Hari ini 21 Februari 2010 bersamaan 7 rabiulawal. Maka genaplah umur saya 25 tahun bagi perkiraan tahun masihi. Tua sudah diri ini. Umur kian bertambah, tapi adakah iman dan amal juga bertambah? Astaghfirullahal 'azim masih banyak dosa yang dilakukan.

Ya Allah ampuni segala dosa hamba Mu yang kerdil ini, yang selalu leka dengan dunia Mu. Hadirkan lah cinta Mu dalam hatiku. Limpahkan rahmat dan kasih sayang Mu buat diri ku yang mendambainya.

Semoga usia yang berbaki ini dapat saya manfaatkan dengan sebaiknya. Wahai diri, jangan disia-siakan usia ini, gunakannya untuk agama Allah yang tercinta demi mencari redha Allah yang hakiki.

Terima kasih yang tidak terhingga buat Mak yang tersayang kerana melahirkan anakmu ini ke dunia. Juga terima kasih yang tak terkira kepada Mak dan arwah Ayah kerana membesarkan anakmu ini dengan didikan yang sempurna. Bersyukur punya Mak dan Ayah seperti kamu berdua. Alhamdulillah.

Terima kasih, jazakallahukhair, thank you very much, spasiba balshoi kepada semua yang menghantar ucapan hari lahir dan mendoakan. Doa kalian amat saya hargai dan saya ameen kan dengan sungguh-sungguh. Terima kasih sekali lagi. Mudah-mudahan doa-doa itu kembali kepada orang yang mendoakan juga, insyaallah.

0 comments: