Rasanya ramai je orang pernah pergi sauna, swimming pool lagi la. Tapi untuk saya, jarang sekali. Ada la 3 4 kali je selama saya hidup ni rasanya. Kalau swimming pool tu saya tahu la, sebab di Malaysia pun berlambak-lambak (di bandar-bandar especially). Tapi sauna, saya tak pernah tahu apa bendanya. Sampai la saya belajar di Ukraine ni baru saya tahu apa itu sauna. Kesian sungguh. Saya orang kampung, mana la terdedah dengan benda-benda macam ni.

First time pergi sauna dengan kawan-kawan seusrah beberapa bulan lepas. Setelah 6 tahun kat sini, baru tu la nak mencuba. Kat situ yang 'main' adalah sauna dan jakuzzi.

Semalam kami pergi sauna kat tempat lain pula, Aquamarin nama tempat tu. Kat Simferopol ni ada banyak tempat sauna. So ada banyak pilihan. Jangan tanya saya, sebab saya tak tahu. Saya follow je kawan-kawan. Hehehe. Semalam pergi sauna bersama classmates. Kami pergi berenam. 

Tempat sauna kali ni berbeza dari yang pertama kali saya pergi. Kali ni 'main' adalah sauna dan swimming pool. Saya tak pandai berenang, jadi saya tak heran pun tengok swimming pool tu. Setakat main-main air ditepi kali je la. Hehehe. Swimming pool tu pun kecil je. Riang ria tengok kawan-kawan saya terjun dalam pool tu, cuma saya seorang je tak terjun, setakat cecah-cecah air je. Saya cuma ber'sauna' je la. Terasa ringan je badan lepas ber'sauna'. Best!

 Sampai-sampai je terus ambil gambar dulu sebelum tempat ini menjadi huru hara. Hehehe

Kecil je pool nya. 2 3 kali kuak je kalo nak berenang. Kawan saya kata dalam juga. Saya tak tahu sebab saya tak terjun pun.

Pintu kaca berwarna coklat tu la bilik sauna. 2 pintu kelabu tu bilik mandi dan tandas.

Ni dalam bilik sauna. Tak dapat nak ambil gambar penuh.

2 jam kami di sana. Memandangkan Aquamarin tu dekat dengan central rinak(pasar), habis je ber'sauna' dan ber'pool' kami ke rinak la. Jalan-jalan sekejap di hujung minggu. Sambil mencari barang-barang dapur. Perut pun lapar. Jadi kami singgah makan di Al-Laziz. Dulu dah pernah pergi makan di Al-Laziz ni (lihat sini), jadi ini kali kedua. Kali ni nak cuba makanan lain pula. Semalam saya makan 'zharkoi'.

 Zharkoi
(kentang, lobak dan daging)

Lakman
(spagetti, kentang, lobak dan daging)

Menu di Al-Laziz. Kedai makan ni kecil je. Jadi menu pun tidak la banyak sangat. Tapi yang penting HALAL.

 Menunggu makanan sampai.

Kepenatan juga balik tu, tapi puas. Sesekali berseronok dengan kawan-kawan, memanjakan badan. Janji menjaga apa yang perlu dijaga.

0 comments: