Hari ni adalah hari kelahiran ku. Bermula pagi tadi dengan program qiamullail muslimat di surau 5th hostel. Aktiviti muslimat ISIM (islamic student movement), qiamullail muslimat 2 minggu sekali di masjid.

Dalam pukul 7 pagi, jalan balik ke 1st hostel (hostel di mana saya tinggal. Masjid terletak di 5th hostel). Sampai je bilik bermula la operasi. Operasi memasak. Masak rendang ayam. Resepi saya dapat dari kakak saya, memang sedap rendang ni. Tapi bila saya buat, tak sesedap kakak saya masak. Biasa la, lain tangan. Sambil-sambil tu masak pulut kuning. Kat Ukraine ni takde beras pulut, tapi ada beras seakan-akan pulut. Tapi kurang melekit dari pulut. Kami panggil beras plov. Plov adalah sejenis makanan yang berasal dari Uzbekistan.

Siap masak, start men'decorate' kek dan pulut kuning tadi. Alhamdulillah, walaupun baru kali pertama mencuba decoration tu, tapi berjalan dengan lancar. Dalam pukul 2.30 petang, semua dah siap. Solat Asar dan bersiap menunggu kehadiran kawan-kawan. Panggil beberapa orang je, sebab tak larat nak masak banyak-banyak.

Dalam pukul 4 petang kawan-kawan dah sampai. Ada juga yang datang bawa kuih-muih. Padahal dah pesan awal-awal jangan bawa apa-apa, bawa perut kosong je. Hehehe. Tapi takpe la, rezeki jangan ditolak. Start dengan bacaan doa, lepas tu makan. Makan sambil sembang-sembang. Masuk maghrib, semua dah selesai.

 
 Kek pertama yang saya topengkan selama saya hidup. Terketar-ketar tangan nak men'decorate'. Cuma tulisan tu je bukan hasil tangan saya, Awin tolong tuliskan.
 
  
Buat 2 biji kek. Ini kek ke-2. Abaikan segala kecacatan tu yer. Saya budak baru belajar. Thanks Awin tolong tuliskan.

  
Dah lama teringin nak cuba buat pulut kuning berhias ni. Alhamdulillah hari ni hasrat saya tercapai.
Pulut kuning + rendang ayam + udang +telur puyuh + timun.

  
 Pulut kuning berhias yang ke-2. Tapi takde tempat nak letak rendang ayam.

  
Rendang ayam resepi kakak saya.

  
Puding custard dengan buah strawberi. Boleh juga gantikan strawberi tu dengan buah-buahan campuran

  
Kuih bingka hijau. Fadhiah buat. Thanks Fadhiah

  
Popia yang dibuat oleh Nadhilah, Hayati dan Azfarina. Thanks semua

  
Kuih gelang yang dibawa oleh Syafnaz. Thanks Syafnaz

  
Maknan siap terhidang. Tunggu apa lagi? Oh tetamu belum sampai

  
Ok semua makanan dah siap sedia untuk di'ngap'. Tetamu pun semua dah sampai. Jom makan!!!

Lepas Isyak bersiap-siap pula untuk menghadiri majlis kesyukuran sempena kelahiran Muhammad Umar Al-Fateh, anak kepada sahabat kami Hakimi dan Farhana. Sedikit video gambar-gambar Umar dengan umi dan abah ditayangkan. Selepas tu sedikit pengisian tazkirah oleh Ustaz Afifi (6th year medical student, CSMU). Habis tazkirah, apa lagi kalau bukan makan. Parents Umar buat aqiqah.

Balik dari majlis kesyukuran tu baru sempat nak buka hadiah-hadiah. Thank you very much all of you. Terima kasih kepada semua yang sudi datang memeriahkan majlis kecil-kecilan saya. Semoga persahabatan kita berkekalan di dunia dan di akhirat kelak, insyaallah.

 
Hadiah dari sahabat-sahabat. Spasiba balshoi jevachki

  
Kami. Mana Mimi?

 
Haa tu Mimi. Eh Fadhiah mana? Ganti-ganti ambil gambar.

0 comments: