Rasanya ramai je yang tahu bila sebut usrah. Tapi tak dinafikan, ramai juga yang tak tahu apa itu usrah. Saya baru je balik dari usrah muslimat. Kami di sini tak ramai orang melayu. Jadi usrah ni la salah satu jalan untuk kami saling ingat memperingati terutama dalam hal-hal agama. Ye la tinggal di negara orang, jauh dari mak ayah, jauh dari guru-guru agama yang mengingatkan kita, jadi kena la ingat memperingatkan satu sama lain.

Malam usrah muslimat di hadiri oleh seorang muslimin. Aik! Macam mana boleh ad amuslimin dalam usrah muslimat? Hehehe. Muslimin yang dimaksudkan adalah Umar, anak Farhana & Hakimi yang baru berusia sebulan lebih.

Umar selalu je ada di majlis-majlis agama kami. Selalunya kalau ada kuliah meghrib setiap hari jumaat, Umar pasti ada sekali. Tapi ini kali pertama Umar ikut bersama dalam usrah muslimat. Bagus Umar.

 Umar yang comel lagi hensem :) 
(sumber: facebook ummi dan abah Umar)

Saya puji usaha ummi dan abah Umar. Kecil-kecil lagi dah dibawa ke majlis agama, mendengar perkara-perkara baik. Jadi ummi dan abah Umar tidaklah ketinggalan dari orang lain, masih boleh mengikuti kelas-kelas agama. Umar pula tak banyak ragam, senyap je dia kalau dibawa ke majlis. Umar cuma berbunyi bila dia lapar. Hehehe. Sesekali Umar menyampuk orang yang sedang bercakap. Barangkali dia nak menyuarakan pandangannya juga. Cuma kami yang tak faham.

Orang sekarang banyak alasan nak ke majlis ilmu. Katanya ada anak kecil, susah nak dibawa. Zaman sekarang bukan lagi seperti zaman dahulu. Masing-masing ada kenderaan sendiri especially kereta. Saya rasa tukang sapu pun sekarang boleh ada kereta sendiri. Jadi itu bukan alasan yang logik.

Ada pula alasan yang diberi, susah nanti nak susukan anak depan orang ramai. Saya rasa kat mana-mana tempat pun, pasti akan ada tempat yang tertutup yang sesuai untuk menyusukan anak. Itu juga bukan lagi alasan yang logik.

Kata yang lain pula, nanti si anak meragam, maka akan mengganggu perjalanan majlis. Selalunya anak meragam kalau ada yang tak kena, contohnya lapar, tak sihat dan sebagainya. Kalau tidak, tak mungkin dia meragam. Belum cuba dibawa ke majlis ilmu sudah dikatakan takut anak meragam. Cuba dulu baru tahu. Mana tahu di rumah memang dia meragam tetapi bila di majlis agama kurang dia meragam. Ye la kan, majlis yang dipenuhi malaikat, mungkin lebih selesa buat si anak.

Jadi wahai ibu ayah di luar sana, kehadiran orang baru bukanlah alasan untuk tidak lagi menghadirkan diri ke majlis ilmu. Itu cuma alasan semata-mata. Bayangkan ummi dan abah Umar, sudah la mereka masih belajar, nak menguruskan anak tanpa bantuan orang tua pula, tapi mereka masih sempat meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke majlis ilmu. Lebih-lebih lagi yang masih bujang. Banyak sangat alasan untuk ke majlis ilmu. Macam mana anak-anak nanti nak jadi orang yang baik kalau diri sendiri tak didedahkan kepada perkara-perkara baik. Menuntut ilmu Allah tu kan memang suruhan Allah.

Kata mereka, biarlah Umar berada di majlis ilmu, mudah-mudahan Umar dengar apa yang diperkatakan. Itu juga satu proses pembelajaran untuk anak kecil walaupun hanya dengan mendengar. Dengan kuasa Allah insyaallah mereka faham apa yang diperkatakan. Dan mudah-mudahan ilmu-ilmu itu meresap ke dalam diri Umar. Insyaallah Umar akan jadi seorang hamba Allah yang soleh.

Ya Allah semoga Kau berkati keluarga Umar dan mereka yang masih mahu mencari ilmu Mu Ya Allah. Ya Allah jadikan kami hamba Mu yang sentiasa akan mencari ilmu Mu sehingga ke akhir hayat kami.

***Saya kadang-kadang bertanya pada diri sendiri. Boleh kah saya lakukan sepertimana ummi dan abah Umar lakukan sekarang? Ya Allah Kau berikan aku kekuatan.

2 comments:

Unknown said...

salam ain.
kakchik ucap syabas kepada ibu bapa umar sebab telah pun memulakan tarbiah yang baik kepada umar.
semoga umar akan biasa dengan suasana usrah dan ilmu hingga ianya menjadi sebati dalam diri bila besar nanti.

NORAIN said...

salam kakchik...mudah-mudahan berterusan hendaknya...semoga umar nnt jd pejuang Islam insyaallah :)