Susahnya la bila internet buat perangai. Nak edit blog pun payah.

Semalam teringin nak makan mee goreng. So balik dari class, prepare untuk masak mee goreng. Macam biasa la, tumis apa yang patut, then letak segala cili blend, sos cili, sos tiram dan kicap. Selama ni kalau masak mee goreng guna kicap manis biasa je, tapi semalam nak cuba guna kicap pekat. Lepas masukkan je kicap pekat tu, Ya Allah! hitamnya. Hilang semua warna cili dan sos. Hitam legam. Nak kata masukkan kicap tu banyak sangat, takde la rasanya. Lepas gaul rata semua, hasilnya memang menawan la, hitam itu menawan. Hehehe.

Walaupun gambar blur, tapi kehitamannya tetap terserlah.

Apa pula kaitan dengan mee goreng dewan makan? Kuikuikui...Kepada mereka yang pernah dan biasa tinggal di asrama semasa di sekolah menengah mesti tahu kenapa kan? Bila mee tu siap dimasak, memang teringat mee goreng dewan makan sekolah dulu. Mee goreng dewan makan sekolah selalunya akan mempunyai warna yang gelap dan kadang-kadang tak tahu rasa apa(ye ke kadang-kadang, macam selalu je). Tapi bila dah tinggal di asrama, hitam ke takde rasa ke, makan juga la. Dah itu je yang ada. Janji perut berisi.

Mee goreng semalam pula kurang sayur, cuma letak lobak je. Bukan taknak letak sayur tapi ada orang tak makan sayur. Dia 'suka' makan sayur, cuma tak suka kalau sayur tu dicampur dalam nasi goreng atau mee goreng atau bihun goreng, katanya. Maka saya letakkan sayur sendiri setelah mee goreng siap dimasak.

Daun sup, olive, telur rebus cincang dan lemon (macam pelik,  entah apa-apa saya letak, tapi layan je la). Tak sedap la makan mee goreng kosong je takde sayur. Tu sebab la letak juga sebelum makan.

2 comments:

Unknown said...

salam ain.
ada blog rupanya, baru nak bagitau kakchik ya...
pandai ain goreng mee dan menghidang pun menarik.
kiranya masuk sayura atas darat la kata org Kelantan tu.

norain said...

baru je berjinak2 dgn blog kakchik...
buat blog pun just for my memory, so xde la nak promote2 sgt kat org...

pandai ke tak pandai ke, terpaksa goreng sendri kakchik bila teringin...sini xde kedai jual mee goreng...huhuh

terpaksa letak sayur atas darat, kalau tak, kawan saya tak makan nanti...heehheh