerangi gua
Tempat tidur ashabul kahfi. 4 orang di sini (3 di atas & 1 di lantai)
Lagi 3 orang di sini
Masjid ashabul kahfi
MUZIUM KOLEKSI KERETA RAJA HUSSIN
Terletak di Amman. Menempatkan berpuluh-puluh koleksi kereta dan motosikal Raja Hussin. Kat bawah ni sebahagian daripada koleksi tu.
Ferrari bukan sebiji, ada banyak lagi
Porsche rasanya kalau tak silap
Tak tahu apa nama motosikal ni
PICNIC - DEAD SEA
Salah satu hari kami habiskan picnic kat Laut Mati. Ada yang mandi, ada yang main air, ada yang main lumpur. Macam kanak-kanak riang. Hehehe. Cuba rasa air Laut Mati tu, tersangat masin sampai jadi rasa pahit. Sepanjang pantai Laut Mati tu penuh dengan ketulan garam, kecil dan besar. Ustaz Rabbani dan Ustaz Zaim pula buat barbique ayam dan sosej. Kami tolong makan je. Heeeeee.
Garam bersepah-sepah di tepi pantai. Di situ garam di sini garam. Memang garam belaka la
2 orang hero bakar ayam kat belakang tu. Heroin tolong tengok dan makan je.
Akhirnya berjaya menjejakkan kaki di Laut Mati
UNIVERSITI DI JORDAN
Universiti Mu'tah
Sempat kami melawat Universiti Mu'tah masa di Al-Karak. Tengok kelas, kuliah, taman, bangunan etc. Dapat juga masuk kelas dan kuliah tapi kosong la takde orang sebab masa tu study week. Kebanyakan kelas dah habis.
Khusyuknya dengar kuliah Ustaz Rabbani. Hehehe. Ni dewan kuliah Universiti Mu'tah
Jordan University Science & Technnology
Masa di Irbid pula sempat melawat JUST (Jordan University Science & Technology). Kami follow student medical dan dentist, tapi tak sempat masuk kelas mereka sebab kami kena kejar masa untuk destinasi seterusnya. Cuma sempat melihat kawasan sekitar JUST je.
Suka tengok pokok tu, cantik! JUST
ZIARAH
Rumah Ustaz Wahid
Waktu yang paling seronok dan berdebar bila nak jumpa sheikh-sheikh kami dulu. Kami sempat ziarah ke rumah Ustaz Wahid. Dan di sana kami jumpa dengan Ustaz Basil dan Ustaz 'Ala Ghois. Mereka ni semuanya doktor, dulu sama-sama belajar dengan kami di Ukraine. Mereka la ustaz-ustaz yang membimbing kami di Ukraine. Kat Jordan pun mereka masih tak putus-putus bagi ingatan pada kami itu dan ini. Begitu la sepatutnya kita sesama Islam, saling ingat-mengingati. Seronok dapat berkenalan dengan keluarga Ustaz Wahid. Semoga berjumpa lagi di lain masa, insyaallah.
Kiri duduk: Ustaz 'Ala, Ustaz Basil dan Ustaz Wahid (with his daughter Mariam)
Isteri Ustaz Wahid, Maisak with her 2nd daughter, Salmah
Rumah Ustaz Miqdad
Malam terakhir kami di Jordan, sempat kami ziarah ke rumah Ustaz Miqdad. Dia pernah bagi kami kuliah online untuk pelajar CSMU khasnya. Sampai di sana, ada ramia lagi tetamu rupanya. Jumpa family kak Naimah, family Ita, Shahidah dan Hidayah. Isteri Ustaz Miqdad pun namanya Hidayah juga.
Kiri : Ita & her daughter Nadirah.
