Assalamualaikum w.b.t.

Semenjak masuk kerja ni, entry asyik cerita pasal kerja je. Apa nak buat, memang dah kehidupan ku begitu.
Entry sebelum ni saya cerita saya kena hantar patient pergi Hospital Besar Ipoh kan? Actually saya kena hantar patient lain sebenarnya. Tapi disebabkan ada 2 orang patient yang nak dihantar ke Ipoh, jadi ubah plan. Dr Akil hantar patient yang sepatutnya saya hantar tu dan saya hantar patient yang seorang lagi.

Cuak juga la first time kena hantar patient. GCS (glasgow coma scale) patient plak cuma 10/15. Sedaya upaya cuba menenangkan diri sendiri. Berdoa agar patient takde apa-apa dalam perjalanan.

Bila tengok balik kes patient tu, teringat saya kat arwah ayah saya. Kes patient ni sama macam kes arwah ayah saya sebelum dia meninggal 20 tahun dulu. Complaint of generalised weakness-sudden onset, unable to ambulate, unable to talk, lost of appetite. Memang sama la komplen-komplen patient tu dengan arwah ayah dulu sebelum masuk hospital. Cuma diagnosis lain sikit je. Arwah ayah dulu diagnosed as intracerebral bleeding (bleeding inside the brain). Pakcik tu pula diagnosed as subdural hemorrhage.

 Ayah, you are the only my luvly dad and I am the only your Norain.

Sepanjang perjalanan ke Ipoh, saya pandang je pakcik tu. Terasa macam arwah ayah saya yang terbaring depan saya tu. Sayu, sedih. Rasa nak menitis airmata. Tak putus-putus saya berdoa agar selamat sampai ke Ipoh. Semoga Allah beri kesembuhan buat pakcik tu. Terfikir kenapa Allah takdirkan kes pertama yang saya hantar dalam hidup saya sama sebiji macam kes arwah ayah. Tentu ada sesuatu yang Allah nak beritahu pada saya.

Ayah, anakmu ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup mu di barzakh sana, jua di akhirat kelak.
Assalamualaikum w.b.t

Dah lebih sebulan saya mula bekerja. Alhamdulillah boleh survive setakat ni. Tapi ada banyak benda saya kena belajar lagi. Kawan-kawan banyak membantu, especially kawan-kawan yang graduated from local university. Terima kasih semua.

Isnin lepas 22/11/10 adalah hari pertama saya oncall active. Selama ni diorang bagi oncall passive dulu sebab baru masuk kerja. Takutnya tak tahu nak kata la. Maklum la first time oncall. Malam sebelum oncall tu, saya siap pergi wad review sikit-sikit pasal patients kat wad. Punya la takut, 2 malam berturut-turut sebelum oncall tu saya mimpi oncall kat wad  je. Aduhai penangan oncall, memang menyeramkan.
Oleh kerana ni first time saya oncall, diorang letakkan seorang 'babysitter' untuk saya, senior HO. Jadi apa-apa hal, saya boleh rujuk kat dia. Yeoh K.H was my babysitter on that day. Memang Yeoh sangat banyak bantu saya.

On that day, ada 7 new admission kat wad saya. Fuhhh banyaknya. Jarang wad yang saya oncall tu ada admission banyak macam tu. Kalau wad lain mungkin la biasa. Apa lagi diorang kata saya 'jonah' la. Sampai staffnurse pun cakap saya jonah.

Luckily MO oncall saya hari tu, Dr Firman. Dia tak banyak kerenah. Tapi mungkin saya yang banyak menyusahkan dia. Sorry Dr Firman, saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.

Bila habis oncall esok harinya, saya terfikir sesuatu. "Actually siapa yang oncall? Saya ke Yeoh?". Sebab saya rasa Yeoh lagi banyak tahu pasal patient berbanding saya. Tapi bila saya tanya dengan Yeoh, jawapan dia tak mengecewakan saya tapi memotivasikan saya. Thank you so much Yeoh. Saya akan berusaha dengan lebih baik lagi.

Yeoh sangat banyak ajar dan tolong saya. Dia sangat pandai dan dia sudi nak ajar kami yang masih baru ni. Thanks Yeoh sebab tak jemu melayan kerenah kami budak-budak baru ni. Bukan Yeoh seorang je yang banyak ajar kami, tapi ada lagi. Kalau saya sebut nama, terasa pula nama yang saya tak sebut. 

Tapi memang terkilan juga dengan sesetengah manusia yang cuma tahu nak marah tapi nak ajar tu jauh sekali. Mungkin dia terasa dirinya terlalu hebat. Saya akui kami budak-budak baru memang akan ada buat salah. Tapi jangan la sekadar cakap 'salah tu' tanpa memberitahu apa kesalahan yang kami buat. Macam mana la kami nak membetulkan kesalahan kami kalau kami tak tahu dimana salah kami. Apakah berdosa kalau dia beritahu di mana salah kami dan ajarkan kami yang betul? Mungkin satu keadaan kita di atas tapi untuk satu keadaan lain, tak mustahil kita berada jauh dibawah.

Ah tinggalkan la cerita yang tak enak tu. Yang penting teruskan belajar. Kita belajar dengan orang yang sudi nak ajar kita, tak payah terhegeh-hegeh menagih ilmu dari orang yang tak sudi, buang masa.

25/11/10 pula saya oncall untuk kali kedua. Masih juga blur tapi better than the first time rasanya. Better sikit je. New admission tak banyak kali ni tapi kerenah patient pula yang macam-macam. Tu yang buat kerja jadi lambat.

On that day saya kena assist 2 operations. Major operation pula tu. Dua-dua pun 'exploratory laparotomy'. 2nd operation tu tengah malam, emergency operation. Memang sangat penat la. Tapi apa nak buat, itu la kerja.
Hari Jumaat tu kira saya post call la. Memang tak sabar nak balik, nak tidur. Malam tu siap-siap gosok baju untuk esok hari, then tidur. Baru 2 jam tidur tiba-tiba ada orang ketuk pintu bilik asrama. Kawan saya suruh hantar patient ke Ipoh pula. Owh tidak! Pening juga la kepala saya. Discuss punya discuss, saya memang kena ikut juga hantar patient malam tu ke Ipoh. Pukul 5 pagi baru sampai hospital. Cuba nak tidur dalam ambulan tapi tak boleh tidur sebab ambulan tu macam nak racing je. Huhuhu. Sampai bilik sempat tidur sejam. Memang mengantuk, tapi tanggungjawab mesti ditunaikan. Paksa juga diri untuk bangun.

Hari Sabtu tu pula oncall passive. Tak tahu nak kata apa. Belasah je la. Nasib baik oncall passive je.Sabtu malam tu la baru dapat tidur dengan aman. Doktor lain dah biasa dah pengalaman macam tu saya rasa, even lebih dahsyat dari tu. Tapi untuk saya, ini pertama kali saya berhadapan dengan situasi macam ni, memang rasa payah sikit. Insyaallah lama-lama biasa la tu nanti.
Assalamualaikum w.b.t

Sebelum tu, biar saya sapu dulu habuk dan sawang kat blog saya ni hehehe. Rindu betul kat kawan-kawan blogger.

Lama, terlalu lama saya tak buka blog saya ni. Apakan daya, memang sudah dijangka perkara ni bakal berlaku. Bila saya mula je menapak ke hospital, saya terpaksa menerima semua ni.

Untuk mereka yang masih belum tahu, saya sekarang bekerja di Hospital Teluk Intan, Perak. Jaraknya lebih kurang sejam dari kampung halaman saya. Hampir sebulan sudah saya bekerja di sana.

Kerja kerja kerja

Sungguh benar seperti yang mereka katakan. Melangkah saja ke alam pekerjaan (especially doktor), hidup pasti berubah. Mahu tidak mahu, terpaksa juga tempuhinya. 18 Oktober 2010 mendaftar di Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Sesudah itu, terus mendaftar di Hospital Teluk Intan.

