Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam
Kalau sebut 12 Rabi'ulawal, kebanyakan orang tahu tarikh itu adalah tarikh kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad. Tapi berapa ramai yang ingat bila akan datangnya tarikh keramat tu? Sebab kita lebih tahu tarikh tahun masihi berbanding tahun hijrah.
Esok 12 Rabi'ulawal 1431H. Maknanya telah beribu tahun Rasulullah meninggalkan kita. Tapi wafatnya Rasulullah tidak begitu sahaja. Ditinggalkannya Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan umat-umatnya sepanjang zaman.
Jadi kita sebagai insan yang mengaku umat Nabi Muhammad kena la mengamalkan 2 perkara yang baginda tinggalkan itu. Layakkah kita dipanggil umatnya jika kita tidak melaksanakan ajarannya? Contohnya di sekolah Abu ada 2 orang guru, Ustaz Ali dan Ustaz Ahmad. Abu belajar dengan Ustaz Ali dan mengikut segala arahan Ustaz Ali. Jadi adakah layak abu dipanggil anak murid kepada Ustaz Ahmad? Tentu sekali tidak bukan?
Jadi kalau kita mahu dianggap sebagai umat Nabi Muhammad, laksanakan segala peraturan dan arahan yang telah diajarkan kepada kita. Nabi Muhammad akan memberi syafaat untuk umatnya di hari akhirat kelak. Jadi untuk mendapatkan syafaat Nabi Muhammad, kita kena jadi umat baginda. Untuk jadi umat baginda, kena ikut segala suruhan dan perintah baginda, dalam erti kata lain, mengamalkan segala yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Sempena hari kelahiran baginda Nabi Muhammad ini, mari kita banyakkan berselawat ke atas baginda. Mudah-mudahan kita akan terus-terusan berselawat kepada baginda setiap hari, masa dan ketika, bukan hanya pada hari kelahirannya, insyaallah.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi bersabda :-
من صلى عليَّ واحدة صلى الله عليه بها عشراً
“Barangsiapa yang berselawat keatas aku 1 kali, Allah akan berselawat keatasnya 10 kali” [hadith sahih riwayat Muslim].
SALAM MAULIDURRASUL 1431H