24  & 25 Julai 2010

Assalamualaikum w.b.t.

Hujung minggu yang lepas sangat busy. Terus menerus ada saje perkara nak perlu diselesaikan. Blog pun tak sempat nak update.

Hari Sabtu tu menghadiri majlis pertunangan sahabat. Actually ada kenduri kahwin kawan juga, Ismail dan Sarah Shazwani, tapi jauh dan takde orang nak bawa. Jadi pergi mana yang mampu la. Kalau diikutkan, memenuhi jemputan kahwin tu lebih perlu dari majlis pertunangan. Tapi kalau dah tak berkemampuan tu, penuhi mana yang mampu je la.

25 Julai birthday mak. Jadi sabtu malam ahad tu dah siap-siap beli kek birthday untuk mak sebab Ahad tu nak pergi Melaka. Masa tu tak beli lagi hadiah untuk mak. Tapi di Melaka jumpa set cadar dengan comforter, jadi terus beli untuk mak.

 Nenenk bersama cucu-cucu, 'Izzah dan Nureen

 Kek sponge black forest untuk mak

 
Mak, kami sentiasa doakan mak sihat sentiasa dan dapat melaksanakan amal ibadah dengan sebaik mungkin. Semoga mak berbahagia di dunia dan akhirat kelak, insyaallah. Terima kasih mak atas segala yang telah mak berikan pada kami. Kami takkan mampu lakukan sama seperti apa yang mak lakukan pada kami sejak kami kecil hingga la kami dewasa. Pengorbanan ibu tiada tandingan. Mak doakan kami jadi anak-anak yang soleh dan solehah, yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mak dunia akhirat.

Memang dah merancang lama nak pergi Melaka. Bukan pergi jalan-jalan suka-suka tapi memenuhi jemputan kahwin juga. Alhamdulillah Fadhiah, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mohd Irwan. Fadhiah adalah classmate saya di CSMU selama 6 tahun. Dia juga la antara kawan saya makan dan masak bersama selain Awin dan Naimah.

 Pengantin tengah makan masa kami sampai

 Cantiknya

 Makanan kenduri

 Mesti la ambil peluang merakam gambar kenangan

 Bagai pinang dibelah dua


Terima kasih kepada adik saya yang sudi tolong pandu kereta bawa kami ke Melaka. Kami pergi berempat dengan Awin dan Hayati. Masa ni juga la pengalaman pertama saya bawa kereta kat highway. Tapi bila masuk jalan biasa, tukar balik pemandu hehehe. Sekarang saya masih belajar dan memberanikan diri untuk memandu kereta. Padahal lesen saya dah berusia masuk tahun ke-8, tapi memandu macam orang baru dapat lesen. Takpe saya akan terus berusaha.

 Berhati-hati memandu =P

Balik dari Melaka singgah kat UPM jumpa anak saudara, Nadzirah. Semenjak balik Malaysia ni belum sempat jumpa dia lagi. Sampai di UPM terus cuba memandu kereta anak saudara saya tu.

Perjalanan diteruskan dan berhenti pula di rumah kakak di Kuala Selangor. Rumah kakak ni memang selalu jadi tempat persinggahan sebab berada di tengah-tengah perjalanan dari kampung.

Hampir pukul 11 malam baru sampai rumah.

0 comments: