1st August 2010
PICC (Putrajaya International Convention Centre)

Assalamualaikum w.b.t.

Berapa kali nak graduation? Ya memang benar kami ada graduation day sekali lagi pada 1st August yang lepas. Kenapa 2 kali? Ukraine tu kan jauh. Sudah tentu kalau nak pergi kesana memerlukan kos yang tinggi. Bukan semua mak ayah mampu. Ukraine ni bekas negara soviet, jadi agak susah nak masuk ke sana, maksud saya untuk mendapatkan visa tu agak leceh dan memerlukan kos juga. Oleh sebab tu la mereka buat graduation untuk kali ke-2 di Malaysia. Jadi keluarga dan sanak saudara dapat menghadirinya.

Graduation kami pada tahun ni diadakan di PICC (Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya). Graduation ni bayar sendiri. 5 tempat disediakan, 4 untuk ahli keluarga dan 1 tempat untuk graduasi. Saya beli tempat lebih dari kawan yang tak jadi nak datang. Sesekali berbelanja untuk keluarga apa salahnya.

 Sedang bersiap-siap

CSMU Class of 2010

Alhamdulillah ramai yang datang memeriahkan graduation saya. Seronok tak terkata saya. Rasa nak nangis pun ada, terharu sangat. Bayangkan la anak-anak saudara saya datang beramai-ramai, walaupun mereka tahu tak boleh nak masuk pun dalam dewan. Sukanya saya bukan kepalang. Kehadrat Allah jua saya panjatkan kesyukuran. Dah lama saya tak berkumpul ramai begitu. Maklum la dah lama duduk jauh dari keluarga.

 Anak-anak tak dapat masuk, cuma dapat tunggu di luar je

Terima kasih yang tak terhingga buat semua ahli keluarga saya yang sudi menghadirkan diri ke majlis konvokesyen saya, juga kepada semua ahli keluarga yang sentiasa memberi support pada saya. Jazakumullahukhair.

 Barisan kehormat termasuk dekan dan duta

 Giliran saya

 Keluarga saya yang sudi memeriahkan majlis

Seawal 9.00 pagi kami sudah berada di PICC. Tapi program start lambat sikit. Lepas tu ada la juga beberapa peristiwa yang kurang memuaskan hati kami. Bukan salah kami tapi pengurusan. Lebih kurang pukul 3 kami keluar dari PICC. Oleh kerana ada yang belum makan (termasuk saya, ada ke patut makanan tak cukup, macam mana la mereka uruskan), kami sekeluarga pergi makan di foodcourt Allamanda kat Putrajaya.


 Makan-makan

Habis makan, terus ke Masjid Putrajaya menunaikan solat. Selepas pada tu baru kami berpecah pulang ke teratak masing-masing.

 Depan masjid Putrajaya

Peluang ni saya gunakan untuk merakamkan gambar keluarga walaupun bukan semua yang hadir. Sekurang-kurangnya saya ada kenangan bersama mereka di hari besar saya. Kalau ikutkan hati nak ambil banyak lagi gambar tapi masalahnya masa yang tak mengizinkan.

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum dan Tahniah ain! Tak kiralah kat mana pun majlis graduasinya, yg penting dapat meraikannya bersama keluarga tersayang. Ain, HO kat mana sekarang ni?

NORAIN said...

waalaikumussalam kakchik :)
terma kasih kakchik...alhamdulillah graduasi berjalan dengan baik...

actually nak masukkan gambar tp belum edit, so nanti la masukkan gambar...

ain belum start kerja lagi kakchik...harap2 panggilan lepas raya...dah 6 tahun tak beraya dengan family, sangat mahu beraya bersama family...

Anonymous said...

acik...jgn lupe ltk pic ktorg byk2...ktorg nk gak interframe dlm blog acik nie...penat tau snap byk2..HAHAHAHAHA -kak epy-