Beberapa bulan yang lalu, ada seseorang kenalkan saya dengan 1 website ni. Saya pun buka la. Rupa-rupanya dia nak beritahu website tu tengah buat 'giveaway'. Banyak juga tengok blog dan website yang menganjurkan giveaway tu. Tapi saya kurang berminat sebab kena copy & paste banner la apa la. Macam-macam. Saya malas.

Tapi website ni tak perlu nak buat semua tu. Just jadi follower dan tinggalkan komen untuk entry tu. Saya pun lakukan step-step tersebut. Memang tak terfikir masa tu 'menang ke aku ni?'. Website yang saya maksudkan adalah http://www.my-alia.com. milik kak Zuhaini.

Sesekali bila saya berkelapangan, saya singgah di web kak Zuhaini tu. Last sekali saya singgah minggu lepas. Entry kak Zuhaini masa tu kata dia akan umumkan hari Isnin. Tapi saya tak berkesempatan nak singgah di website dia. Hari ni baru sempat buka.

Saya jumpa satu entry bertajuk 'And the winners are...', jadi saya baca. First place, cik Norain. Dalam hati saya beruntung dia. Saya pun try klik pada nama cik Norain tu. Terkejut sangat saya sebab blog saya yang terpapar depan mata saya. Allahuakbar, itu yg terpacul di mulut saya. Rupanya saya yang menang tempat pertama. Alhamdulillah wa syukur lillah. Tapi memang terkejut dan sangat tidak disangka.

Nak ucap terima kasih kepada kak Zuhaini walaupun pemilihan secara random, tapi dia yang menganjurkan. Saya sangat menghargai kemenangan ini. Sebab saya ni jarang sekali 'bertuah'. Hehehe. Tak sangka tuah saya di website akak.

Semoga Allah murahkan lagi rezeki kak Zuhaini sekeluarga, ameen. Sekali lagi Jazakallahukhair

Untuk pengetahuan semua, kak Zuhaini akan buat 'giveaway' ni monthly. So siapa rasa nak join, sila la ke website kak Zuhaini ye. Mudah-mudahan dengan cara ini kita semua dapat menambah kenalan, mengeratkan hubungan sesama insan. Insyaallah.

0 comments: