Belum pun hilang penat ber'barbique' semalam, hari ni kami pergi ke Yalta pula. Kira-kira sejam setengah dari Simferopol, tempat kami. Sebenarnya trip ni perancangan 3 hari yang lepas. Asalnya cuma beberapa orang nak pergi, tapi tiba-tiba ada perubahan. Maka jadilah trip kali ni 1 van.

Seawal 8 pagi kami bertolak dari asrama menuju ke Yalta. Destinasi pertama kami adalah Botanical Garden. Memang ini tujuan utama kami ke Yalta. Mahu melihat keindahan bunga-bungaan yang segar di taman, maklum la sekarang tengah musim bunga.

Lebih kurang sejam lebih juga kami berjalan-jalan di dalam kawasan tu, melihat keindahan alam ciptaan Allah. Tapi sedikit mengecewakan, bunga-bunga tulip sudah banyak yang layu dan gugur kelopak. Bunga tulip memang macam tu, hayat hidupnya cumalah sekadar sekali bunga tulip tu mengembang. Bila tulip sudah mengembang, maka akan gugur lah kelopaknya yang cantik tu. Tapi ada juga la bunga-bunga lain yang masih segar di taman.
*(saya tak de skill ambil gambar, saya main snap je. So sorry la kalau gambar takde penghayatan)

























Kami meneruskan perjalanan ke Lastochkino Gnezdo Palace. Palace ni memang menjadi kebanggaan Crimea (negeri tempat kami belajar di Ukraine). Palace ni agak unik sebab dia terletak di hujung batuan bukit. Nak bercerita pasal sejarahnya, saya bukanlah orang yang layak. Tapi memang nampak cantik palace ni, walaupun kecil. Sekarang mereka jadikan palace ni restoran. Tapi makanan kat restoran tu sangat la mahal.


Di atas palace

Melihat-lihat kedai souvenir

Souvenir

Kemudian kami ke satu lagi palace, Alupkinski Dvorets (Alupka Palace). Glamour juga la palace tu kat Crimea ni. Sebelum masuk dalam palace, kami solat dulu. Kemudian makan bekalan yang kami bawa (potluck). Nak cari restoran halal agak sukar bila trip ke tempat yang kurang biasa ni. Lagi pun tempat-tempat perlancongan selalunya mahal harga makanannya. Jadi kami bawa bekal sendiri je. Macam-macam makanan. Bihun goreng, mee goreng, nasi goreng, roti sardin, salad, keropok ikan dan macam-macam lagi. Alhamdulillah kenyang dengan makanan yang banyak tu.

 Menunggu yang lain untuk makan bersama

 Lapar, jom makan

 Jangan malu-malu, ambil la makanan tu

Lepas tu baru sambung berjalan ke dalam palace. Cantik palace tu. Diluar palace tu ada taman-taman. Boleh duduk-duduk rehat bersantai. Pemandangan pula mengadap laut, memang menenangkan.



 Bunga-bunga di kawasan palace

 Kami yang bergelar wanita

 Mereka yang bergelar lelaki. Semua dah occupied

Selepas hampir 2 jam lebih di palace tu, kami bergerak ke Center of Yalta. Takde apa-apa yang menarik sangat kat center ni. Tapi center ni di tepi laut, kadang-kadang ada juga orang mandi. Banyak permainan dan kedai-kedai di kawasan tu. Ada kawasan lapang yang luas. Memang jadi tumpuan center ni.


 Ramainya manusia

 Nampak tak seperti kapal di sana tu? Dalam tu pun ada restoran

Makcik-makcik dan nenek-nenek menari di tengah dataran. Tak faham sungguh la

Sejam lebih di sana. Kami bersedia untuk pulang. Kaki pun dah penat dan lenguh berjalan seharian. Apa pun terima kasih kepada semua yang menjayakan trip kali ni. Mudah-mudahan kita semua dapat sesuatu dari trip ni, bukan sekadar berseronok. Moga ukhwah antara kita akan terus berkekalan hendaknya.

0 comments: