27 Ogos 2010
Restoran Sukhumvit, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Assalamualaikum w.b.t.
Terlalu lama meninggalkan blog sunyi sepi. Sebulan lebih kurang, bersawang-sawang dah. Bila kat Malaysia ni, ada banyak benda nak dibuat, bila malam dah malas nak menulis.
Salam Ramadhan buat seluruh umat Islam. Sekarang dah masuk ke fasa ke-3 ramadhan, 10 malam terakhir. Sama-sama kita tingkatkan amal ibadah di malam-malam terakhir ramadhan ni. Belum tentu kita dapat bertemu ramadhan akan datang.
Anak-anak saudara saya dah besar-besar. 5 orang sudah di universiti. Semua berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, hanya seorang di Perak. Minggu lepas mereka ajak makciknya ni dan pakciknya berbuka sama-sama di area KL.Bincang punya bincang alhamdulillah kata sepakat dipersetujui.
Anak-anak masing-masing di universiti, cuma saya dan adik saja yang bertolak dari kampung. Lebih kurang pukul 12:30 tengahari kami sampai di UM. Ajak Firdaus temankan pergi ambil gambar konvo kat PICC tempohari kat Taman Miharja KL.
Balik semula ke UM, anak-anak dan pak saudara pergi solat jumaat. Yang perempuan lepak kat kolej 12, bilik anak saudara sulong saya.
Lebih kurang pukul 3:30 petang kami bertolak dari UM menuju ke Kampung Baru. Kalau diikutkan, terlalu awal, tapi memikirkan jalan yang jem, terpaksa keluar awal. Awal takpe, kalau lambat parah, silap haribulan berbuka dalam kereta jawabnya. Hampir pukul 6 petang baru kami sampai kat Kampung Baru. Lama kan?
Firdaus dah pilihkan tempat makan untuk kami semua, Restoran Sukhumvit. Kat situ yang paling terkenal adalah tomyamnya. Kami tempah meja dan makanan. Sememntara menunggu waktu berbuka, kami berjalan-jalan di kawasan sekitar, termasuk bazar ramadhan juga.
Berlatarbelakangkan KLCC
Jalan-jalan ke bazar Kampung Baru
Dua anak dara Acik yang dah melangkah ke menara gading
Bapak bersama anak-anak lelakinya. Dua-dua kat UM
Aktiviti orang takde kerja. Kami 6 orang tapi kenapa ada 7 tangan?
Ni action je lebih, belum buka pun lagi masa tu.
Bila kami semua duduk menunggu makanan tiba dan menunggu waktu berbuka, saya tatap wajah anak-anak saya. Jauh di sudut hati saya berdoa "Ya Allah bahagiakanlah keluargaku, rahmati dan berkatilah kami sekeluarga". Rasa nak menitis airmata bila dapat berkumpul macam tu dengan anak-anak.
Azan maghrib kami berbuka dengan kurma dan makanan yang ditempah. Kami tempah sukhumvit tomyam, udang & sotong goreng tepung, siakap 2 istana, kailan ikan masin, nasi putih dan air buah ikut citarasa masing-masing. Tomyamnya memang lazat. Memang tak salah tempat la kami pergi. Harga pun berbaloi. Terima kasih Firdaus tolong carikan tempat.
Makanan yang kami order dah sampai
Pastinya tomyam sukhumvit. Sedap wooo
Siakap 2 istana. Sebelah kerabu, sebelah lagi 3 rasa. Tu sebab namanya 2 istana
Udang dan sotong goreng tepung
Apa lagi kalau bukan kailan ikan masin
Haaaaa tengok je la berapa banyak pinggan mangkuk. Habis licin semuanya
Selesai makan, kami terus ke Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat maghrib seterusnya solat Isyak dan terawih. Ini kali pertama saya memijakkan kaki ke Masjid Kampung Baru. Alhamdulillah saya berpeluang menunaikan solat terawih berimamkan imam dari Mekah. Suaranya sangat merdu dan bersemangat. Bacaannya cukup jelas. Sikit pun tak rasa mengantuk. Syukur Ya Allah kerana memberi peluang ini. Kami cuma terawih 8 rakaat sebab malam tu juga nak bertolak balik ke kampung.
Sebelum bertolak pulang kami ronda-ronda KL sekejap. melihat panorama Kuala Lumpur di waktu malam.Kami singgah sekejap kat KLCC. Cuma berjalan-jalan di kawasan luar je. Kemudian hantar anak-anak balik ke universiti, sesudah tu baru saya dan adik meneruskan perjalanan balik ke kampung.
Ronda-ronda KLCC
hooooo yeayyyyy
1 comments:
acik jgn lupe post pic2 tym buke hr tu...lg2 pic2 lauk pauk tu...=>
-kak epy-
Post a Comment