Saya ditempatkan di wad pembedahan (surgical) untuk posting pertama saya. 2 minggu tagging. Baru saya tahu apa rasanya tagging. Terlalu dan sangat memenatkan walaupun bukan semua kerja kita buat. Ye lah baru masuk kerja, tentu banyak benda yang perlu dipelajari. Teori dan praktikal pastinya berbeza. Setiap hati masuk kerja sebelum pukul 7 pagi dan pulang selepas pukul 10 malam. Nonstop for 2 weeks. Kaki terasa sangat sakit, lenguh, melecet. Semua ada.

Saya akui saya bukanlah seorang yang sangat bijak seperti mereka yang lain. Ada banyak lagi benda yang saya perlu pelajari. Tambahan pula bila belajar di tempat lain, kerja pula di tempat lain. Tapi itu bukan alasan untuk saya kalau saya mahu maju ke depan. Saya perlu berusaha dan usaha dan usaha, sebaik mungkin. Selebihnya Allah yang mengetahui.

Macam-macam perangai manusia saya jumpa sebulan ni. Perangai pesakit memang bermacam-macam. Perangai kawan-kawan kerja pun bermacam-macam. Bunyi macam ada kekecewaan pada diri saya.

Ya! Memang benar. Tapi saya belajar sesuatu dari apa yang berlaku. Jangan kita mengharap semua orang dapat lakukan seperti apa yang kita lakukan. Allah jadikan manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jangan merasa diri terlalu hebat. Mungkin dari 1 segi kita hebat, tapi dari segi yang lain kita jauh mundur dari orang lain. Cepat dan lambat proses untuk mendapatkan sesuatu memang tidak sama bagi setiap orang. Tapi apa yang penting adalah USAHA! Kalau seseorang itu sudah berusaha, tapi dia lambat untuk menguasainya, itu bukan salah dia. Itu kerja Allah. Berbeza dengan mereka yang tidak berusaha dan lambat untuk menguasai sesuatu.

Moralnya, jangan kita berlagak hebat. Ilmu yang kita ada, kongsi bersama. Jangan mengharap semua orang jadi seperti kita. Kemampuan manusia berlainan.

Banyak perkara yang saya nak kongsi bersama, tapi masa tak mengizinkan. Mungkin lain kali.

Ya Allah hamba Mu ini hamba yang lemah. Hamba Mu ini sentiasa memohon petunjuk dari Mu  Ya Allah. Bantulah dan beri petunjuk Mu dalam setiap apa yang aku lakukan. Tenangkan hatiku dalam setiap perkara Ya Allah.
Assalamualaikum w.b.t.

Minggu lepas saya telah menerima 'surat cinta'. Surat cinta? Ya SURAT CINTA untuk menghadiri kursus induksi sebelum memulakan pekerjaan. Oh tidak! Saya masih mashu bercuti. Belum bersedia untuk memikul beban-beban kerja.

Hari ni adalah harinya. Saya menulis entry ni lebih kurang sejam sebelum saya bertolak untuk kursus induksi di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang. 5 hari, dari 11-15 Oktober 2010. Sungguh tiada perasaan betul la. Macam mana ni? Tolong!

Bersediakah aku menuju ke destinasi?


Orang lain semua bising tanya bila mereka nak dia panggil kerja, tapi saya? Hmm mahu cuti lagi, mahu cuti lagi. Saya sangat cintakan cuti sebab bila dah start kerja, saya sangat maklum yang saya takkan ada cuti macam ni lagi huhuhu.

Tambahan pula Imdad sedang dalam jagaan saya. Berat sungguh hati nak tinggalkan Imdad dengan nenek(mak saya). Kalau Imdad sihat senang la sikit, ni kakinya ber'POP'(bersimen). Selama ni pun jaga dia kat rumah, mak yang bantu. Terutamanya bila nak mandikan dia dan nak basuhkan berak dia. Macam mana mak nak jaga dia sorang-sorang. Kesian kat nenek. Imdad jangan nakal-nakal ye. Jangan susahkan nenek tau. Nenek mana la larat nak usung Imdad kesana kemari.

 Imdad si bucuk Acik

Harap-harap cepat la ibu dapatkan pengasuh untuk Imdad.

