Assalamualaikum w.b.t

Tup tup dah nak habis Syawal. Tapi saya belum puas beraya dan ada banyak rumah lagi yang saya belum sempat ziarah. Saya ada tanggungjawab lain, menjaga si kecil Imdad anak saudara saya yang sakit. Mudah-mudahan ada sedikit ganjaran yang Allah berikan pada saya.

Hari raya ke-7, hari Khamis kami merancang untuk menziarahi adik beradik dan keluarga sebelah arwah ayah di Perak. Mulanya nak pergi dua kereta dengan family kakak saya, tapi last minit mereka tak jadi pergi sebab adik beradik abang ipar saya nak datang rumah mereka. Maka kami ber-4 sajalah yang pergi. Saya, mak, adik dan seorang anak saudara saya.

Kami bertolak pagi tu dalam pukul 7:30 pagi. Adik suruh saya drive, saya ok je. Lagipun cari pengalaman memandu jauh. Sampai Taiping, singgah kedai servis tayar kereta kejap, sebab alignment kereta macam lari je. Biasa la, kereta kalau lepas orang pinjam, macam-macam la jadinya.

Lebih kurang pukul 12 tengahari baru sampai ke Parit Buntar. Disebabkan rumah yang mula-mula kami lalu adalah rumah abang Li, anak Paklong Awi. Kebetulan Makcik (kami panggil Acik je) ada kat rumah abang Li juga. Sembang-sembang, pastu solat dan makan tengahari kat rumah dia.

Perjalanan diteruskan ke rumah Paklong. Dekat je dengan rumah abang Li tu. Paklong da tak sihat sekarang. Mata dia dah tak nampak, dia cuma nampak bayang-bayang orang je. Cakap dia pun kadang-kadang kurang difahami. Tapi dia masih waras. Kurus sangat badan dia sekarang, lain sangat dengan masa dia sihat. Mudah-mudahan Allah beri kesihatan pada Paklong dan dapat menjalankan ibadah sebaiknya.

 Adik dengan Paklong. Masa Paklong sihat, rupa dia sebiji dengan arwah ayah.

Menyambung perjalanan ke rumah Pakteh. Sampai je depan rumah pakteh, kak Midah anak Pakteh nak keluar beraya. Tapi bila nampak kami terus dia tak jadi beraya, orang jauh datang katanya hehehe. Pakteh takde kat rumah masa tu. tolong hantar anak jiran balik asrama. Tapi Makteh ade je kat rumah.

 Namanya Awang. Pakteh yang bela dia. Dia sesat mulanya. Sangat nakal!
 
Last sekali rumah Mak Anjang, tapi kami panggil Anjang je. Selalunya Anjang ada je kat rumah, tapi memang takde rezeki nak jumpa dia. Masa kami sampai tu dia baru je keluar pergi rumah anak dia kat Kulim. Dapat sembang dalam telefon je dengan Anjang. Anak-anak Anjang ramai je masa tu kat rumah dia, jadi masih meriah. Sambil-sambil tu ziarah rumah baru kak Pah, anak Anjang. Dia buat rumah kat sebelah rumah Anjang je.

Kami berpatah balik ke rumah Pakteh sebab tak jumpa Pakteh pun lagi. Alhamdulillah dapat sembang-sembang dengan Pakteh kejap. Kalau jumpa Pakteh, dia mesti nak hulur duit. Naik segan dibuatnya. Tak kira Pakteh datang tempat kami atau kami datang tempat Pakteh. Pakteh memang macam tu walaupun hidup dia bukanlah senang mana. Mudah-mudahan Allah limpahkan rezeki Pakteh sekeluarga.

 Kanan sekali tu la Pakteh. Depan sekali tu Acik. Kiri sekali tu mak. Belakang sekali tu galah panjang hehehe

Ingatkan nak balik Sungai Besar terus lepas keluar dari rumah Pakteh. Tapi abang Li ajak singgah rumah dia semula, sebab anak-anak dia baru sampai rumah. Jadi kami singgah la kejap. Jumpa la dengan cucu abang Li. Abang Li tu sepupu saya, jadi bila dia dah jadi atuk, saya ni kira pangkat nenek la kat cucu dia tu. Wah! Dah jadi nenek rupanya saya hehehe. Nenek Ain!

Abang Li dengan cucunya, Fathiha. Berbaju biru dibelakang sana tu kak Bariah, isteri abang Li.

 Safwan, anak saudara saya

Kami memang balik hari. Lebih kurang pukul 11 malam kami sampai ke rumah.
Lama sungguh tak jumpa dengan saudara mara arwah ayah. Alhamdulillah masih ada umur, Allah masih izinkan bertemu dengan mereka. Semoga ukhwah ini berkekalan hendaknya hingga hujung nyawa insyaallah.

0 comments: