Seperti dijanjikan, hari ni kami ke Radnikova membantu muslimin memotong dan membungkus daging-daging korban. Terasa penat padahal takde buat kerja sangat pun. Setakat memotong dan membungkus je kerja muslimat.

Bas janji tunggu kami di depan AC (arab cafe) pukul 1:00 pm. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Dekat pukul 3:00 pm baru bas sampai. Selalunya urusan bas muslimin yang uruskan tapi kali ni orang Islam tatar yang uruskan. Entah apa masalahnya sampai lambat sebegitu rupa. Menurut kata sahabat saya, orang tatar tu lupa nak booking bas untuk muslimat. Sabar je la.

Dalam setengah jam perjalanan, kami sampai di Radnikova. Sampai je kat sana, dah banyak daging yang sudah siap dibungkus oleh muslimin. Muslimat pun diberi tugas untuk memotong dan membungkus daging. Disebabkan ramai muslimat yang pergi, tak sampai sejam, semua selesai. Cuma terpaksa menunggu kedatangan 3 ekor lagi kambing yang belum sampai. Kalau tidak silap, semuanya 7 ekor lembu dan 15 ekor kambing.


suasana di tempat penyembelihan
group memotong daging. tengok la tu, siap ber'glove'. heheheh...bukan apa, susah nak cari air kat tempat penyembelihan tu, sebab tu la mereka pakai glove.

 
daging-daging yang masih segar...

 
lepas di potong, daging dibungkus...ni la orang-orang kuatnya.

 
akhir sekali timbang ...supaya pembahagian sama rata.

Berhenti sebentar untuk solat maghrib berjemaah sebelum menyambung kerja. Solat berlantaikan bumi, beratapkan langit, berdindingkan kesejukan musim luruh.


group pertama...rasa-rasanya di mana kami solat tu?



DI SINI!!!solat maghrib di kawasan runtuhan bangunan, dekat dengan kawasan penyembelihan...alah bisa tegal biasa...di mana sekali pun, solat wajib ditunaikan...ni group terakhir, dah tak ramai

Selepas solat maghrib, muslimin menyambung tugas menumbangkan 3 ekor lagi kambing. Tentu muslimin penat. Keluar dari pukul 7:30 am untuk melaksanakan ibadah korban.


salah seekor kambing yang telah dikorbankan. tapi gambar ni, kambing tu masih hidup


dah sembelih, siat kulitnya pula

 
dan akhir sekali dilapah...kerja seterusnya muslimat sambung

Dalam pukul 7:00 pm semua dah siap. Kesejukan kami menunggu bas yang tak kunjung tiba. Agaknya bas mogok hari ni. Selalunya bas akan sampai lebih awal dari waktu yang dijanjikan. Tapi hari ni entah la.



setelah selesai tugas, macam biasa la, mengabadikan kenangan...macam-macam gaya la

Pukul 8:30 pm kami sampai kat asrama. Penat tapi seronok dan gembira.

Pengalaman yang pertama kali dan terakhir yang kami rasa. Tahun-tahun sebelum ni cuma muslimin je yang buat kerja-kerja ni. Pengalaman bermakna untuk 'Aidiladha terakhir di Ukraine. Kenangan yang tak akan berulang lagi. Kalau berulang pun tempat pasti tak sama.

Tahniah kepada muslimin muslimat CSMU kerana telah berjaya melaksanakan program korban dengan jayanya. Mudah-mudahan korban kita Allah terima, insyaallah. Ameen!



ni pemandangan kat Radnikova selepas terbenam matahari...


cantik tak?
Hari ni adalah hari yang sangat penuh. Sama seperti hari semalam juga. Pagi keluar asrama, gelap malam baru pulang ke pangkuan katil di asrama. Mana tidaknya, pagi ada kelas sampai ke petang. Petang ada general assessment test pula.

Cuma bezanya pagi tadi kami solat Hari Raya 'Aidiladha sebelum meneruskan langkah ke meja pengajian. Ini adalah solat hari raya terakhir kami bagi student 6th year di bumi Ukraine ni, insyaallah. Tahun ni lain dari tahun sebelumnya. Kami menunaikan solat raya di masjid 5th hostel. Biasanya kami solat raya di sport 'zal'(hall) atau di Arraid (Islamic Center in Simferopol). Kenapa selama ni tak buat di masjid 5th hostel? Sebabnya selama ni masjid tu tak mampu menampung student muslim, masjid tu kecil je. Tapi tahun ni dah tak ramai student muslim, tinggal berapa kerat je.

Malam raya kami ada majlis takbir raya, juga di masjid 5th hostel. Dah tak semeriah dulu takbir raya, tinggal sikit je orang. Tapi raya tetap di sambut juga.



 ni je la pelajar-pelajar lelaki yang bertakbir malam raya tu. kalau dulu penuh depan masjid tu sampai tak muat. tapi sekarang dah tak macam tu. senior-senior semua dah balik Malaysia.

 
antara pelajar perempuan yang sama-sama memeriahkan malam takbir raya. sama juga dah tak seramai dulu.

Sementara menunggu sahabat-sahabat samapi ke masjid untuk solat raya, mereka yang berada di masjid lebih awal bertakbir raya. Solat raya diimamkan oleh Afifi, sahabat seangkatan kami. Tapi kami panggil dia Ustaz je kat sini. Dah terbiasa, sebab dulu dia ni ketua biro agama kami, tu sebab dapat panggilan Ustaz. Selesai solat, macam biasa la, khutbah raya. Khutbah pun Ustaz yang sampaikan. Penuh isi penting khutbah Ustaz pagi tadi. Dan yang paling penting sangat bertenaga. Syabas Ustaz!



khutbah raya. ramai sikit daripada malam takbir tu.bagus la. yang berdiri di depan tu la Ustaz, sedang berkhutbah

 
hayati apa yang Ustaz sampaikan dalam khutbahnya pagi tadi ye wahai sahabat-sahabat muslimah sekalian.

Selesai solat dan khutbah, kami bersalam-salaman. Seterusnya masing-masing membawa diri ke haluan tuju meja pengajian masing-masing. Tapi saya sempat balik ke bilik menjamah makanan yang dimasak pada malam hari. Bukankah kita disunatkan berpuasa sebelum menunaikan solat hari raya 'Aidiladha? Walaupun jadual waktu sangat penuh, tapi masak untuk raya tetap masak. Tak seronok pula rasanya kalau hari raya tiada juadah hari raya. Alah masak yang simple je. Yang penting ada. Badan yang penat malam tu saya gagahkan juga untuk memasak hidangan 'Aidiladha. Masak rendang ayam dan nasi impit. Awin pula masak lemak lodeh. Awin tu roomate saya sejak tahun pertama saya di bumi Ukraine ni. Itu saja la juadah pagi raya kami. Alhamdulillah, masih ada rezeki Allah beri pada kami.



rendang, masak lemak lodeh, nasi impit dan biskut. juadah pagi raya. biskut tu beli je.

Kami pulang ke asrama di kala matahari mula terbenam.



menuju ke asrama setelah seharian suntuk di kelas

Selepas Isya' ada usrah di masjid. Memang badan penat tapi rohani juga nak makan. Asyik bagi makan jasmani je. Kena seimbang la kan? Habis usrah terus ke MSC room, ada O&G discussion pula.

Sekarang masa untuk rehatkan badan untuk mengembalikan kesegaran di hari esok. Sepatutnya esok ada kelas. Tapi Madam Yulia bagi off sebab kami ada program korban esok di Radnikova. Spasiba balshoi (terima kasih banyak) ma'am. Insyaallah 5 ekor lembu dan 15 ekor kambing akan dikorbankan esok. Bersedia la wahai lembu-lembu dan kambing-kambing. Hehehe. Jom kawan-kawan kita rewang esok kat Radnikova. Student lelaki dah tak ramai maka student perempuan kena turun padang membantu melapah, memotong, membungkus daging dan sebagainya. Ya Allah permudahkan urusan kami.

Lafaz takbir raya...jom kita bertakbir membesarkan Allah 

Kedatangan 'Aidiladha mengingatkan kita akan kisah keluarga Nabi Ibrahim 'Alaihissalam. Pengorbanan Nabi Ismail yang tidak dapat ditandingi. Patuhnya mereka pada perintah Allah.



SALAM 'AIDILADHA 1430H

-kepada seluruh keluarga yang saya cintai fillah, mak ku, abang-abang ku, kakak-kakak ku, adik lelaki ku, ipar-ipar ku, anak-anak saudara ku, makcik-makcik ku, pakcik-pakcik ku, sepupu-sepupu ku.
-kepada guru-guru ku yang dikasihi
-kepada sahabat-sahabat ku yang dirindui
-kepada mereka yang mengenali diri yang kerdil ini

KULLU 'AM WA ANTUM BIKHAIR

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan peliharaan Allah S.W.T.

P/S- Raya korban (Qurban bayram) tahun ni tak cuti. Kelas darp pagi sampai petang. Petang pula ada general assessment test. Redha saja la.
Esok 9 Zulhijjah 1430H, bersamaan 26 November 2009, hari khamis adalah hari 'Arafah / hari Wuquf. Umat Islam yang mengerjakan ibadah haji akan melakukan ibadah wuquf di Padang 'Arafah pada hari tersebut.


wuquf di padang 'Arafah


Adalah disunatkan berpuasa sunat pasa hari 'Arafah. Ini berdasarkan hadith Nabi yang diriwiyatkan oleh Muslim.
Sabda Nabi Sallallahualaihiwasallam : " Puasa pasa hari 'Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang" (hadith riwayat Muslim).

Puasa pada hari 'Arafah pada 9 Zulhijjah disunatkan kepasa merka yang tidak mengerjakan ibdah haji. Kedatangan hari 'Arafah setahun sekali ini, sebaiknya jangan kita sia-siakn. Perbanyakan ibadah-ibadah sunat disamping ibadah-ibadah wajib.

Sebaliknya pula bagi mereka yang sedang mengerjakan ibadah haji. Adalah disunatkan untuk mereka tidak berpuasa pada hari 'Arafah.
Hadith yang diriwiyatkan dari Abu Hurairah r.a.
Sesungguhnya Rasulullah Sallallahualaihiwasallam melarang berpuasa pasa hari 'Arafah bagi mereka yang berada di 'Arafah (hadith riwayat Abu Daud dan An-Nasai'e; At-Tabrani daria Aisyah r.h.a.)

Keterangan hadith di atas;
Imam Syafi'e berpendapat; " Disunatkan puasa pada hari 'Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi mereka yang mengerjakan haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di 'Arafah.
Dari pendapat Imam Ahmad pula; "Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka. Ini kerana hari 'Arafah memerlukan kekuatan tenaga".
Begitu juga dengan para sahabat lain yang lebih cenderung untuk tidak berpuasa pada hari 'Arafah ketika mengerjakan ibadah haji.

Oleh itu marilah kita beramai-ramai meraikan hari 'Arafah dengan berpuasa dan melakukan ibadah-ibadah sunat yang lain. Sesungguhnya ganjaran yang Allah janjikan amatlah besar.

Allahu'alam

"Ya Allah aku rindu untuk menjejakkan kaki ku di Baitullah Al-Haram. Semoga satu hari nanti aku jua berpeluang berada di dalam Baitullah Al-Haram, insyaallah. Istajibillahumma du'a ana...Ameen Ya Rabbal 'Alamin"
Semalam last class for Gastroenterology cycle. Hari ni start la cycle baru, C.I.D. Siapa tahu C.I.D stand for what? Siapa dapat jawab nanti saya bagi 'seposen', hehehe. Children Infectious Disease. Cycle ni kami belajar diseases yang cuma berlaku pada kanak-kanak. Tapi ada juga antara penyakit ni menyerang orang dewasa cuma jarang.



handbook C.I.D. Madam Yulia 1 of the authors

Kelas kami di hospital dekat Marino, selalunya naik mashrut no.64 @ no.65. Jauh, tak boleh jalan kaki. Sampai sana tutor kami adalah Madam Yulia V. Vyalstseva, MD, PhD. Seronok juga bila dapat belajar dengan dia, sebab tahun lepas pun, kami belajar dengan dia. Maka mudah la sikit, sebab dah tahu macam mana cara dia.

Hari ni belajar pasal 'acute intestinal infection'. Shigellosis, salmonellosis, escheriosis, yersiniosis etc. Belajar pasal apa? Definition, etiology, pathogenesis, ways of transmission, incubation period, complaints, syndromes, methods investigation, management.

Kebanyakan acute intestinal infection disebabkan oleh bacteria. Macam-macam syndrome berkaitan intestinal infection ni; gastroenteritis, enteritis, enterocolitis, colitis, dehydration, intoxication syndrome. Methods investigation pula kebanyakannya guna laboratory methods; full blodd count(FBC), coprocytogram (stool test), serological test, bacteriological test. Management pula selalunya akan guna antibiotic, tapi tak semua, ada pengecualian. Selain antibiotic, yang penting adalah rehydration therapy and intoxication therapy. Rehydration therapy samada 'per os'(orally) atau 'parenteral'(intravenous).

Oral rehydration therapy selalunya guna 'oral rehydration salt'(ORS), ORS-200, super-ORS, rehydron, oralit, rehydrolyte etc. Kita boleh buat sendiri sebenarnya oral rehydration therapy di rumah, tutor kami yang ajar. Mana la tahu emergency nak guna kan? Caranya campurkan 1/2 sudu teh garam + 8 sudu teh gula + 1 liter air. pastu boleh diminum, ni cara alternative kalau ORS tiada.

Parenteral pula kita kena kira. Teorinya begini. Volume of introduce fluid = volume of physiological need + volume of liduid deficiency + volume of current pathological losses. Pening juga mula-mula tu, tapi lepas Madam Yulia terangkan, alhamdulillah, tak la susah pun sebenarnya.

Esok pula topik boleh tahan banyak. Measles(rubeolla), rubella(german rubeolla), enterovirus infections(ECHO-exanthema), parvovirus B19, scarlet fever(hemolytical streptococcus), pseudotuberculosis, Varicella(chicken pox), shingles(varicella-zoster infection), herpes simplex virus infection. Wah! Banyaknya!

Tapi saya seronok belajar dengan Madam Yulia. Cara dia mengajar, sangat memberi pemahaman pada students. Macam ni baru la seronok nak pergi class tutor. 'Spasiba Balshoi' Madam Yulia. Enjoy sangat belajardengan dia.

Kepada yang tak paham apa yang saya tulis di atas tu, tak apa. Sekadar catatan hidup saya.
Saya bukanlah seorang yang gemarkan tumbuh-tumbuhan sebagai peliharaan. Tapi sejak kebelakangan ni, saya jatuh hati dengan beberapa jenis pokok. Pokok hijau kan bagus untuk mata. Mata yang letih akan dapat dikembalikan kesegarannya dengan melihat kehijauan.

Tapi saya suka kan pokok yang tak perlu penjagaan rapi. Jaga mesti kena jaga juga, cuma jenis 'pokok manja', saya tak berapa minat. Tapi tak tahu la di masa akan datang, mana tahu saya jatuh hati pula pada 'pokok manja'. Siapa tahu kan?

Cuti yang lalu, saya temankan kawan saya, Mastura beli tanah untuk pokok cili dan pokok bunga dia. Saya curi peluang tu untuk mencuci mata melihat jenis-jenis pokok di kedai tu. Tiba-tiba mata saya terhenti pada satu pokok. Ya, ni la pokok yang saya cari tempoh hari berdekatan dengan Rinak Kubisheva (rinak=pasar). Tapi pokok tu sudah tiada bila saya datang untuk kali kedua. Mungkin belum rezeki saya waktu itu.

Pertanyaan demi pertanyaan saya ajukan pada pemilik kedai tu. Saya memang sudah jatuh hati pada pokok tu. Pokok tu dipanggil KIPARIS oleh orang Ukraine, dan mungkin juga oleh orang Rusia. Menurut apa yang pemilik kedai tu katakan, agak senang menjaga kiparis ni.

Saya cuba untuk meminta pandangan Mastura. Jawapan Mastura menggembirakan hati "kalau kita jadi Ain, kita memang beli. Cantik pokok ni". Ya nak beli nak beli. Akhirmya saya beri grieven (matawang Ukraine) saya kepada pemilik kedai dan pemilik kedai beri saya kiparis yang cantik. Alhamdulillah, kini kau milikku.



ni la kiparis ku. dah tukar pasu baru pun.

Sedikit maklumat berkenaan kiparis :-

Botanical name : Cupressus macrocarpa 'Goldcrest'
Other names : Lemon cypress, Lemon Scented Monterey Cypress, Cupressus macrocarpa 'Goldcrest'
Genus : Cupressus

Apa yang diterangkan pada saya, pokok ni boleh dijaga secara indoor atau outdoor. Tak perlu disiram selalu, cuma ia perlukan kelembapan yang cukup. Jangan terlalu kering atau terlalu basah. Sesuai untuk dipelihara secara indoor sebab pokok tidak membesar dengan cepat. Istimewanya, pokok ni punya baunya yang tersendiri. Tak tahu macam mana nak describe baunya, tapi ada seperti bau lemon. Wangi sungguh. Memang saya cukup teruja dengan kiparis ni.

Sebelum saya memiliki kiparis, saya telah memiliki sejenis pokok yang hidupnya dalam air, maksud saya cuma akarnya la yang dalam air. Orang Ukraine panggil BAMBUK, tapi orang Malaysia panggil BAMBOO. Pokok ni Fadhiah, classmate saya yang hadiahkan. Dia bagi pokok ni awal 2009 tapi saya lupa bulan berapa. Tapi dah lama juga la. Dah lama saya cari bambuk ni. Kebetulan satu hari tu pergi pasaraya Metro dengan Fadhiah, terjumpa pokok ni. Saya tersangat seronok. Thanks so much Fadhiah.

Info mengenai bambuk/bamboo:-

Common name : Belgian Evergreen, Dracaena, Dragon Tree
Scientific name : Dracaena sp.
Family name : Agavaceae



 bambuk yang Fadhiah hadiahkan. dah besar pucuknya.

Bambuk tu ada 2 pucuk yang cantik dan segar. Hidupnya cuma perlukan sedikit air. Memang senang jaga bambuk ni. Bulan Julai dan Ogos yang lalu, saya balik ke Malaysia, cuti summer. Saya tinggalkan saja bambuk di atas meja saya berbekalkan air yang saya kira cukup untuk 2 bulan. Alhamdulillah kembalinya saya dari Malaysia , bambuk masih segar bugar seperti biasa. You survived bambuk. Sayang bambuk ku.

Tapi malam tadi, sesuatu telah terjadi pada bambuk. Saya mencapai headphone yang tergantung di dinding. Secara tak sengaja headphone tu terlepas dari tangan saya dan jatuh betul-betul di atas bambuk. Ya Allah!!! Sedihnya saya :( Salah satu pucuk bambuk patah. Terkedu saya. Tapi apa boleh buat, perkara dah jadi. Itu sudah takdir yang Allah tentukan.



 bambuk yang telah patah satu pucuknya. sedihnya...

Saya lihat pucuk bambuk yang dah patah tu ada akar di hujungnya. Saya masukkan dalam bekas berisi sedikit air. Boleh hidup ke? Allahu'alam. tunggu dan lihat saja apa akan jadi pada pucuk bambuk yang berakar tu. berharap agar bambuk ku akan terus hidup dengan cantik dan segar walaupun tinggal satu saja pucuknya.

 
pucuk bambuk yang patah

Agaknya lepas ni pokok apa pula yang bakal menambat hati ku?
Hari ni hari pertama melangkah kembali ke kelas setelah 3 minggu bercuti, outbreak H1N1 di Ukraine. Hasrat di hati mahu pulang ke Malaysia semasa cuti bermula, tapi mak kata "Tak payah la, tiket mahal. Baru je balik Julai Ogos lepas kan?". Hmmm kalau mak dah kata macam tu, maka cuti ku dihabiskan di Ukraine saja la.

