Orang Malaysia rasanya kalo cakap bihun, memang semua pun tahu. Majoriti memang suka pun. Tak kira la dimasak macam mana sekalipun, digoreng, direbus dan sebagainya.

Selama ni kalau saya masak bihun, saya cuma buat bihun berkuah. Saya tak pernah buat bihun goreng. Tapi 2 hari lepas saya telah memecahkan rekod saya sendiri. Akhirnya saya berjaya masak bihun goreng tanpa bantuan sesiapa kecuali Yang Maha Esa. Alhamdulillah.

Setelah berpuluh tahun hidup, baru ini kali pertama saya buat bihun sendiri. Percaya tak? Kesian betul. Selama ni kalau buat setakat membantu atau pun memang kena bantu. Kenapa? Sebabnya bihun goreng yang saya masak mesti keras, saya jadi fobia nak buat bihun goreng.

 Bihun goreng cinta.
Cinta pertama saya pada bihun yang saya goreng sendiri

Lepas ni boleh la saya buat selalu, sebab dah tak keras bihun goreng saya. Hehehe. Bihun memang sedap, buat la masak apa pun.

0 comments: