Assalamualaikum w.b.t.

Sudah hampir 4 bulan saya bekerja. Tapi saya akui masih banyak kekurangan yang saya perlu perbaiki. Jangan putus asa Ain, teruskan usaha.

Entry kali ni saya nak komen sesuatu tentang patient/pesakit pula. Bermacam-macam perangai pesakit yang saya jumpa. Baru 4 bulan kerja dah jumpa seribu satu perangai pesakit, kalau dah bertahun-tahun mungkin ada yang saya lupa sebab terlalu pelbagainya perangai manusia.

Dimulakan ceritanya begini. Satu hari saya oncall di wad pembedahan perempuan. Seorang pesakit saya dimasukkan ke wad setelah di'diagnose' menghidapi 'acute appendicitis'. Orang melayu kita selalu sebut sakit appendiks. Pembedahan telah dijalankan. Semuanya berjalan lancar. Bukan penyakit yang saya nak cerita tapi pesakit yang menyakitkan hati.

Tidak dibenarkan orang lelaki menunggu pesakit di wad perempuan walaupun saudara mara. Itu peraturan yang saya tahu. Tapi pesakit saya seorang ni, lelaki yang temankan dia di wad. Staffnurse dah bagi tau dia tak boleh tunggu pesakit especially waktu malam. Dia kata malam nanti dia balik. Tapi sedar-sedar tengah malam tu dia ada di wad dan dia masih menunggu pesakit. Layanan yang diberikan oleh sang lelaki kepada sang perempuan teramatlah bagus seperti apsangan suami isteri. Masuk keluar tandas pun ditemani si lelaki, bukan sekadar luar tandas tapi sehingga ke dalam tandas.

Terdetik di hati, dah kahwin ke diorang ni. Saya pun tanya staffnurse. Terkejut saya rupanya diorang tu cuma pasangan tunang je, belum kahwin lagi. Aduhai apalah nasib saya dapat pesakit macam ni. Tak pasal-pasal saya pun berdosa sekali sebab tak tegur mereka. Masa tu saya terlalu baru dalam bidang pekerjaan saya, tak tahu macam mana  nak tegur mereka tu. Saya terlepas untuk cuba menasihatkan mereka.

Kes lain pula, berlaku minggu lepas di wad pembedahan lelaki. Seorang pesakit lelaki yang di'diagnose' sebagai 'perforated appendix' dimasukkan ke wad. Perforated appendix tu senang cakap appendiks pecah/bocor la. Pembedahan telah dijalankan. Saya perhatikan 3 4 orang juga la ahli keluarganya berada di wad ketika itu. Tapi menjelang malam, hanya tinggal seorang perempuan setia menunggu di tepi katilnya. Tiba waktu tidur, pesakit saya tu menutup langsir disekeliling katil. Nak dijadikan cerita suis lampu untuk kubikel tu letaknya di tepi katil pesakit tu. Saya ulang alik buka tutup suis lampu sebab ade kerja perlu diselesaikan.

Nak tahu apa yang saya tengok? Si lelaki dan perempuan tu tidur sekatil dan seselimut. Saya mula tak senang hati. Saya tak tahu status mereka. Staffnurse cakap dengan si perempuan "katil hanya untuk seorang sahaja". Lalu staffnurse terus buka langsir yang dia tutup dan buka suis lampu. Perempuan tu bangun. Ingatkan takut orang tengok dia tidur sekatil dengan lelaki tu. Tapi rupanya dia bangun untuk tutup semula lampu dan tutup semula langsir. Geramnya staffnurse. Tapi cerita ni saya tahu setelah shift malam hampir berlabuh.

Pagi tu saya review pesakit tu. Saya nekad nak tanya apa status dia. Ternyata tekaan saya tepat. Hanya pasangan tunang je. Saya tanya "kalau dah bertunang boleh tidur sekali ke?". Si lelaki diam. Saya tanya untuk kali kedua, dia diam lagi. Si perempuan memang tunduk je tak berani angkat kepala langsung, buat-buat baca majalah. Saya dah tertipu untuk kedua kalinya. Apa lagi saya bagi ceramah free la. Tapi setakat mana dia menerima, hanya Allah yang tahu.

Kalau dalam wad yang ramai orang pun dia boleh buat perangai macam tu, macam mana kalau di tempat lain? Lagi-lagi kalau tempat yang takde orang. Apa nak jadi dengan muda-mudi sekarang?

Orang kata kerja doktor banyak pahala sebab tolong orang. Betul tu memang betul. Tapi dek kerana perangai pesakit yang bermacam-macam jugalah menjadikan pekerjaan sebagai seorang doktor tu akan menambahkan dosa doktor. Kalau saya tak tegur memang terang-terang saya berdosa. Bila ditegur, takde respon, malah kadang-kadang kita diperlekehkan. Itu salah satu cabaran kerja sebagai seorang doktor.

Wahai manusia, sedarlah diri kita ni Allah yang ciptakan. Peraturan hidup juga Allah sudah sediakan untuk kita ikuti. Kalau kamu mahu hidup di bumi yang Allah cipatakan ini, maka ikutilah peraturan yang telah Allah sediakan. Kalau kamu rasa nak buat peraturan sendiri, maka carilah dunia mu sendiri yang tak perlukan Allah untuk mengawalnya.

Pimpinlah hidup ku ke jalan kebenaran Mu Ya Allah.

