Hari ni adalah hari yang sangat penuh. Sama seperti hari semalam juga. Pagi keluar asrama, gelap malam baru pulang ke pangkuan katil di asrama. Mana tidaknya, pagi ada kelas sampai ke petang. Petang ada general assessment test pula.

Cuma bezanya pagi tadi kami solat Hari Raya 'Aidiladha sebelum meneruskan langkah ke meja pengajian. Ini adalah solat hari raya terakhir kami bagi student 6th year di bumi Ukraine ni, insyaallah. Tahun ni lain dari tahun sebelumnya. Kami menunaikan solat raya di masjid 5th hostel. Biasanya kami solat raya di sport 'zal'(hall) atau di Arraid (Islamic Center in Simferopol). Kenapa selama ni tak buat di masjid 5th hostel? Sebabnya selama ni masjid tu tak mampu menampung student muslim, masjid tu kecil je. Tapi tahun ni dah tak ramai student muslim, tinggal berapa kerat je.

Malam raya kami ada majlis takbir raya, juga di masjid 5th hostel. Dah tak semeriah dulu takbir raya, tinggal sikit je orang. Tapi raya tetap di sambut juga.



 ni je la pelajar-pelajar lelaki yang bertakbir malam raya tu. kalau dulu penuh depan masjid tu sampai tak muat. tapi sekarang dah tak macam tu. senior-senior semua dah balik Malaysia.

 
antara pelajar perempuan yang sama-sama memeriahkan malam takbir raya. sama juga dah tak seramai dulu.

Sementara menunggu sahabat-sahabat samapi ke masjid untuk solat raya, mereka yang berada di masjid lebih awal bertakbir raya. Solat raya diimamkan oleh Afifi, sahabat seangkatan kami. Tapi kami panggil dia Ustaz je kat sini. Dah terbiasa, sebab dulu dia ni ketua biro agama kami, tu sebab dapat panggilan Ustaz. Selesai solat, macam biasa la, khutbah raya. Khutbah pun Ustaz yang sampaikan. Penuh isi penting khutbah Ustaz pagi tadi. Dan yang paling penting sangat bertenaga. Syabas Ustaz!



khutbah raya. ramai sikit daripada malam takbir tu.bagus la. yang berdiri di depan tu la Ustaz, sedang berkhutbah

 
hayati apa yang Ustaz sampaikan dalam khutbahnya pagi tadi ye wahai sahabat-sahabat muslimah sekalian.

Selesai solat dan khutbah, kami bersalam-salaman. Seterusnya masing-masing membawa diri ke haluan tuju meja pengajian masing-masing. Tapi saya sempat balik ke bilik menjamah makanan yang dimasak pada malam hari. Bukankah kita disunatkan berpuasa sebelum menunaikan solat hari raya 'Aidiladha? Walaupun jadual waktu sangat penuh, tapi masak untuk raya tetap masak. Tak seronok pula rasanya kalau hari raya tiada juadah hari raya. Alah masak yang simple je. Yang penting ada. Badan yang penat malam tu saya gagahkan juga untuk memasak hidangan 'Aidiladha. Masak rendang ayam dan nasi impit. Awin pula masak lemak lodeh. Awin tu roomate saya sejak tahun pertama saya di bumi Ukraine ni. Itu saja la juadah pagi raya kami. Alhamdulillah, masih ada rezeki Allah beri pada kami.



rendang, masak lemak lodeh, nasi impit dan biskut. juadah pagi raya. biskut tu beli je.

Kami pulang ke asrama di kala matahari mula terbenam.



menuju ke asrama setelah seharian suntuk di kelas

Selepas Isya' ada usrah di masjid. Memang badan penat tapi rohani juga nak makan. Asyik bagi makan jasmani je. Kena seimbang la kan? Habis usrah terus ke MSC room, ada O&G discussion pula.

Sekarang masa untuk rehatkan badan untuk mengembalikan kesegaran di hari esok. Sepatutnya esok ada kelas. Tapi Madam Yulia bagi off sebab kami ada program korban esok di Radnikova. Spasiba balshoi (terima kasih banyak) ma'am. Insyaallah 5 ekor lembu dan 15 ekor kambing akan dikorbankan esok. Bersedia la wahai lembu-lembu dan kambing-kambing. Hehehe. Jom kawan-kawan kita rewang esok kat Radnikova. Student lelaki dah tak ramai maka student perempuan kena turun padang membantu melapah, memotong, membungkus daging dan sebagainya. Ya Allah permudahkan urusan kami.

0 comments: