Minggu lepas cuti CNY. So abang-abang dan kakak-kakak bersama-sama anak-anak mereka balik kampung. Bila berada di kampung, anak-anak mereka akan ada aktiviti yang mereka lakukan.
Di kampung sekarang tengah musim menuai padi. Biasanya waktu-waktu begini la anak-anak saudara tu teruja nak tengok mesin padi. Biasa la orang biasa duduk di bandar, bila jumpa benda yang mereka jarang jumpa, excited semacam je.
Tapi kali ni mereka ada aktiviti yang lebih menarik. 'Mengatam padi' kata orang banjar. 'Mengatam' tu maksudnya mengutip padi menggunakan tangan. Disebabkan zaman sekarang ni dah ada mesin padi, so tak perlu la nak membanting padi macam zaman dulu. Cuma bila mesin yang tolong kutipkan padi, akan ada padi yang tertinggal di tepi-tepi sawah. Jadi padi tu kena la dikutip dengan tangan. Kalau tak dikutip, kesian padi tu terbiar macam tu je, membazir.
Najwa dan Farhan adalah pesawah muda yang dimaksudkan. Wirda pula jadi pemerhati. Hehehe. Macam-macam gaya. Seronoknya kalau saya ada bersama-sama mereka. Sesekali melayan kerenah orang bandar turun ke sawah. Pasti ada yang menarik dan mungkin juga kelakar.
Kerja dengan bersungguh-sungguh
Aik sempat lagi posing
Tengok Farhan, memang bersemangat waja
Tu dia pemerhati dah sampai. Hehehe
Nampaknya ada yang tak kena. Apa agaknya yang Wirda tak puas hati tu?
"Ok teruskan kerja masing-masing ye". Pemerhati juga menjalankan kerja memerhati.
Mesti penat kan? Lepas ni boleh rehat dan makan.
Oh ya, hari ni hari lahir Farhan yang ke-10. SELAMAT HARI LAHIR FARHAN. Acik doakan semoga Farhan jadi seorang anak yang soleh, juga hamba Allah yang sentiasa melakukan suruhan dan meniggalkan laranagnNya. Jangan nakal-nakal sayang, dengar cakap mak dan ayah.Solat jangan tinggal. Belajar rajin-rajin ye.
Ada lagi seorang anak saudara saya yang lahir pada tarikh yang sama, cuma tahun berlainan, Muhammad Safwan. SELAMAT HARI LAHIR SAFWAN. Dah 16 tahun, dah jadi anak teruna ha. Hehehe. Semoga kamu jadi pendukung agama Allah di muka bumi ini. Moga kamu jadi kebanggaan mak dan ayah. Safwan belajar rajin-rajin ye, buktikan yang kamu memang boleh lakukan.
4 comments:
jangan tak tahu..najwa, datang, pegang padi hasil farhan tuh..hahaha.. farhan kata, alah, nak amek gambar kutip padi org..hahaha
ikut perangai ko la tu...hahahah
hahahahahaha....mmg terbaek la kn diorg trn bendang tp malang nye bendang dh xde air...
anonymous, bagus gak bendang xde air...kalo ade air dah xbuat kerja rasanya, duk main air je...
Post a Comment