12 comments:

wan said...

bila berhadapan dengan situasi begitu, memang sukar nak mencegahnya, kadang2 krna malas nak campur hal ehwal orang lain..
Pengalaman yang diperolehi akan bantu Dr untuk berhadapan dgn situasi begini. Waktu sakit pun tak kisah hal halal haram,bygkan la waktu sihat dan segar bugar...
Gunakan segala apa yg mampu..moga Allah bagi kekuatan pada Dr untk turut merwat jiwa mereka yg lebih sakit...InsyaAllah..

NORAIN said...

macam2 perasaan bila berhadapan dengan situasi macam ni ustaz..ikutkan hati yang geram ni rasa nak hempuk je dengan kayu..sakit hati..

merawat jiwa manusia berganda2 susahnya berbanding merawat fizikal manusia(bg org yg bukan specialist dlm rawatan jiwa la,mcm saya)..salah rawat jiwa, kita yg berdosa..

saya tersangat mahu jadi perawat rohani dan jasmani..tapi mampukah saya?

Panglima Hitam said...

syabas atas rasa tanggung jawab... lain kali maklumkan sahaja kepada security atau jabatan agama je

NORAIN said...

tanggungjawab bersama, demi sayangkan umat sesama islam...tapi kadang2 tak mampu untuk menghalangnya...lemahnya diri ini

Anonymous said...

Dah ikut program Papisma ke belum?
http://papisma.org/index/?p=36

hafizquran said...

salam

alhamdulillah..bagusnya kalau semua Dr macam ni, amar makruf nahi mungkar subur di semua tempat..

NORAIN said...

anonymous: saya belum pernah sertai apa2 program papisma lagi...boleh saya tahu siapa ni?

hafizquran:sedih dengan kemampuan diri sendiri yg tak setakat mana dalam amar ma'ruf nahi mungkaar...semoga Allah ampunkan dosa2 saya

manjeamusyuk said...

nampaknye pihak hospital la plak kne buat peraturan ketat pasal sape yg boleh jaga sape..pegawai pencegah maksiat pn kne jugak jenguk2 spital, selain dr hotel..huhu.

Anonymous said...

ala ape nak herah an ... maruah Islam sendiri da tercemar oleh profession awak ... llaki cek pompuan ... pompuan cek llaki .... dedah sana ... dedah sini ... semua belagak mcm bagus ... alhamdulillah ... insyaallah ... selalu kuar dari mulut ... konon nyer kire org alim ar konon ... kalo ikut Islam mane boleh ... cume kalo dah dharurat sgt ... wad dah diasing... tapi doctor lllaki masuk kuar dari wad pompuan sesuke hati ... mane agama kite ... kita da jadi cam org kafir gak ... bile mengandung lagi susah ... habis buang ugama ... kangkang kt doctor lelaki ... kalo pompuan leh stim tgk pompuan ... tmbah ar llaki ... punah maruah pompuan Islam ...punah maruah Islam ...kite asyik sibuk ngan yg remeh ... tapi bile pasal maruah kite gadai sewenang2nye ... bile ckp selalu the answer will be ' Islam itu Mudah " sebab tu la kite x kemana ... rosak .. sebab kita abaikan the most important characteristic of Islam ... aurat ... aurat bini ... aurat ank dara kite ... semua boleh didedah atas in the name of medicine ... which evolve from the West ... org kafir ... bile mati ... bile kawen ... kite nak ikut Islam ... tapi bile nake receive the gift of life from Allah ... kite hina sehina2 nye ... doctor llaki .. cina ... india ... benggali yg wat tu semua ... kalo melayu llaki pun srupe jgak la ... x yah cite pasal delivery la ... cite pasal monthly check-up ... dengan digital exam nyer ... dengan pap smear nyer ... what is happening is beyond our control ... they can do anything ...they desire ....

so xyah la nk cite pasal ape yg awak nampak tu ... at least they are lovers ... ni strangers can feel the inside of other people wives vaginas ... kita da macam xde agama dah ... kat US yang kafir pun ade website dedicated to women ... advising women not to see male doctors ...

im just tired of all these ...doctors are not above religion ... they are human being ... they have penises too ... they have hormones too ...

NORAIN said...

manjeamusyuk - skrg maksiat dimana2...org dah tak segan dah nak buat maksiat...org skrg lg segan nak buat benda baik...dunia nak kiamat

anonymous - kenapa perlu anonymous? kenapa tak letak nama sebenar.kamu berhujjah dgn isi yg kurg matang bg saya...jgn takut,jgn malu,jgn segan, sila tampilkan diri anda..lepas tu baru kita boleh berhujjah..saya tak suka berbicara dgn org yg 'segan' nak menampilkan diri...

Nurul said...

To anonymous,

U experienced those things simply because u allowed them to do such things to you. Ppl look at you just the way you look at them. Full of hatred and negativity. What our sister did here is an awesome job. U dunt hv the right to judge ppl such ways.

I myself delivered in govt. hosp due to complications. Surprisingly, I can choose female dr. during my delivery.

You have the right to choose so choose wisely despite of spreading the negativity in here and backing those ppls who done the maksiat

NORAIN said...

nurul, ilmu saya pun tak setakat mana..kita sama2 lah berusaha untuk kebaikan umat islam..setakat yg termampu..salam perkenalan