Assalamualaikum w.b.t.

Apa la nak jadi dengan blog saya ni. Asyik sunyi sepi je. Apakan daya, tuan rrumah tak sempat nak buat entry. Maafkan saya.

Actually saya baru je balik dari Cameron Highland. Pergi jalan-jalan makan angin dengan family kakak, adik dan mak saya. Percutian ini tak dirancang dengan rapi. Asalnya nak ke tempat lain, tapi akhirnya tempat lain yang dituju. Apa pun saya sangat berpuas hati dengan percutian kali ni. Pergi Cameron Highland 2 hari je, Sabtu dan Ahad. Memang tepat pada masanya saya pergi bercuti dengan keluarga. Sebab hari Jumaat tu dah la saya postcall,pastu kena 'bom' pula dengan boss. 'Hujan lebat' juga la huhu.

Sabtu pagi baru bertolak dari rumah menuju ke Cameron Highland dengan Toyota Innova. Tengahari sampai puncak Cameron Highland. Aim kami nak pergi pasar malam kat Brinchang. Sila jangan gelak ye, tapi memang tujuan utama kami nak pergi pasar malam tu. Tengahari tu sampai Cameron Hoghland, terus cari tempat menginap dulu. Jenuh juga la mencari sebab tengah cuti kan, ramai orang. Akhirnya dapat juga la, Pines and Roses Hotel. Itu je yang kosong. Tapi takpe, hotel tu sangat dekat dengan pasar malam yang kami nak pergi tu. Jalan kaki je dari hotel, so memang berbaloi lah.

Lepas check in je hotel, kami terus solat. Selesai solat, kamai pun 'terjun' dari hotel menuju ke pasar malam. Dalam kepala saya takde lain, asyik terfikir bunga ros yang sangat murah. Dulu masa sekolah, kalau cakap dengan mak nak beli bunga segar mak tak bagi. Alasan mak bunga tu kejap je layu nanti. Tapi nak buat macam mana mak, dah memang suka kat bunga. Sekarang dah ada duit sendiri, dah tak payah minta kebenaran mak hehehe.

 Cantiknya la ros ni. Merah menyala.

Tak tahu nama apa bunga ni.

Adakah ini kekwa hijau? Entah la..tapi cantik

Haaaa banyak kan? Puas hati hehe


Memang borong habis la. Bunga tak payah cerita, sepemeluk banyaknya. Memang sekepala dengan kakak, dia pun 'gila' membeli bunga petang tu. Sayuran lagi tak sanggup nak cerita, macam-macam jenis dan bilangan. Cuma kali ni saya nak sangat beli asparagus, tak pernah rasa selama ni. Alhamdulillah dapat juga beli. Paling tak tahan tu, saya 'bedal' satu payung strawberi. Macam mana la nak pakai payung tu nanti, terasa macam kanak-kanak riang pula hehehe.

Malam tu kakak, adik dan anak saudara saya turun sekali lagi ke pasar malam tu. Tapi saya dah tak larat, penat dan ngantuk. So duduk dalam hotel dengan mak dan abang ipar saya. Tak tahu pukul berapa diorang balik sebab dah tertidur masa tu.

Esok pagi-pagi lagi dah bersiap, nak pergi ladang strawberi. Teringin nak merasa petik strawberi. Masa belajar kat Ukraine dulu pernah je petik strawberi tapi nak rasa petik strawberi Malaysia pula : ) 

Budak yang sangat 'rajin' memetik strawberi

Suka sangat gambar ni.

Geram je tengok strawberi bergantungan, merah-merah pula tu

Ini yang sudah sedia untuk dipetik

 Muda lagi. Jangan petik lagi ok

 Ini la hasilnya. Cuma boleh petik 500g sahaja

 Ibu dan anak di luar ladang strawberi

Lepas tu singgah kat satu deretan kedai. Kat situ la jumpa 'kimchang'. Kimchang tu adalah bunga tulip yang masih pucuk tu. Teringin nak rasa. Elok pula masa tu nampak orang jual kimchang yang dah bergoreng tepung. Saya pun cuba la rasa, sedap juga, manis rasanya. Apa lagi beli la kimchang untuk dibawa pulang.

 Sesi pilih memilih barang


 Ini la dia kimchang. Goreng tepung pun sedap tau


Check out dari hotel lebih kurang pukul 11 pagi. Dalam perjalanan balik, singgah kat ladang teh sekejap. Cantik betul view kat ladang teh tu. Sepanjang perjalanan balik, banyak orang asli berniaga kat tepi-tepi jalan tu. Diorang jual petai, rebung, madu, durian dan macam-macam lagi. Sempat singgah kat satu gerai, beli durian. Tak lama lepas tu jumpa satu gerai lagi yang ada jual buah setoi. Pernah amkan buah setoi? Buah tu macam manggis lebih kurang tapi warna oren kulit luarnya. Sedap, masam-masam manis rasanya. First time juga saya rasa buah setoi tu. Banyak betul la pengalaman first time saya kali ni.

 Kakak ku sedang sibuk memilih buah setoi
 
 Begini la rupa isi buah setoi. Susah nak dapat ni

 Baby tomato. Sedap dimakan dengan cicah asam

Sampai rumah hampir pukul 6 petang. Puas hati dapat bercuti dengan family. Memang bercuti la terapi paling baik setelah berbulan-bulan kerja. Sekian sahaja cerita perjalanan kali ni, takde yang menarik pun. Saje nak mencoret sesuatu je kat blog pink saya ni.

0 comments: