Assalamualaikum w.b.t

Sebelum tu, biar saya sapu dulu habuk dan sawang kat blog saya ni hehehe. Rindu betul kat kawan-kawan blogger.

Lama, terlalu lama saya tak buka blog saya ni. Apakan daya, memang sudah dijangka perkara ni bakal berlaku. Bila saya mula je menapak ke hospital, saya terpaksa menerima semua ni.

Untuk mereka yang masih belum tahu, saya sekarang bekerja di Hospital Teluk Intan, Perak. Jaraknya lebih kurang sejam dari kampung halaman saya. Hampir sebulan sudah saya bekerja di sana.

Kerja kerja kerja

Sungguh benar seperti yang mereka katakan. Melangkah saja ke alam pekerjaan (especially doktor), hidup pasti berubah. Mahu tidak mahu, terpaksa juga tempuhinya. 18 Oktober 2010 mendaftar di Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Sesudah itu, terus mendaftar di Hospital Teluk Intan.

Saya ditempatkan di wad pembedahan (surgical) untuk posting pertama saya. 2 minggu tagging. Baru saya tahu apa rasanya tagging. Terlalu dan sangat memenatkan walaupun bukan semua kerja kita buat. Ye lah baru masuk kerja, tentu banyak benda yang perlu dipelajari. Teori dan praktikal pastinya berbeza. Setiap hati masuk kerja sebelum pukul 7 pagi dan pulang selepas pukul 10 malam. Nonstop for 2 weeks. Kaki terasa sangat sakit, lenguh, melecet. Semua ada.

Saya akui saya bukanlah seorang yang sangat bijak seperti mereka yang lain. Ada banyak lagi benda yang saya perlu pelajari. Tambahan pula bila belajar di tempat lain, kerja pula di tempat lain. Tapi itu bukan alasan untuk saya kalau saya mahu maju ke depan. Saya perlu berusaha dan usaha dan usaha, sebaik mungkin. Selebihnya Allah yang mengetahui.

Macam-macam perangai manusia saya jumpa sebulan ni. Perangai pesakit memang bermacam-macam. Perangai kawan-kawan kerja pun bermacam-macam. Bunyi macam ada kekecewaan pada diri saya.

Ya! Memang benar. Tapi saya belajar sesuatu dari apa yang berlaku. Jangan kita mengharap semua orang dapat lakukan seperti apa yang kita lakukan. Allah jadikan manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jangan merasa diri terlalu hebat. Mungkin dari 1 segi kita hebat, tapi dari segi yang lain kita jauh mundur dari orang lain. Cepat dan lambat proses untuk mendapatkan sesuatu memang tidak sama bagi setiap orang. Tapi apa yang penting adalah USAHA! Kalau seseorang itu sudah berusaha, tapi dia lambat untuk menguasainya, itu bukan salah dia. Itu kerja Allah. Berbeza dengan mereka yang tidak berusaha dan lambat untuk menguasai sesuatu.

Moralnya, jangan kita berlagak hebat. Ilmu yang kita ada, kongsi bersama. Jangan mengharap semua orang jadi seperti kita. Kemampuan manusia berlainan.

Banyak perkara yang saya nak kongsi bersama, tapi masa tak mengizinkan. Mungkin lain kali.

Ya Allah hamba Mu ini hamba yang lemah. Hamba Mu ini sentiasa memohon petunjuk dari Mu  Ya Allah. Bantulah dan beri petunjuk Mu dalam setiap apa yang aku lakukan. Tenangkan hatiku dalam setiap perkara Ya Allah.

2 comments:

saffmukmin said...

pegi keje naik beskal ke?huhuuu..sihat lps ni nmpknya,heheee

NORAIN said...

lebih sihat lagi...jalan kaki je...heheh