Masa kursus induksi nanti kami akan diberitahu dimana hospital yang kami bakal diami. Ya Allah, mudah-mudahan Kau beri yang terbaik buatku. Sahabat-sahabat sekalian doakan saya ye. Doakan saya mendapatkan hospital yang terbaik untuk saya. Doakan juga saya dapat menjalankan tugas dengan baik.
Artikel disalin dari  http://drcd2009.wordpress.com/
Terima kasih kepada tuan punya webpage.

 

9 Pesanan buat doktor (Al-Syeikh Walid bin Rasyid Al-Su’aidan)

  1. Bertakwa kepada Allah dan menunjukkan rasa takut padaNya
  2. Ikhlas kerana Allah dalam melakukan kerja
  3. Bersikap lemah lembut dengan pesakit dan menerima perkataan dan perbuatan yang kurang wajar daripada mereka
  4. Berusaha bersungguh-sungguh mengenal pasti penyakit dan tidak hanya bergantung kepada penjelasan pesakit sahaja
  5. Sentiasa memohon pertolongan daripada Allah dalan setiap keadaan
  6. Sentiasa menjadi contoh dan teladan kepada rakan sejawat dan pesakit (beradab dalam pergaulan)
  7. Tidak menumpukan kepada ilmu doktor sahaja, hendaklah mengetahui ilmu syarak berkaitan bersuci dan solat pesakit
  8. Tidak berkhalwat dengan pesakit wanita
  9. Doktor wanita hendaklah beriltizam dengan sifat malu dan sentiasa menjaga batas-batas syarak

 

7 Nasihat kepada pesakit anda (Al-Syeikh Walid bin Rasyid Al-Su’aidan)

1. Sentiasa bersabar
2. Mengharapkan pahala daripada Allah
3. Redha pada takdir
4. Muhasabah dan memperbaiki diri
5. Elakkan daripada bercita-cita hendak mati
6. Sentiasa berdoa kepada Allah
7. Memperbanyakkan zikir

11 ciri-ciri Ibadurrahman (hamba-hamba Allah yang sebenar)
Berdasarkan surah Al-Furqan ayat 63 hingga ayat 77
  1. Berjalan di mukabumi Allah dengan penuh sopan santun, berkebiwaan serta bersih tingkah lakunya (tawadhu’)
  2. Baik hati
  3. Mendirikan solat malam
  4. Takutkan azab neraka
  5. Sederhana dalam membelanjakan harta – antara tidak membazir dan tidak kedekut
  6. Tidak mensyirikkan Allah
  7. Tidak melakukan pembunuhan
  8. Tidak berzina
  9. Sentiasa taubat nasuha
  10. Tidak bersumpah palsu
  11. meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat
Assalamualaikum w.b.t.

Artikel kali ni saya ambil dari inbox email saya.

Menceritakan tentang kajian yang dilakukan oleh para pengkaji dan kaitannya dengan kejadian yang benar-benar pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Percaya atau tidak itu terpulang kepada individu. Mungkin ada kebenarannya dan mungkin juga tidak. Apa yang lebih penting, kita ambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Kalaulah memang benar apa yang terpapar di dalam gambar itu berhubung dengan kejadian Nabi membelah bulan, itu salah satu cara Allah menunjukkan bukti bahawa peristiwa itu memang benar-benar berlaku.

 
Miracle of Prophet Muhammad http://faizaneattar.net/Islamic_Books/English/Images/Sallallahu-
The split of Moon 'Proved by Scientists'

Moon Split

[]

[] 

[]

[]

[]

 

Assalamualaikum w.b.t.

2 atau 3 hari lagi berakhir la bulan syawal untuk tahun ni. Biskut-biskut raya pun dah beransur habis. Memang dah banyak yang habis pun. Dah 6 tahun tak buat cookies untuk raya. Alhamdulillah tahun ni sempat buat cookies sendiri.

Entry kali ni just nak share gambar cookies yang kami buat untuk raya yang baru lepas. Sebenarnya dah lama nak post gambar-gambar ni tapi asyik tak ingat je.

Ni je la yang sempat kami buat sendiri untuk tahun ni.

 Mini popia yang belum digoreng. Ada 2 bentuk

 Siap untuk dimakan. Nasib baik sempat sampai raya hehehe

 Almond london yang baru keluar dari bilik aircond, sejukkan coklat. Banyak potongan badam, puas hati.

 Actually ni biskut batang mancis sebenarnya. Tapi disebabkan malas nak membentuk, kami terap je guna acuan. Maka jadilah bentuk ini.

Biskut feberet lagi-lagi budak-budak, cornflakes madu. Hari raya ke-2 dah habis licin huhu
Seseorang mengirim kepada saya melalui email pesanan di bawah ini. Moga bermanfaat! 

Pesanan buat anak-anak yang sedang atau bakal mengikuti kursus Perubatan ( dan juga ibu bapa mereka!)
Oleh Dr Harlina Halizah Siraj

Khusus buat:
 
·        Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan ( di mana jua anda berada)
·        Ibu dan ayah kepada anak-anak di atas

 
 
Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan ( 1986-1991), sudah bergelar doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.
 
Anak-anakku,
 
Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.
 
Harapnya, dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!
 
Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen ` Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya.
 
Jangan kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui.
 
Perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’, student-centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.
 
Pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.
 
Yang paling utama, akhlak kalian – menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor  yang  angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.
 
Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,
 
Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna – terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen!  Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.
 
Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dgn kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!
 
InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.
Assalamualaikum w.b.t

Tup tup dah nak habis Syawal. Tapi saya belum puas beraya dan ada banyak rumah lagi yang saya belum sempat ziarah. Saya ada tanggungjawab lain, menjaga si kecil Imdad anak saudara saya yang sakit. Mudah-mudahan ada sedikit ganjaran yang Allah berikan pada saya.

Hari raya ke-7, hari Khamis kami merancang untuk menziarahi adik beradik dan keluarga sebelah arwah ayah di Perak. Mulanya nak pergi dua kereta dengan family kakak saya, tapi last minit mereka tak jadi pergi sebab adik beradik abang ipar saya nak datang rumah mereka. Maka kami ber-4 sajalah yang pergi. Saya, mak, adik dan seorang anak saudara saya.

Kami bertolak pagi tu dalam pukul 7:30 pagi. Adik suruh saya drive, saya ok je. Lagipun cari pengalaman memandu jauh. Sampai Taiping, singgah kedai servis tayar kereta kejap, sebab alignment kereta macam lari je. Biasa la, kereta kalau lepas orang pinjam, macam-macam la jadinya.

Lebih kurang pukul 12 tengahari baru sampai ke Parit Buntar. Disebabkan rumah yang mula-mula kami lalu adalah rumah abang Li, anak Paklong Awi. Kebetulan Makcik (kami panggil Acik je) ada kat rumah abang Li juga. Sembang-sembang, pastu solat dan makan tengahari kat rumah dia.

Perjalanan diteruskan ke rumah Paklong. Dekat je dengan rumah abang Li tu. Paklong da tak sihat sekarang. Mata dia dah tak nampak, dia cuma nampak bayang-bayang orang je. Cakap dia pun kadang-kadang kurang difahami. Tapi dia masih waras. Kurus sangat badan dia sekarang, lain sangat dengan masa dia sihat. Mudah-mudahan Allah beri kesihatan pada Paklong dan dapat menjalankan ibadah sebaiknya.

 Adik dengan Paklong. Masa Paklong sihat, rupa dia sebiji dengan arwah ayah.

Menyambung perjalanan ke rumah Pakteh. Sampai je depan rumah pakteh, kak Midah anak Pakteh nak keluar beraya. Tapi bila nampak kami terus dia tak jadi beraya, orang jauh datang katanya hehehe. Pakteh takde kat rumah masa tu. tolong hantar anak jiran balik asrama. Tapi Makteh ade je kat rumah.

 Namanya Awang. Pakteh yang bela dia. Dia sesat mulanya. Sangat nakal!
 
Last sekali rumah Mak Anjang, tapi kami panggil Anjang je. Selalunya Anjang ada je kat rumah, tapi memang takde rezeki nak jumpa dia. Masa kami sampai tu dia baru je keluar pergi rumah anak dia kat Kulim. Dapat sembang dalam telefon je dengan Anjang. Anak-anak Anjang ramai je masa tu kat rumah dia, jadi masih meriah. Sambil-sambil tu ziarah rumah baru kak Pah, anak Anjang. Dia buat rumah kat sebelah rumah Anjang je.

