Showing posts with label banjar. Show all posts
Showing posts with label banjar. Show all posts
Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama tak masukkan entry pasal makanan. Sebelum balik Malaysia (hari-hari terakhir di Ukraine) memang jarang masak sebab tiap hari ada je orang jemput datang ke rumah mereka. Bila dah sampai Malaysia, jadi malas nak masak. Tambahan pula sepanjang seminggu saya di Malaysia ni, saya tak pergi pun lagi pasar. Masak apa yang ada dalam peti sejuk. Kalau tidak pun masak ikan darat. Mak pasang 'tempirai', jadi ada la hasil ikan yang terperangkap dalam tempirai tu.

Tempirai tu sejenis alat yang digunakan untuk menangkap ikan. Lebih kurang macam bubu tapi diperbuat dari dawai dan ada pemegang khas yang diperbuat dari buluh. Jadi tak perlu la terjun dalam air untuk letak dan angkat tempirai tu.

Dah keluar tajuk pula. Hari ni nak cerita pasal sejenis makanan orang banjar yang dipanggil 'wadai kiping'. Kalau orang banjar, tanya saja pasal wadai kiping, pasti maisng-masing mengangguk tahu (tahu tak semestinya pandai buat sendiri).

 Wadai kiping yang sudah siap dimasak. Terima kasih mak tolong sendukkan sementara saya nak ambil gambar ni.

Beberapa hari yang lalu ada ceramah agama depan rumah saya, jadi orang kampung bergotong-royong buat wadai kiping tu untuk juadah tetamu yang hadir. Saya sempat la snap beberapa gamabr wadai kiping untuk dikongsikan bersama

 Seperiuk besar. Hasil gotong-royong orang kampung.

Saya kongsikan resepi di sini (kalau ada yang mahu mencuba).

Bahan A:
-tepung pulut
-sedikit air kapur
-air
-garam

Bahan B:
-santan kelapa (kalau pekat, cairkan sikit)
-gula merah
-gula pasir
-garam
-daun pandan
-durian (optional)

(tiada sukatan yang tepat, ikut suka je)

Cara-cara:
-Campurkan semua bahan A dalam bekas dan gaul sebati. Kalau lembik tambah tepung, kalau keras sangat tambah air. Asalkan boleh digentel. Gentelkan menjadi bulat dan penyekkan sedikit. Lebih kurang 1-1.5cm. Ketepikan.
-Masak santan. Masukkan gula merah, gula pasir, garam. Kacau sebati hingga mendidih. Masukkan bahan A yang telah siap digentel tadi. Masak hingga lembut. Akhir sekali masukkan daun pandan dan durian.

Begini la rupa wadai kiping yang telah digentel, macam hemoglobin hehehe
2 hari lepas, abang saya ada bagi link video youtube kat YM (yahoo messenger) saya. Ingatkan video apa, rupanya video klip lagu-lagu banjar. Tersenyum seorang diri saya. Ada rupanya lagu-lagu tu dalam youtube. Saya tak pernah belajar pun lagu-lagu orang banjar ni, tapi abang saya yang banyak kenalkan saya dengan lagu-lagu tu. Sebab dia sangat suka.

Bila cakap pasal 'orang banjar', ramai orang Malaysia yang tak tahu suku kaum apa tu? Siap ada yang kata "orang asli dari mana tu?" Hmmm sabar je la. Kepada sesiapa yang masih tak tahu, ada banyak orang banjar di Malaysia. Memang asal usulnya dari Indonesia. Orang banjar kat Malaysia ni dah lama sangat, maka bahasanya pun ada lain sikit dengan banjar di Indonesia.

Setakat yang saya tahu, kebanyakan orang banjar ada di Selangor, Perak dan Pahang. Mungkin ada juga di negeri lain, tapi saya tak berapa tahu info mengenainya.

Jom kita dengar lagu ni. Ada banyak lagi lagu-lagu lain tapi tak berapa berkenan sebab kebanyakannya lagu-lagu cinta.

GURING ADING GURING (Tidur adik tidur)

 AMPAR-AMPAR PISANG

Ada sesiapa yang faham lagu-lagu ni? Hehehe. Kalau tak faham sila la tanya. Saya masukkan hanya untuk simpanan saya, jadi tak perlu la nak di terjemah. Tapi kalau ada yang nak tahu boleh la tanya. Saya akan cuba terjemahkan.