Mulai hari ni juga kami akan menghabiskan 6 hari kelas setiap minggu hingga Mac 2010 nanti. Terpaksa menggantikan cuti 3 minggu tersebut. Ini lah adat orang belajar. Terima saja lah semua dengan hati terbuka.




Hari ni kelas disambung dengan subjek gastroenterology yg masih berbaki 2 hari sebelum cuti mengejut tu. Pagi ni kami berempat menuju ke poliklinik CSMU (lagi 4 orang masih di Malaysia). Sampai saja kami dapatkan Madam Travina. Tapi rupanya kelas terpaksa ditukar ke 'cardiac center' dengan Madam Doroshenko. Kami berjalan kaki menuju ke sana sebab tak la jauh sangat cardiac center tu dengan poliklinik. Kalau nak ambil 'mashrut', rugi je sebab kena bayar 2 grieven. 2 grieven tu kalau beli telur ayam dapat la dalam 3 biji :). Kenyang tu kalau buat lauk.

Hari ni kami bincang la beberapa topik, ulcerative colitis, crohn's disease & irritable bowel syndrome. Tapi sebelum tu kena jawab soalan objektif.

Ulcerative colitis (Colitis ulcerosa, UC) is a form of inflammatory bowel disease (IBD). Ulcerative colitis is a form of colitis, a disease of the intestine, specifically the large intestine or colon, that includes characteristic  ulcers, or open sores, in the colon

Crohn's disease (also known as granulomatous colitis and regional enteritis) is an inflammatory disease of the intestines that may affect any part of the gastrointestinal tract from anus to mouth, causing a wide variety of symptoms.

Irritable bowel syndrome (IBS) is a functional gastrointestinal disorder. Also called spastic colon, it is a functional bowel disorder characterized by chronic abdominal pain, discomfort, bloating, and alteration of bowel habits in the absence of any detectable organic cause

*From Wikipedia, the free encyclopedia

Esok pula tutor dah bagi tau yang dia nak tanya segala ubat-ubat berkaitan gastroenterology disease & differential diagnosis for gastroenterology disease. Ok madam. Sekarang masa untuk buka buku.
Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.
Segala puji-pujian buat Junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam, juga buat keluarga dan sahabat Baginda.

Assalamualaikum buat semua pengunjung blog. Semoga anda semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Kali pertama post entry dalam blog. Terima kasih buat adik lelaki ku yang banyak ajarkan kakak nya yang tak berapa nak reti blogging ni.

Seperti yang tertera, Norain nama diberi oleh mak & ayah. Anak ke-7 dalam adik beradik. Lelaki ramai berbanding perempuan. Semua telah berkahwin, kecuali saya dan adik lelaki saja yang belum berkahwin. Tapi anak saudara ramai, alhamdulillah. Mereka ni la yang jadi penyeri keluarga. Acik sangat la rindukan anak-anak acik. Mudah-mudahan anak-anak acik jadi orang berjaya dunia & akhirat, insyaallah.



Saya berasal dari Selangor, di sebuah kampung di Sungai Besar. Sehingga kini masih menetap di tempat yang sama bersama keluarga yang saya cintai. Love my family so much!!! Miss you all always.

Tapi buat sementara waktu ni tidak berada di Malaysia, sedang belajar di sebuah university perubatan di luar dari Malaysia. Kini di tahun akhir, insyaallah. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan saya. Mak! tak sabarnya nak balik Malaysia.

"Ya Allah kurniakan aku keluarga yang bahagia. Keluarga yang sentiasa mendambakan diri mereka hanya kepada Mu Ya Allah. Ya Allah rahmati lah keluarga ku. Eratkan ikatan silaturrahim antara kami sekeluarga berpaksikan agama Mu yang benar."
LOVE MY BIG FAMILY SO MUCH!!!

Segala entry yang bakal saya keluarkan sekadar pandangan peribadi saya. Mungkin juga sebagai diari hidup saya untuk hari-hari mendatang.

Semoga bertemu lagi di entry akan datang insyaallah.
Berharap agar entry-entry di blog ni dapat memberi ilmu kepada pembaca, kalau tidak banyak pun, sedikit barangkali.