Masih dalam cycle O&G (Obstetrics and Gynaecology), orang melayu kata 'Sakit Puan'. Hari ni berjaya menyaksikan 3 operations, ketiga-tiganya 'cyst of ovary'. 2 daripada operations tu dengan kaedah 'laparoscopy' dan 1 lagi kaedah 'laparotomy'.

Sistem peranakan wanita terdiri dari beberapa organ. Antaranya ialah uterus (rahim), fallopian tube (tiub yang menyambungkan rahim dengan telur wanita) dan ovary (telur wanita). Maksud ovarian cyst adalah seperti berikut.

Organ-organ dalam sistem peranakan wanita

An ovarian cyst is any collection of fluid, surrounded by a very thin wall, within an ovary. Any ovarian follicle that is larger than about two centimeters is termed an ovarian cyst. An ovarian cyst can be as small as a pea, or larger than an orange. (Wikipedia, the free encyclopedia).
(apa saja pengumpulan cecair yang diselaputi oleh dinding nipis pada ovary. Apa saja kantung pada ovary yg melebihi 2cm dipanggil ovarian cyst. Ovarian cyst mungkin sekecil kacang pis atau lebih besar dari sebiji oren).

Bagaimana yang dikatakan laparoscopy dan laparotomy?

Laparoscopy is an operation performed in the abdomen or pelvis through small incisions (usually 0.5–1.5cm) with the aid of a camera. (Wikipedia, the free encyclopedia).
(pembedahan yang dilakukan pada abdomen atau pelvis melalui potongan kecil (antara 0.5-1.5cm) dengan bantuan kamera).

Potongan kecil untuk memasukkan kamera dan alatan lain untuk pembedahan

Laparotomy is a surgical procedure involving an incision through the abdominal wall to gain access into the abdominal cavity. (Wikipedia, the free encyclopedia).
(cara pembedahan melalui potongan pada dinding abdomen untuk mem'akses' ruang dalaman abdomen).

Beberapa cara laparotomy dilakukan.

*Maaf la jika terjemahan saya tidak begitu tepat.

Operation terakhir tadi cyst agak besar. Surgeon pun agak susah nak keluarkan cyst tu. Tapi alhamdulillah akhirnya berjaya juga mereka mengeluarkannya. Mari tengok ovarian cyst yang telah dikeluarkan.

 
 Surgeons telah berjaya mengeluarkan ovarian cyst. 
Surgeons : Madam Alexandra, Madam Irina dan seorang HO

  
 Close-up sikit. Haaa ni la ovarian cyst tu. Besar kan?

Saiz normal ovary adalah lebih kurang 3.0cm x 1.5cm x 1.5 cm sahaja. Kalau dilihat semula gambar kat atas tu, rasanya berganda-ganda besarnya dari saiz sepatutnya.

Allah itu Maha Hebat. Dia mampu melakukan apa saja yang dikehendakiNya. Dia mampu memberi kesihatan kepada hambaNya dan Dia juga mampu memberi kesakitan kepada hambaNya. Maka gunakan kesihatan yang Allah beri dengan sebaik-baiknya demi mencari redha Allah.

0 comments: