Assalamualaikum w.b.t

Saya baru je sampai ke rumah malam tadi. Petang jumaat kami bertolak ke Banting. Pejabat Agama Islam Kuala Langat mengadakan Karnival Masjid. Kakak saya salah seorang AJK karnival tersebut. Jadi dia minta tolong jagakan anak dia sebab dia kena kerja siang dan malam. Saya pun setuju untuk membantu dia. Saya pergi dengan mak dan adik.

Sampai Banting lebih  kurang pukul 9 lebih. Rupa-rupanya malam tu ada konsert Hijjaz di perkarangan masjid. Sampai je kami kat masjid, kami dibawa menjamah sedikit jamuan yang disediakan. Selesai makan, kami bersama pengunjung lain menyaksikan konsert Hijjaz. Hujan turun dengan lebatnya ketika majlis sedang berjalan. Basah juga la kami. Tapi takpe, hujan tu kan rahmat.

 Hijjaz sedang membuat persembahan
 



 Hadirin yang memeriahkan karnival


Malam tu kami bermalam di Hotel Garden Banting. Hotel yang agak sederhana tapi ok la.

Pagi tadi ada ceramah di perkarangan masjid. Tapi kami bertiga cuma duduk dalam hotel menjagakan 3 orang anak lelaki kakak saya. Dari pagi sampai tengahari kami bergelumang dengan anak lelaki kakak saya tu. Aduh boleh tahan penat jaga anak rupanya. Tambahan pula ketiga-tiganya lelaki. Lasak pula tu. Tapi anak saudara punya pasal, Acik cuba gagahkan juga la.

 Ilyas dan Irfan yang asyik ber'smackdown'.

 Imdad stay maintain. Main sorang-sorang

Tengahari tu kami check-out dari hotel dan terus menuju ke kenduri sahabat saya belajar sejak di SAMBest dan juga sahabat di CSMU Ukraine, Dr. Madihah. Mak kepada Madihah ni pula sama tempat kerja dengan kakak saya, jadi kami pergi sekali tadi.

(sesiapa yang nak tengok gambar perkahwinan Madihah, sila la ke multiply husband Madihah. Saya bukan tak nak upload tapi saya tak boleh nak upload atas sebab-sebab tertentu)


Alhamdulillah sempat memenuhi undangan sahabat saya tu. Jumpa beberapa orang sahabat-sahabat se-CSMU kat kenduri tadi. Bertandang kenduri dengan anak-anak saudara yang masih kecil dan lasak, memang menduga kesabaran.

Kemudian kami pergi ke karnival masjid tu sekali lagi sebab kakak saya ada kerja yang perlu diselesaikan. Kami pun nak solat sekali, jadi memang sekali jalan la. Setidak-tidaknya kami dapat tengok-tengokkan anak-anak dia sementara dia buat kerja dia.

Mulanya nak balik terus ke rumah, tapi saat-saat terakhir ubah fikiran. Kami buat keputusan nak datang sekejap rumah kakak saya kat Shah Alam. Singgah la sekejap kat rumah dia.

 Nak capai apa tu? Kamera la apa lagi

Dalam perjalanan balik ke rumah pula, singgah rumah kakak yang seorang lagi kat Kuala Selangor. Selepas maghrib baru kami bertolak pulang. 

Oh hari ni memang hari yang sangat penat tapi banyak perkara yang berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah atas kudrat yang Kau pinjamkan Ya Allah.

0 comments: