Assalamualaikum w.b.t.


Kalau ikutkan hati, tiap hari nak post entry kat blog ni, tapi apakan daya, ada tanggungjawab lain yang lebih penting dari itu. Itulah yang dinamakan kehidupan.

Alhamdulillah setelah 4 bulan bertugas di bahagian pembedahan (surgery), hari ni saya mengakhiri kehidupan saya di department surgery. Tapi saya ambil cuti 3 hari yang terakhir, maka hari terakhir saya isnin lepas la.

Sebagai seorang yang baru saja beberapa bulan masuk kerja, saya akui masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Kalau MO & specialist tanya, confirm ada banyak lagi yang saya tak tahu, saya mengaku.

Apa pun jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan untuk seluruh warga kerja department surgery HTI yang sangat banyak memberi tunjuk ajar pada saya. Tak kira apa pangkat sekalipun, saya hargai kalian semua. Specialists saya - Mr Rizal, Mr Pani, Mr Stephen... MOs saya - Dr Tay, Dr Aznan, Dr Firman, Dr Fong, Dr Azlizan, Dr Azizul, Dr Ramesh, Dr Ng...kawan-kawan HO (sorry la tak dapat nak sebut sorang-sorang), MAs, nurses, PPKs, cleaners dan yang lain-lain. Saya tahu saya bukan budak bijak cemerlang seperti HO lain, tapi saya cuba setakat yang saya mampu. Thank you very much all of you. Kalau ada yang saya terlebih gurau dan terlebih salah tu, ampunkan saya yang lemah ini.

Tapi saya nak juga bagi special thanks kat 2 orang senior HO yang sangat banyak ajar saya dan kawan-kawan lain, Dr Yeoh KH dan Dr Punitan. 2 orang senior HO ni sanggup duduk habiskan masa ajar kami yang  masih bertatih ni. Bukan senior lain tak ajar, tapi 2 orang ni siap cari masa semata-mata untuk ajar junior. Seriously sampai bila-bila pun takkan lupa jasa kamu berdua ni. Bukan senang nak dapat senior yang sudi luangkan masa untuk ajar orang lain.

Surgical night HTI. Bosses, MOs, HOs.

Pasti ada suka duka dalam meniti hari-hari yang berlalu. Saya abadikan ia sebagai kenangan dalam hidup saya. Teguran dan marah dari kalian semua mengajar saya untuk lebih matang dalam menghadapi liku kehidupan. Tapi ingat Ain, jangan buat kesalahan yang sama! Pasti saya akan ingat posting pertama saya lebih dari yang lain, maklum la tempat pertama berpijak kan.

Next posting, Obstetrics & Gynaecology (O&G). 

 
Orang melayu panggil, bahagian sakit puan. Entah apa lagi nasib yang bakal dihadapi untuk posting seterusnya. Di mana-mana hospital pun, selalu dimomokkan yang O&G department ni orangnya garang-garang belaka. Mungkin ada kebenarannya dan mungkin juga tidak. Saya no comment sebab saya tak masuk lagi. Walau apa pun momokan orang, buat yang terbaik dalam kerja, buat baik pada semua orang, insyaallah yang baik-baik juga akan kembali pada kita.

Doakan saya lakukan yang terbaik untuk pesakit, orang sekeliling dan diri saya sendiri. Ya Allah bantu aku dalam meneruskan liku-liku kehidupan ini.
Assalamualaikum w.b.t.

Sudah hampir 4 bulan saya bekerja. Tapi saya akui masih banyak kekurangan yang saya perlu perbaiki. Jangan putus asa Ain, teruskan usaha.

Entry kali ni saya nak komen sesuatu tentang patient/pesakit pula. Bermacam-macam perangai pesakit yang saya jumpa. Baru 4 bulan kerja dah jumpa seribu satu perangai pesakit, kalau dah bertahun-tahun mungkin ada yang saya lupa sebab terlalu pelbagainya perangai manusia.

Dimulakan ceritanya begini. Satu hari saya oncall di wad pembedahan perempuan. Seorang pesakit saya dimasukkan ke wad setelah di'diagnose' menghidapi 'acute appendicitis'. Orang melayu kita selalu sebut sakit appendiks. Pembedahan telah dijalankan. Semuanya berjalan lancar. Bukan penyakit yang saya nak cerita tapi pesakit yang menyakitkan hati.

Tidak dibenarkan orang lelaki menunggu pesakit di wad perempuan walaupun saudara mara. Itu peraturan yang saya tahu. Tapi pesakit saya seorang ni, lelaki yang temankan dia di wad. Staffnurse dah bagi tau dia tak boleh tunggu pesakit especially waktu malam. Dia kata malam nanti dia balik. Tapi sedar-sedar tengah malam tu dia ada di wad dan dia masih menunggu pesakit. Layanan yang diberikan oleh sang lelaki kepada sang perempuan teramatlah bagus seperti apsangan suami isteri. Masuk keluar tandas pun ditemani si lelaki, bukan sekadar luar tandas tapi sehingga ke dalam tandas.

Terdetik di hati, dah kahwin ke diorang ni. Saya pun tanya staffnurse. Terkejut saya rupanya diorang tu cuma pasangan tunang je, belum kahwin lagi. Aduhai apalah nasib saya dapat pesakit macam ni. Tak pasal-pasal saya pun berdosa sekali sebab tak tegur mereka. Masa tu saya terlalu baru dalam bidang pekerjaan saya, tak tahu macam mana  nak tegur mereka tu. Saya terlepas untuk cuba menasihatkan mereka.

Kes lain pula, berlaku minggu lepas di wad pembedahan lelaki. Seorang pesakit lelaki yang di'diagnose' sebagai 'perforated appendix' dimasukkan ke wad. Perforated appendix tu senang cakap appendiks pecah/bocor la. Pembedahan telah dijalankan. Saya perhatikan 3 4 orang juga la ahli keluarganya berada di wad ketika itu. Tapi menjelang malam, hanya tinggal seorang perempuan setia menunggu di tepi katilnya. Tiba waktu tidur, pesakit saya tu menutup langsir disekeliling katil. Nak dijadikan cerita suis lampu untuk kubikel tu letaknya di tepi katil pesakit tu. Saya ulang alik buka tutup suis lampu sebab ade kerja perlu diselesaikan.

Nak tahu apa yang saya tengok? Si lelaki dan perempuan tu tidur sekatil dan seselimut. Saya mula tak senang hati. Saya tak tahu status mereka. Staffnurse cakap dengan si perempuan "katil hanya untuk seorang sahaja". Lalu staffnurse terus buka langsir yang dia tutup dan buka suis lampu. Perempuan tu bangun. Ingatkan takut orang tengok dia tidur sekatil dengan lelaki tu. Tapi rupanya dia bangun untuk tutup semula lampu dan tutup semula langsir. Geramnya staffnurse. Tapi cerita ni saya tahu setelah shift malam hampir berlabuh.

Pagi tu saya review pesakit tu. Saya nekad nak tanya apa status dia. Ternyata tekaan saya tepat. Hanya pasangan tunang je. Saya tanya "kalau dah bertunang boleh tidur sekali ke?". Si lelaki diam. Saya tanya untuk kali kedua, dia diam lagi. Si perempuan memang tunduk je tak berani angkat kepala langsung, buat-buat baca majalah. Saya dah tertipu untuk kedua kalinya. Apa lagi saya bagi ceramah free la. Tapi setakat mana dia menerima, hanya Allah yang tahu.

Kalau dalam wad yang ramai orang pun dia boleh buat perangai macam tu, macam mana kalau di tempat lain? Lagi-lagi kalau tempat yang takde orang. Apa nak jadi dengan muda-mudi sekarang?

Orang kata kerja doktor banyak pahala sebab tolong orang. Betul tu memang betul. Tapi dek kerana perangai pesakit yang bermacam-macam jugalah menjadikan pekerjaan sebagai seorang doktor tu akan menambahkan dosa doktor. Kalau saya tak tegur memang terang-terang saya berdosa. Bila ditegur, takde respon, malah kadang-kadang kita diperlekehkan. Itu salah satu cabaran kerja sebagai seorang doktor.

Wahai manusia, sedarlah diri kita ni Allah yang ciptakan. Peraturan hidup juga Allah sudah sediakan untuk kita ikuti. Kalau kamu mahu hidup di bumi yang Allah cipatakan ini, maka ikutilah peraturan yang telah Allah sediakan. Kalau kamu rasa nak buat peraturan sendiri, maka carilah dunia mu sendiri yang tak perlukan Allah untuk mengawalnya.

Pimpinlah hidup ku ke jalan kebenaran Mu Ya Allah.
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udaranya.  Matahari cerah bersinar. Begitu juga semalam.

Semalam kami berpeluang menziarahi keluarga cina mak di Banting dan Klang. Cuaca pun elok je semalam, senang nak bergerak. Memang dah dirancang nak ke rumah adik beradik mak raya cina tahun ni seperti tahun-tahun lepas juga. diorang seronok sangat kalo mak datang ziarah diorang.
Semalam bertolak dari rumah agak lewat juga la. tp apa yg dirancang berjalan dgn baik. Semua rumah sempat diziarahi. Mula-mula ke rumah auntie Lee Yew kat Banting. Rumah auntie selalu buat open house hari kedua raya cina. So semalam memang dia buat open house la. Tapi uncle dengan anak-anak dia je yang ada. Auntie takde, dia kat London. Anak bongsu dia sakit katanya. 

 Muka-muka kegembiraan setelah kekenyangan.

 Husband auntie Lee Yew. Semangat uncle bercerita

Memandangkan semalam hari jumaat, tengahari tu berhenti kat rumah abang kat Salak Tinggi, yang lelaki nak solat Jumaat. Ziarah, ziarah juga, kewajipan kena ditunaikan.
Lepas solat Jumaat, menyambung perjalanan ke rumah auntie Lee Ing kat Klang. Nasib menyebelahi, auntie ada kat rumah dengan anak cucu dia. Penuh rumah auntie dengan anak cucu mak je. Riuhnya tak usah nak cakap la, tak terkawal. 

Eusuf cucu nenek dan girl cucu auntie(lupa tanya sape nama dia). Ada persamaan tak?

Limau dgn air kotak memang tradisi diorang. Terbeliak biji mata mak, tengok apa mak?

 Auntie & anak lelakinya. kalau dah ramai tu ada je benda yang disembangkan. Ye la kan jumpa sekali sekala.

Kakak-kakak dan anak-anak sedara
Girl tu nak shake hand dengan eusuf tapi eusuf tak nak. Eh takde angpow ke? hehehe

 Mak dengan adik bongsunya. Of course serupa kan?
 
Then nak pergi rumah auntie Lee Lew pula. Tapi dia ajak jumpa dekat pizzahut, boleh makan sekali dia kata. Setiap kali datang rumah diorang, mesti dibawanya kami pergi makan kat kedai. Tapi kalau diorang datang, kami nak bawa pergi makan, tak pernahnya nak. Segan rasanya.

Makan-makan time. Kalau pergi ziarah diorang, mesti diorang bawa pergi makan kat kedai. Tapi kalau diorang datang tempat kita, mesti taknak kita bawa makan kedai. Segan rasanya.

 My family. Nasib-nasib je la sape sempat masuk dalam kamera ye.

Ada satu rumah lagi yang belum diziarah, rumah uncle Lee Boon Chin dan auntie Lee Tang. Uncle dah lama meninggal. So sekarang isteri dia duduk dengan auntie Lee tang sebab auntie Lee tang tak kahwin. Tapi semalam auntie Lee Tang takde kat rumah. Jumpa dengan isteri uncle je.

Semalam juga la auntie cerita flash back kisah zaman diorang kecil-kecil. Masih ada cerita yang kami tak tahu rupanya. Selama ni ingatkan mak ada 2 orang abang je. Rupanya ada 2 orang lagi adik beradik lelaki tapi meninggal masa kecil. Baru semalam juga la saya tahu turutan adik beradik mak yang sebenar.

1) Uncle Lee Boon Chin --> 2) Uncle Teh Tiew Yong --> 3) Auntie Lee Lew --> 4) Auntie Lee Tang --> 5)  Uncle (meninggal masa umur sebulan) --> 6&7) Mak & kembarnya(perempuan) --> 8) Uncle (meninggal masa umur 2 tahun) --> 9) Auntie Lee Yew --> 10) Auntie Lee Ing

My big family. Tak sampai separuh pun ni. Kalau semua datang, auntie kena bentang tikar kat halaman rumah la jawabnya hahaha

 Mak dengan adik (kanan), kakak (kiri) dan kakak ipar (kiri sekali)

Wah ramai rupanya adik beradik mak. Uncle Teh Tiew Yong tu family name dia lain sebab dia dijaga oleh keluarga cina lain, tapi akhirnya jumpa balik.
Kembar mak pula dijaga oleh keluarga India. Zaman tu ekonomi tak berapa ok, jadi keluarga India tu ambil kembar mak untuk dijaga. Tapi yang sedihnya sampai sekarang pun tak tahu dimana kembar mak berada. Kata auntie, mungkin keluarga India tu balik negara dia. Jadi tentulah dia bawa sekali kembar mak tu. Kalau nak cari pun tak tahu macam mana.

Semangat auntie Lee Lew bercerita pasal keluarga semalam. Masa mak nak diberi pada keluarga melayu, umur mak masa tu lebih kurang 3-4 bulan kata auntie. Bila auntie tau mak nak diberi pada orang lain, auntie bawa mak masuk dalam bilik, sorokkan kat bilik. Auntie sayang kat mak, taknak orang lain ambil mak sebab masa tu kembar mak dah diberi pada India jual susu. Tapi akhirnya atuk cina serahkan juga mak pada keluarga melayu. Itu yang telah Allah takdirkan, semua ada hikmah disebaliknya.

Harapan agar hubungan kekeluargaan ini akan berkekalan hingga hujung nyawa.