Kami berpatah balik ke rumah Pakteh sebab tak jumpa Pakteh pun lagi. Alhamdulillah dapat sembang-sembang dengan Pakteh kejap. Kalau jumpa Pakteh, dia mesti nak hulur duit. Naik segan dibuatnya. Tak kira Pakteh datang tempat kami atau kami datang tempat Pakteh. Pakteh memang macam tu walaupun hidup dia bukanlah senang mana. Mudah-mudahan Allah limpahkan rezeki Pakteh sekeluarga.

 Kanan sekali tu la Pakteh. Depan sekali tu Acik. Kiri sekali tu mak. Belakang sekali tu galah panjang hehehe

Ingatkan nak balik Sungai Besar terus lepas keluar dari rumah Pakteh. Tapi abang Li ajak singgah rumah dia semula, sebab anak-anak dia baru sampai rumah. Jadi kami singgah la kejap. Jumpa la dengan cucu abang Li. Abang Li tu sepupu saya, jadi bila dia dah jadi atuk, saya ni kira pangkat nenek la kat cucu dia tu. Wah! Dah jadi nenek rupanya saya hehehe. Nenek Ain!

Abang Li dengan cucunya, Fathiha. Berbaju biru dibelakang sana tu kak Bariah, isteri abang Li.

 Safwan, anak saudara saya

Kami memang balik hari. Lebih kurang pukul 11 malam kami sampai ke rumah.
Lama sungguh tak jumpa dengan saudara mara arwah ayah. Alhamdulillah masih ada umur, Allah masih izinkan bertemu dengan mereka. Semoga ukhwah ini berkekalan hendaknya hingga hujung nyawa insyaallah.
Assalamualaikum w.b.t

Semenjak balik ke Malaysia ni, jarang-jarang dapat update blog. Malas pun ye jugak. Syawal hampir melabuhkan tirai, tapi saya baru nak post entry raya. Walaupun dah lambat, tapi nak juga ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, taqabbalallahu minna waminkum. Maaf saya pohon jika ada salah dan silap.

6 tahun dah tak beraya kat kampung. Alhamdulillah tahun ni Allah izinkan saya berhari raya di kampung halaman. Seronok tak terkata menunggu tibanya raya. Bertemukah saya dengan Ramadhan akan datang? Hanya Allah yang tahu.

Sama je macam orang lain. Sebelum raya kemas sana kemas sini. Buat seorang diri, setakat yang termampu je la. Rumah kayu susah nak bersihkan, lagi la kalau bersawang, memang letih sangat.

2 hari sebelum raya dah start anyam daun kelapa buat ketupat. Daun kelapa ambil dari pokok tepi rumah je, jimat, tak payah beli. Malam raya tu rebus ketupat dan mula masak lauk-lauk untuk pagi raya. Tahun ni saya masak rendang daging dan kuah kacang. Mak masak ayam masak merah. Ketupat adik saya yang rebus.

 6 tahun tak anyam ketupat guna daun kelapa. Rupanya skill masih power lagi hehehe

 Siap untuk dimakan. Sayangnya lupa nak snap lauk pauk di pagi raya huhuhu


Nasib baik si kecil Imdad yang saya jaga tak meragam, jadi berjaya saya siapkan malam raya tu juga apa yang patut.

 Imdad berdokong dengan kakak Nureen di pagi raya. Kakak Nureen ni rajin sangat tolong acik jaga Imdad


Abang-abang dan kakak-kakak saya semuanya pulang ke kampung. Cuma berganti-ganti, ada yang beraya di rumah mertua dulu, ada yang beraya kat rumah mak dulu. Sampai raya ke-4 rumah mak masih riuh rendah dengan suara cucu-cucu.

 Laman rumah. Berlapis-lapis kereta. Ni pun dah ada yang keluar, kalau tidak lagi berlapis.


 Keluarga Jamaluddin

 Keluarga Mohamad Rodzi. Kak Imah takde dalam gambar.

 Keluarga Rabonah

 Keluarga Roslan. Anak sulung, Safwan takde dalam gambar, ikut 'baraan'.

 Keluarga Abdul Latif. Cuma yang biru kanan sekali tu je pembantu rumah. Eh Eusuf pun takde, dia dah masuk dalam kereta, taknak keluar dah.

Keluarga Fauziah.


Lama tak beraya dengan family, anak-anak saudara dah makin besar, perangai pun bermacam-macam. Tu baru perangai masa raya, kalo waktu lain lagi la banyak macamnya. Apa pun kamu semua buat acik gembira.

Asal boleh je korang ni.

Eleh ye ye je diorang ni

Bila si bulat Eusuf nak pegang si bulat Haziq. Terpaksa la Bapak tolong angkatkan hehehe

Anak-anak belajar buat ketupat. Tahun ni memang tahun belajar buat ketupat. Hari raya orang pergi beraya, anak-anak aku belajar buat ketupat di hari raya.

Di suatu malam raya (raya ke berapa entah,lupa dah). Makan kat luar dengan anak-anak di tengah malam sebab ada yang kelaparan. Bukan kat rumah takde makanan, tapi saje je, demi mengeratkan silaturrahim hehe. Aku hanya tukang ambil gambar.


Lepas semua dah balik baru la dapat pergi beraya. Dah lama tak spend masa dengan family, rasa sangat seronok dan berharga raya kali ni. Semoga Allah panjangkan umur kami semua dan dapat merapatkan lagi ukhwah kami sekeluarga, insyaallah.
Assalamualaikum w.b.t.

Semenjak saya mula ber'blog', saya tengok ada ramai blogger suka buat giveaway. Siapa yang tak teringin kalau tengok giveaway kan?

Kurang berminat sebenarnya nak ikut giveaway ni sebab selalunya kena ikut syarat-syarat tertentu. Saya bukanlah seorang yang rajin nak ikut segala syarat-syarat yang berderet tu. Tambahan pula saya buat blog ni saja-saja je.

Tapi nak dijadikan cerita, satu hari tu saya terbaca post berkaitan giveaway dan caranya senang. Mungkin waktu tu saya ada masa terluang, jadi saya follow arahan dia. Lepas tu saya memang tak ingat dah pasal giveaway tu. Tiba-tiba satu hari saya jalan-jalan kat tuan punya blog, saya nampak nama saya tersenarai. Oh! Sangat terkejut. Tapi saya terlambat juga tahu, selepas 3 4 hari diumumkan rasanya. Terima kasih kak Zuhaini. Saya suka giveaway tu, cantik!




Rupanya rezeki saya pada giveaway ni tak terhenti di situ je. Sekali lagi saya mencuba nasib, giveaway Ramadhan. Tajuk giveaway tu menarik, tu yang buat tu. Tak sangka plak terpilih. Tuan punya blog beri semua yang menyertai giveaway tu. Baik sungguh tuan blog tu. Kakchik, terima kasih banyak-banyak. Kakchik seolah-olah memahami citarasa saya.



Mudah-mudahan Allah murahkan lagi rezeki kalian, insyaallah.
27 Ogos 2010
Restoran Sukhumvit, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t.

Terlalu lama meninggalkan blog sunyi sepi. Sebulan lebih kurang, bersawang-sawang dah. Bila kat Malaysia ni, ada banyak benda nak dibuat, bila malam dah malas nak menulis.

Salam Ramadhan buat seluruh umat Islam. Sekarang dah masuk ke fasa ke-3 ramadhan, 10 malam terakhir. Sama-sama kita tingkatkan amal ibadah di malam-malam terakhir ramadhan ni. Belum tentu kita dapat bertemu ramadhan akan datang.

Anak-anak saudara saya dah besar-besar. 5 orang sudah di universiti. Semua berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, hanya seorang di Perak. Minggu lepas mereka ajak makciknya ni dan pakciknya berbuka sama-sama di area KL.Bincang punya bincang alhamdulillah kata sepakat dipersetujui.

Anak-anak masing-masing di universiti, cuma saya dan adik saja yang bertolak dari kampung. Lebih kurang pukul 12:30 tengahari kami sampai di UM. Ajak Firdaus temankan pergi ambil gambar konvo kat PICC tempohari kat Taman Miharja KL.

Balik semula ke UM, anak-anak dan pak saudara pergi solat jumaat. Yang perempuan lepak kat kolej 12, bilik anak saudara sulong saya.

Lebih kurang pukul 3:30 petang kami bertolak dari UM menuju ke Kampung Baru. Kalau diikutkan, terlalu awal, tapi memikirkan jalan yang jem, terpaksa keluar awal. Awal takpe, kalau lambat parah, silap haribulan berbuka dalam kereta jawabnya. Hampir pukul 6 petang baru kami sampai kat Kampung Baru. Lama kan?

Firdaus dah pilihkan tempat makan untuk kami semua, Restoran Sukhumvit. Kat situ yang paling terkenal adalah tomyamnya. Kami tempah meja dan makanan. Sememntara menunggu waktu berbuka, kami berjalan-jalan di kawasan sekitar, termasuk bazar ramadhan juga.

 Berlatarbelakangkan KLCC

 Jalan-jalan ke bazar Kampung Baru

 Dua anak dara Acik yang dah melangkah ke menara gading

 Bapak bersama anak-anak lelakinya. Dua-dua kat UM


 Aktiviti orang takde kerja. Kami 6 orang tapi kenapa ada 7 tangan?

 Ni action je lebih, belum buka pun lagi masa tu.

Bila kami semua duduk menunggu makanan tiba dan menunggu waktu berbuka, saya tatap wajah anak-anak saya. Jauh di sudut hati saya berdoa "Ya Allah bahagiakanlah keluargaku, rahmati dan berkatilah kami sekeluarga". Rasa nak menitis airmata bila dapat berkumpul macam tu dengan anak-anak.

Azan maghrib kami berbuka dengan kurma dan makanan yang ditempah. Kami tempah sukhumvit tomyam, udang & sotong goreng tepung, siakap 2 istana, kailan ikan masin, nasi putih dan air buah ikut citarasa masing-masing. Tomyamnya memang lazat. Memang tak salah tempat la kami pergi. Harga pun berbaloi. Terima kasih Firdaus tolong carikan tempat.

 Makanan yang kami order dah sampai

 Pastinya tomyam sukhumvit. Sedap wooo
  
Siakap 2 istana. Sebelah kerabu, sebelah lagi 3 rasa. Tu sebab namanya 2 istana

Udang dan sotong goreng tepung

 Apa lagi kalau bukan kailan ikan masin

 Haaaaa tengok je la berapa banyak pinggan mangkuk. Habis licin semuanya
   
Selesai makan, kami terus ke Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat maghrib seterusnya solat Isyak dan terawih. Ini kali pertama saya memijakkan kaki ke Masjid Kampung Baru. Alhamdulillah saya berpeluang menunaikan solat terawih berimamkan imam dari Mekah. Suaranya sangat merdu dan bersemangat. Bacaannya cukup jelas. Sikit pun tak rasa mengantuk. Syukur Ya Allah kerana memberi peluang ini. Kami cuma terawih 8 rakaat sebab malam tu juga nak bertolak balik ke kampung.

Sebelum bertolak pulang kami ronda-ronda KL sekejap. melihat panorama Kuala Lumpur di waktu malam.Kami singgah sekejap kat KLCC. Cuma berjalan-jalan di kawasan luar je. Kemudian hantar anak-anak balik ke universiti, sesudah tu baru saya dan adik meneruskan perjalanan balik ke kampung.

Ronda-ronda KLCC

 hooooo yeayyyyy

Anak-anak yang Acik sayang, ketahuilah sesungguhnya Acik sangat gembira dapat berbuka bersama-sama kamu semua. Dah lama kan kita tak berbuka sama-sama macam tu. Alangkah seronoknya kalau lagi ramai dapat berbuka sama-sama. Insyaallah masanya akan tiba jua, cuma Allah yang akan menentukan. Terima kasih kepada anak-anak yang Acik sayang kerana sudi meluangkan masa berbuka bersama-sama. Ada masa kita buat aktiviti lain pula ye, kita ajak lagi ramai2 nanti. Acik akan ingat saat-saat manis bersama kamu semua. LOVE you all.