Kanan : Kak Naimah & her son Ishraq
Jazakumullahukhair
Pertama sekali terima kasih yang tak terhingga banyaknya kat Ustaz Rabbani. Dari awal hingga akhir, banyak sangat tenaganya digunakan untuk perjalanan kami ni. Memandangkan perjalanan kami kali ni tanpa lelaki, jadi Usatz Rabbani sangat banyak membantu. Dari turun kapal terbang(even sebelum tu lagi pun) sehingga la naik van nak pergi airport dia uruskan (dia tak hantar ke airport sebab dia exam). Dari Jordan ke Syria, Syria ke Lubnan, Lubnan ke Syria dan Syria ke Jordan, dia tetap setia menemankan kami yang tak bermushrif ni. Allah Maha tahu segala pertolongan ustaz tu. Kami tak mampu balas dengan apa-apa. Kalau takde mushrif kat negara arab, alamat tak berjalan la jawabnya, especially saya yang sangat berani ni. Dalam pada bermushrif ni pun ada juga tempat yang saya ragu, sampai kena marah. Pengangkutan, penginapan, tawar menawar, bendahari, setiausaha, masak, pendek kata semua la dia buat. Eh, tak semua orang tau boleh buat benda macma ni. Ustaz Rabbani, kami sangat menghargai penat lelah ustaz. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan ustaz. Jangan serik menerima tetamu lagi ye ustaz, lebih-lebih lagi tetamu seperti kami ni. Spasiba Balshoi & syukran jazilan. Barakallahufeek.
Ustaz Rabbani. Tulang belakang perjalanan
Juga berbanyak-banyak terima kasih kepada Ustaz Fais yang sepanjang minggu jadi tourist guide kami yang tak berbayar. Cuma masa pergi laut mati je dia tak ikut sebab dia exam. Rutin dia adalah 'soghi3'. Setiap masa dan ketika perkataan tu meniti di bibirnya sampai jadi bahan ketawa kami. Siap kami gelar 'ustaz soghi3'. Tak baik kan? Sepatutnya memang kita kena sentiasa minta maaf kat orang. Tapi ustaz, soghi ustaz tu banyak sangat la. Hehehe. Dia ni boleh tahan kalau bercerita pasal sejarah, banyak juga dapat info.
Ustaz Faiz. Soghi3
Kepada tuan-tuan rumah yang kami tumpang lebih kurang seminggu, Ustazah Rashidah, Ustazah Hajar, Usatzah Farhain, Ustazah Bazilah, Ustazah Hayati, Ustazah Edriana, Ustazah Izzati, Ustazah Nina Nadia dan Ustazah Iffa. Maaf kalau kami buat sepah kat rumah antunna semua, apa yang terguna, terlebih terkurang kami minta halal. Terima kasih juga masakkan untuk kami macam-macam masakan. Thumbs up untuk usatzah-usatzah sekalian, memang sedap! Terima kasih semua. (maaf tuan-tuan rumah, tak sempat nak ambil gambar antunna)
Ustazah Aisyah yang juga sempat tumpangkan rumah untuk kami berehat sebelum bertolak ke Syria. Heater ustazah tu banyak berjasa dengan kami dalam tempoh yang singkat tu. Terima kasih.
Ustazah Aisyah
Doktor-doktor di irbid yang menumpangkan kami rumah, Dr Hasnita, Dr Izzah, Dr Farihah dan Dr Ainul, syukran jazilan. Bawa pula kami berjalan kat JUST. Maaf mengganggu masa study antunna.
Dr Hasnita
Dr Ainul
Dr Farihah Dr Izzah
Ustaz Zaim, terima kasih buat kan barbique untuk kami. Penyegan agaknya, tak banyak cakap ustaz sorang ni. Suruh bercerita pun dia tak nak. (Ada gambar tapi kecil sangat, tak nampak muka pun, sorry)
Ustaz Ayie dan adik-adik, Ustazah Najwa & Ustazah Raihan yang sediakan sarapan untuk kami dan sudi menerima kami sebagai tetamu. Terima kasih. (Pun sama tak sempat ambil gambar)
Kepada semua yang terlibat menguruskan perjalanan kami kali ini, mungkin ada yang di belakang tabir yang kami tak tahu, terima kasih tidak terhingga kepada antum semua. Sesungguhnya kami tak mampu membalasnya. Hanya Dia yang akan membalasnya. Moga perkenalan kita yang singkat ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama Islam, insyaallah.