Just want to wish Happy Chinese New Year to my aunties, uncles, and cousins in Klang, Banting and Kuala Kubu Bharu. And to all my chinese friends especially friends in CSMU. Hope you all will enjoy this new year.

GONG XI FA CHAI...XIN NIAN KUAI LE...

Tahun ni adalah tahun ke-6 saya di Ukraine. Maknanya dah 6 tahun juga la saya tak pergi beraya ke rumah aunties & uncles di Tahun Baru China. Tapi yang penting mak akan pergi rumah adik beradik mak setiap kali Tahun Baru China. Walaupun agama berlainan, tapi hubungan kekeluargaan masih utuh. Bak kata pepatah melayu, 'air dicincang tidak akan putus'.

 CNY beberapa tahun lalu. Mak dengan anak-anak dan cucu-cucu kat rumah auntie kat Banting

Really miss CNY in Malaysia. Insyaallah CNY tahun depan kalau ada rezeki boleh la pergi beraya rumah aunties & uncles. Masa zaman sekolah dulu, memang 'ang pau' la yang paling best bila tiba Tahun Baru Cina. Tapi bila dah besar ni, 'ang pau' bukanlah yang utama, tapi hubungan kekeluargaan itu lagi penting. Yang penting mak gembira dapat bersama-sama dengan adik beradik mak.

 Mak dengan adik-adik dan kakak-kakak, di Klang

Berharap agar ikatan kekeluargaan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Agama bukan pemisah hubungan antara ahli keluarga. Siapa tahu, kerana agama yang berlainan ini, akan tercipta sejarah yang tak disangka-sangka, insyaallah.

My aunties datang beraya ke rumah  kami masa Raya Puasa 2009 yang lepas. Really appreciate it!

0 comments: