Minggu ni kami bercuti selama 4 hari, Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa. Tapi cuti minggu ni penuh dengan berbagai aktiviti. Hari ni alhamdulillah kami telah mengadakan usrah terakhir untuk naqibah-naqibah (naqibaat). Kami buat barbique di Marino (tempat yang memang glamour orang picnic sambil ber'barbique'. Apa yang lebih menggembirakan saya, semua naqibaat dapat menghadirkan diri, syukur alhamdulillah.

Mungkin ini adalah usrah naqibaat terakhir kami di bumi Ukraine ni. Sama-sama menuntut ilmu, ingat-mengingatkan antara satu sama lain, sama-sama bermain dna bergurau senda dan banyak lagi kenangan yang tak dapat saya coretkan satu persatu. Semoga usaha yang sedikit ini memperoleh keredhaan Allah dan berharap agar kami dapat meneruskannya di masa hadapan yang lebih banyak cabarannya nanti.

Bertolak ke Marino dengan menaiki bas. Cuma beberapa orang menaiki teksi sebab kena bawa barang-barang. Sampai di Marino, ada sedikit masalah, tersalah faham tentang tempat sepatutnya kami berhenti. Jadi terpaksa la kami berjalan sedikit ke tempat yang sepatutnya. Tapi takpe, kira excercise di pagi hari.

Sesampai di sana, segera mencari tempat yang sesuai dan agak privacy. Terus menyalakan bara api untuk memanggang ayam. Jenuh juga la nak menghidupkan api, maklum la tak biasa. Zaman sekarang masing-masing guna dapur gas atau dapur elektrik. Masa tu terbayang emak-emak, nenek-nenek kita dulu, bukan senang mereka nak masak, kena hidupkan api dulu. Sekarang cuma sekali petik je. Maka bersyukur la kita dengan nikmat yang Allah pinjamkan ni.

 Setibanya di Marino. Ada sedikit salah faham tentang tempat.

Memulakan proses menyalakan bara api. Baru nak start, so bara takde lagi.

Ok sekarang dah boleh letak dawai untuk panggang ayam. Ayam mana ayam?

Wow banyaknya ayam. Tak sabar nak makan.

Gelagat mereka ketika memanggang ayam. Lagu apa la yang mereka nyanyi tu agaknya?

Ini pula di satu sudut lain. Mereka ni pula tukang hidang. Tapi sebenarnya bergilir-gilir juga memanggang ayam tu. Semua pun terlibat.

Lebih jelas kan? Di belakang sana tu memanggang ayam. Lagi satu sudut, menghidang.

Selesai je memanggang ayam, kami pun apa lagi, bersedia untuk makan la. Masing-masing pun dah kelaparan. Menu hari ni boleh tahan menarik. Nasi kerabu dengan ayam barbique. Nyum nyum sedapnya. Saya sangat suka nasi kerabu. Tambah dengan air special hari ni, air mojito (baca: mohito). First time minum air ni, sedap juga.

Ayam yang telah dipanggang

Nasi kerabu. Birunya seperti langit.

Bukan nasi kerabu la kalau takde sayur. Ukraine tak banyak jenis sayuran, jadi ini saja lah

Kuah percik untuk ayam

Keropok ikan. Tentu sekali bawa dari Malaysia. Jangan harap la nak jumpa keropok ikan di Ukraine.

Siap dihidang. Tapi belum lengkap.

Cream puff. Saya sangat suka makan cream puff ni. Sedap sangat. Tapi tak boleh makan selalu sebab terlalu banyak telur

Ni la air mojito. Sprite dicampur dengan daun pudina, lemon dan lime. Pertama kali mencuba, saya jatuh hati dengan air mojoti ni.

Ini saya punya. Hehehe

Senyum kelaparan barangkali.

Tunggu apa lagi?

Taknak makan ke? Asyik berposing je dari tadi.

Dah dapat makanan ke belum ni?

Selesai makan, kami berkumpul kembali. Sekarang masa untuk beri makan rohani pula. Asyik badan je makan, hati pun kena beri makan juga, baru seimbang. Berbagai peringatan dan luahan hati yang kami semua terima hari ni. Mudah-mudahan segala peringatan itu akan kita gunakan dalam kehidupan kita seharian. Isi utama adalah tentang persahabatan. Hidup tidak akan lengkap tanpa sahabat. Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah dalam apa jua keadaan. Tidak kurang juga teguran kepada kami sebagai muhasabah diri. Setiap manusia sentiasa melakukan kesilapan, maka wajiblah untuk kita sama-sama ingat mengingatkan.



Hati juga perlu diberi makan supaya sihat wal'afiat

Walaupun kita cuma seketika bersama, tapi biarlah yang seketika itu meniggalkan kesan yang lama buat diri kita semua. Keluar sahaja kita dari dunia belajar ni, semuanya akan berubah. Pandai-pandai la membawa diri dan menyesuaikan diri. Kalau elok jaaln yang kita pilih, insyaallah elok la kesudahannya, tapi kalau jalan buruk yang kita pilih, buruk juga la kesudahannya. Tapi segalanya atas kehendak Allah jua. Semoga Allah tetapkan iman kita semua. Semoga kita semua sentiasa dalam peliharaan Allah, insyaallah.

0 comments: