Saya bukanlah seorang yang gemarkan tumbuh-tumbuhan sebagai peliharaan. Tapi sejak kebelakangan ni, saya jatuh hati dengan beberapa jenis pokok. Pokok hijau kan bagus untuk mata. Mata yang letih akan dapat dikembalikan kesegarannya dengan melihat kehijauan.

Tapi saya suka kan pokok yang tak perlu penjagaan rapi. Jaga mesti kena jaga juga, cuma jenis 'pokok manja', saya tak berapa minat. Tapi tak tahu la di masa akan datang, mana tahu saya jatuh hati pula pada 'pokok manja'. Siapa tahu kan?

Cuti yang lalu, saya temankan kawan saya, Mastura beli tanah untuk pokok cili dan pokok bunga dia. Saya curi peluang tu untuk mencuci mata melihat jenis-jenis pokok di kedai tu. Tiba-tiba mata saya terhenti pada satu pokok. Ya, ni la pokok yang saya cari tempoh hari berdekatan dengan Rinak Kubisheva (rinak=pasar). Tapi pokok tu sudah tiada bila saya datang untuk kali kedua. Mungkin belum rezeki saya waktu itu.

Pertanyaan demi pertanyaan saya ajukan pada pemilik kedai tu. Saya memang sudah jatuh hati pada pokok tu. Pokok tu dipanggil KIPARIS oleh orang Ukraine, dan mungkin juga oleh orang Rusia. Menurut apa yang pemilik kedai tu katakan, agak senang menjaga kiparis ni.

Saya cuba untuk meminta pandangan Mastura. Jawapan Mastura menggembirakan hati "kalau kita jadi Ain, kita memang beli. Cantik pokok ni". Ya nak beli nak beli. Akhirmya saya beri grieven (matawang Ukraine) saya kepada pemilik kedai dan pemilik kedai beri saya kiparis yang cantik. Alhamdulillah, kini kau milikku.



ni la kiparis ku. dah tukar pasu baru pun.

Sedikit maklumat berkenaan kiparis :-

Botanical name : Cupressus macrocarpa 'Goldcrest'
Other names : Lemon cypress, Lemon Scented Monterey Cypress, Cupressus macrocarpa 'Goldcrest'
Genus : Cupressus

Apa yang diterangkan pada saya, pokok ni boleh dijaga secara indoor atau outdoor. Tak perlu disiram selalu, cuma ia perlukan kelembapan yang cukup. Jangan terlalu kering atau terlalu basah. Sesuai untuk dipelihara secara indoor sebab pokok tidak membesar dengan cepat. Istimewanya, pokok ni punya baunya yang tersendiri. Tak tahu macam mana nak describe baunya, tapi ada seperti bau lemon. Wangi sungguh. Memang saya cukup teruja dengan kiparis ni.

Sebelum saya memiliki kiparis, saya telah memiliki sejenis pokok yang hidupnya dalam air, maksud saya cuma akarnya la yang dalam air. Orang Ukraine panggil BAMBUK, tapi orang Malaysia panggil BAMBOO. Pokok ni Fadhiah, classmate saya yang hadiahkan. Dia bagi pokok ni awal 2009 tapi saya lupa bulan berapa. Tapi dah lama juga la. Dah lama saya cari bambuk ni. Kebetulan satu hari tu pergi pasaraya Metro dengan Fadhiah, terjumpa pokok ni. Saya tersangat seronok. Thanks so much Fadhiah.

Info mengenai bambuk/bamboo:-

Common name : Belgian Evergreen, Dracaena, Dragon Tree
Scientific name : Dracaena sp.
Family name : Agavaceae



 bambuk yang Fadhiah hadiahkan. dah besar pucuknya.

Bambuk tu ada 2 pucuk yang cantik dan segar. Hidupnya cuma perlukan sedikit air. Memang senang jaga bambuk ni. Bulan Julai dan Ogos yang lalu, saya balik ke Malaysia, cuti summer. Saya tinggalkan saja bambuk di atas meja saya berbekalkan air yang saya kira cukup untuk 2 bulan. Alhamdulillah kembalinya saya dari Malaysia , bambuk masih segar bugar seperti biasa. You survived bambuk. Sayang bambuk ku.

Tapi malam tadi, sesuatu telah terjadi pada bambuk. Saya mencapai headphone yang tergantung di dinding. Secara tak sengaja headphone tu terlepas dari tangan saya dan jatuh betul-betul di atas bambuk. Ya Allah!!! Sedihnya saya :( Salah satu pucuk bambuk patah. Terkedu saya. Tapi apa boleh buat, perkara dah jadi. Itu sudah takdir yang Allah tentukan.



 bambuk yang telah patah satu pucuknya. sedihnya...

Saya lihat pucuk bambuk yang dah patah tu ada akar di hujungnya. Saya masukkan dalam bekas berisi sedikit air. Boleh hidup ke? Allahu'alam. tunggu dan lihat saja apa akan jadi pada pucuk bambuk yang berakar tu. berharap agar bambuk ku akan terus hidup dengan cantik dan segar walaupun tinggal satu saja pucuknya.

 
pucuk bambuk yang patah

Agaknya lepas ni pokok apa pula yang bakal menambat hati ku?

0 comments: